Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, November 8, 2015

Kau penjual minyak wangi?



"Tuan-tuan dan puan-puan, kita dijangka tiba di *** pada jam 2.20 petang, insyaAllah." 

Pengumuman bergema memenuhi seluruh pesawat. Namun, bukan itu yang menarik perhatian saya. 

Semenjak kebelakangan ini, setiap kali saya menaiki pesawat dan pengumuman di buat oleh juruterbang yang bertugas, ia pasti diiringi insyaAllah. Dengan izin Allah. 

Saya tersenyum, terkenang-kenang kedangkalan diri sendiri suatu ketika dahulu. Saya cenderung mengkategorikan seseorang dengan pekerjaannya. 

Oh pilot, mesti playboy. Yalah, banyak ceritanya begitu. Banyak drama dibuat begitu. Saya terpengaruh. Hinggalah saya melewati alam pekerjaan. 

Terdengar-dengar pula orang berkata -- janganlah kerja kat institusi kewangan, ramainya sosial. Ramainya jahat. Hingga sungguh saya jadi hilang semangat. Takut kalau-kalau saya tergelincir, bahkan sungguh bekerja di institusi ini merupakan pilihan paling akhir dalam senarai kehidupan saya. 

Saya jadi terfikir -- ironinya kita yang perasan baik ini selalu menjauhkan diri dari lingkungan-lingkungan yang kita rasa tidak baik hingga kita lupa ia adalah tanggungjawab kita untuk menarik mereka sama-sama masuk ke syurga. 

Maka jadilah geng tudung labuh dan geng kopiah. Geng-geng ini tidak mahu mendekati geng-geng rempit malah memandang serong pula pada geng-geng bertudung biasa dan berseluar jeans. 

Tak pernah terfikir ujian apa yang Allah beri pada mereka, tak pernah terfikir di pengakhiran kehidupan nanti adakah kita masih lagi baik seperti sekarang? 

Lalu berpecahlah antara dua geng ini. Tiada sekefahaman, ego dan saling membenci serta berkecil hati.

 Mensamaratakan semua manusia dan menjadi stereotype adalah perkara yang paling tidak bagus, kerana di mana pun kita, dalam situasi apa pun jua, pasti ada manusia yang jahat dan ada pula yang baik dan hakikatnya kita adalah magnet yang menarik orang-orang positif atau negatif untuk hampir pasa kita.

Ramai orang negatif di sekeliling? Muhasabahlah. Mungkin kita sendiri yang mengeluarkan aura begitu.

"Hei mastura! Bukan ke kita tak boleh kawan dengan 'si pembuat besi' nanti kita pun berbau besi." 

Kau kena pandai beza antara kawan dan sahabat.

Dan kau kena tahu -- kalau kau betul-betul wangi, bau besi itu takkan lekat pada kau, malah mungkin wangian kau yang terlekat pada si pembuat besi itu. 

Setiap kejahatan yang manusia lakukan pada kita, tuliskan sahajalah pada pasir, ia tidak kekal, sekejap lagi hilanglah ia. Untuk apa kau memendam segala, bukankah di dunia ini tiada yang kekal selamanya ~ 

Salam cinta :)


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .