Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, October 28, 2015

Will you believe in Allah?


"Wah bagusnya semua traffic light hijau. Ni mesti wawa baca doa ni"

Waktu saya kecil, itulah ayat yang selalu emak tuturkan di dalam kereta bila banyak traffic light bertukar ke warna hijau sebaik sahaja kereta kami mendekati. 

Dan saya -- macam biasa, bangga kembang-kembang hidung. Walaupun sebenarnya kadang-kadang lupa nak baca doa, tetap sahaja si kecil mastura akan bersuara nyaring membaca sekuat hati doa naik kenderaan selepas emak berkata begitu. Biar mak dengar. Biar dia tahu betapa makbulnya doa saya. Heh. 

Bila dah besar ni, saya kira psikologi emak begitu berkesan. Kalau buat apa-apa rasa susah je mesti terfikir semula, eh tadi dah baca doa belum eh? 

Sampai satu ketika -- nak cari parking dah pusing banyak kali tapi tetap tak ada kosong, saya sudah hampir putus asa memandu, emak duduk di sebelah dengan wajah penuh berharap. Tak sampai hati nak kata "besok jelah mak beli barang, harini ramai oranglah" 

Ayat itu saya ganti "agaknya kita lupa baca doa kot?" 

"A ahlah cepat baca" emak membalas laju.

"Rabbi yasir wala tu'asir, rabbi tamim bikhair birahmatika yaaa arhamarrohimin" 

Habis sahaja ayat itu, tiba-tiba sebuah kereta menyalakan lampu reverse petanda ingin keluar. Saya mengambil tempatnya. Sudahlah dapat parking, betul-betul di hadapan pintu masuk pasaraya pula! Alhamdulillah.

Allah itu sungguh Maha Mendengar. Cuma sejauh mana kepercayaan kita pada Dia? Atau kita sebenarnya lebih yakin kepada manusia? 

Percayalah pada Allah sebagaimana Musa yang tetap percaya walaupun di hadapannya laut terbentang, di belakangnya musuh menyerang, dia tetap sahaja yakin Allah Maha Membela, lalu terbelahlah lautan itu, hingga Musa terselamat dari seteru.

Hey, believe this. Your du'a can even move a mountain in front of you. :)

Saya selalu kata, percaya pada Allah -- percaya sampai tahap Allah nak bagi kahwin dengan Rooney pun tadehal. (Yes i was forced to support menyuu)

Hm lepastu officemate membangkang tegas, "mas Rooney tak hemsemlah sokonglah Oscar please"

Okay. Kejap nak buat istikharah. 

Luls. 

Will you believe in Allah? YOU are the proof that Allah answers prayers. 

When Allah makes you to wait -- be prepared to receive something greater than what you prayed. 

Believe!

Salam cinta :)

Read More......

Thursday, October 22, 2015

2 years ago..


21 october --

Two years ago, at this very date, i started working in one of the financial institution in Malaysia. Started to wear a tag and started to be called an officer. 

Ingat lagi sebelum mula kerja mak pesan --

Ramai orang yang jadi cepat letih, cepat lesu, cepat give up, kerja tak bersungguh kerana salah matlamat kerja. 

Matlamatnya kerana sesuatu yang tidak kekal, maka tidak kekal lah semangat yang tiba. 

Jika matlamatnya kerana Allah yang kekal selalu, maka akan sentiasa segar bugarlah hati nan waja. 

Maka setiap pagi tatkala melangkah keluar, sering saya kata pada diri. Kerana Allah. Kerana Allah. Bismillah hi tawakkal tu 'Alallah. 

Kata mak lagi -- 

Walau apa pun yang jadi, tinggalkan solat jangan sekali. Sesibuk mana kau berdiri, sesukar mana setiap hari. Solat -- jangan kau pinggiri. 

Tak kisah kalau tak dapat break. Tak dapat makan. Janji solat jangan ditinggalkan. 

Dua azimat itu, saya genggam erat-erat. Sampai tak sedar -- ah Tuhan, begitu pantas masa berlalu. Dua tahun sudah Kau bawa aku berjalan, bantu aku yang sering tersungkur. 

Balik terus beli air favourite sebagai reward untuk diri sambil tepuk-tepuk bahu sendiri -- "you go girl! U cant count how many times have u fall, but it doesnt matter as long as u know that now, u are still standing"

Alhamdulillah -- siapalah yang lebih layak mendapat pujian selain Allah? 

Dan emak. Love u. May Allah bless :) 

Read More......

Tuesday, October 20, 2015

Menjahit itu kehidupan~


Part time job 😂😂😂 

Taklah tipu je. Cerita dia bermula bila officemate minta tolong alter baju, dan berlangsunglah episod membetulkan baju sampai satu hari tiba-tiba mak guard kat office panggil --

"Adikk boleh tak tolong alterkan seluar ni?" 

Redho. Ni mesti officemate yang bagitahu. Ish. 😪 tapi alhamdulillah terisi juga masa.

Lepas spm dulu mak hantar saya masuk kelas menjahit, kelas tu pula cikgu garang amboi senget sikit jahit terus suruh buka jahit semula kite penat tau tak tak payahlah perfect sangat getus hati kecilku. 

Time tulah -- Rasa macam eee kenapa kena belajar eh kenapa. 

Tapi rupanya -- menjahit itu adalah kehidupan.

Bila menjahit, ada yang kita jahit dengan kain yang baru, yang tak pernah dijahit. Ada pula yang dah siap jahit, kita kena tetas, gunting, jahit semula. Proses ni dinamakan alteration. Gituw. 

Dan orang yang menjahit mesti tahu, jahit baju baru lebih senang dari nak alter baju yang dah siap.

Dalam hidup ni macam tulah --

Ada kita jumpa orang yang totally zero. Kita bentuk dia perlahan-lahan, jadi apa yang Allah nak dia jadi. Atau dia memang dah dibentuk cantik, mudah kita tinggal 'hias' sikit sikit.

Ada pula, dah memang lama hidup dalam kegelapan, kita nak proses nak bentuk dia memang makan masa, memang susah, memang perlukan kesabaran. 

Kita tak boleh expect orang tu boleh berubah sekelip mata, atau setahun dua, malah mungkin 10 tahun pun dia belum berubah lagi. 

Kenapa nak marah? Kenapa nak kecil hati?

"Aku bencilah! Dah penat aku tegur dia tapi tak berubah pun!" 

"Ye ke berapa lama kau dah kenal dia?"

"Dua tahun."

Come on, dia da hidup dalam kegelapan tu mungkin 20 tahun, kau kenal dia dua tahun kau expect dia berubah macam power rangers berubah sekelip mata? 

Ini bukan drama. Ini realiti. So kau sabarlah. 

Satu hari nanti, berkat kesabaran kau mungkin dia akan tebentuk cantik, macam baju yang kau dah alter bagi cantik, sesuai ukurannya, cantik labuhnya, kemas jahitannya. 

Tapi kalau dia masih juga tak berubah walau kau dah cuba sedaya upaya -- sederhana saja, dalam menjahit pun terkadang kita gagal. Salah jahit. Terkoyak lebih. Macam-macam lagi. 

Kita ada pilihan -- nak terus baiki, atau tinggalkan. 

Tepuk dada, tanya iman. Rest if u must, but never u quit.

Sabar itu akarnya pahit, buahnya manis ;) 

Salam cinta.

Read More......

Trust


"Aaa"

Kapal terbang terhuyung-hayang. Sekejap-sekejap ke bawah, sekejap-sekejap menyenget ke kiri, sekejap-sekejap ke kanan. Angin tidak elok, di luar sana hujan turun lebat. 

Saya memeluk tubuh. Mata memandang keluar tingkap, melihat pemandangan yang memutih, terlihat kipas di sayap kapal terbang berputar laju. Saya menarik nafas dalam. 

"Tak takut ke?" Satu suara menegur, saya menoleh ke kiri. Senyum sambil menggeleng sedikit.

"Tak.." Balas saya perlahan.

"Oh dah biasa eh?"

Saya senyum lagi, jawapannya tidak berbalas. Hakikatnya saya sendiri tiada jawapan bagi persoalan itu.

Entah mungkin kerana biasa, atau mungkin kerana percaya pada Pilot yang sedang bertugas -- saya tidak tahu.

Entah kerana tahu kematian boleh berlaku di mana sahaja atau kerana badan terlalu letih -- saya tidak tahu.

Entah kenapa tidak timbul rasa gerun -- saya sungguh tidak tahu. 

Namun hati saya cenderung pada jawapan percaya pada Pilot yang memandu, seperti mana dalam kehidupan ini kita dipandu oleh Allah Yang Maha Tahu. 

Hidup ini biasalah --

Terkadang jatuh, terkadang keadaan diri tidak menentu, terkadang ke bawah, terkadang di atas, terkadang menyenget tak tentu hala.

Mula-mula mungkin rasa takut, rasa sedih nak meraung. Tapi lama-lama bila dah biasa, kita jadi tak hairan. Bukan berlagak diri sendiri kuat, tapi jauh di sudut hati kita sudah mula tumbuh rasa percaya -- 

Percaya pada Tuhan yang selalu membantu. Waktu kita jatuh, Dia yang bantu kita bangkit semula. Waktu kita sedih, dia yang memberi khabar bahagia.

Cuma Dia -- yang tahu segalanya. Yang ada waktu kita susah dan senang. Cuma Dia. 

Lalu umpama seorang bayi, walau apa pun jua yang diperlakukan ke atasnya. Dia tetap redha, tak membantah, tak mempersoalkan apa. Meski dilambung tinggi, tetap sahaja tertawa kerana percaya pasti ada tangan yang menyambutnya.

Hingga satu saat yang mendamaikan, bila kita ditimpa ujian, kita mampu mengangkat tangan dan berdoa -- Tuhan, sungguh aku tidak mengerti, cuma aku mohon damaikan hatiku dengan setiap ketentuanMu. Kerana Engkau Yang Maha Tahu, setiap baik buruknya, apa adanya.

"Ladies and gentleman.. We have safely arrived in...." 

Pengumuman itu bergema mengisi seluruh ruang pesawat. Alhamdulillah, pesawat selamat tiba di destinasi, walau melalui detik-detik yang menggerunkan.

Sekali lagi, saya tersenyum sendiri. 

Sungguh -- percaya itu indah, ia mendamaikan hati, mententeramkan jiwa yang bergelora, memujuk akal agar tidak memikirkan yang tidak-tidak. Percaya, hingga akhirnya sampai ke destinasi. 

Moga-moga percaya yang tumbuh kepada Rabb Yang Mencipta lebih lagi mendamaikan jiwa --

Hinggalah kita sampai ke destinasi yang dicita --

Akhirat sana. 

Salam cinta :)

Read More......

Monday, October 5, 2015

Usahalah jadi baik!


"Kau usahalah jadi baik, nanti Allah bagi kau yang terbaik"

Begitulah sahaja ayat yang selalu saya katakan, bila ada orang mahu bicara tentang jodoh pertemuan, hati perasaan.

Lalu seringkali saya mendapat balasan, "aku tak faham apa kena mengena berusaha jadi baik dengan Allah bagi kau yang terbaik. Bagi aku benda tu tak relevan, macam amende kau cakap ni merepek je."

Saya senyum. 

Macam ni. Kalau kau ni sekolah kebangsaan cuma, banyak benda tak tahu lagi tapi kau tak mahu perbaiki diri, tak mahu belajar lagi, yang kau sibuk cuma mengorat sana sini, mungkin Allah akan bagi kau pasangan, dan pasangan kau cuma dalam kalangan itu sajalah. Sekolah kebangsaan. Sama-sama tak mahu perbaiki diri sebab dah rasa boleh berdiri sendiri.

Tiba pula sekolah menengah -- masih alam pra-matang yang fikirannya tergesa-gesa. Kau tak mahu belajar, sibuk memikirkan cinta, tak fikir lain dah maka adalah menjadi kemungkinan pasangan kau berlegar di situ saja. 

Cuba kau perbaiki diri kau sungguh-sungguh. Jadi baik, bergaul dengan orang baik, maka kau akan kenal ramaii orang baik dan salah satunya mungkin jadi pasangan yang kau cari. 

Atau, cuba kau lanjutkan pengajian sehingga ke peringkat tertinggi, malah ke luar dari negeri sendiri, kau akan jumpa lebih banyak lagi kenalan untuk diri, malah jauh lebih baik dari yang kau jumpa sebelumnya lagi. 

Kau cuma bergaul dengan orang tak baik tapi kau nak dapat yang terbaik? Macam nak cari makanan kat kedai basikal. Peratus untuk ada sangatlah sedikit.

Begitulah. 

"Habis kalau dah jadi baik, usaha jadi lebih baik, confirm ke jumpa orang yang baik? Confirm ke jumpa pasangan?"

 Dalam hidup ni tak ada satu benda pun yang confirm. Malah kau sendiri tak tahu esok kau confirm hidup lagi ke tak. 

Maka jawapannya tak. Walau kau dah usaha jadi terbaik tetap tak confirm kau jumpa paling baik. Tetap tak confirm kau jumpa pasangan di celah kesibukan kau jadi baik.

Tapi sekurang-kurangnya kau akan lihat diri kau yang berbeza. Kau bukan lagi anak manja sekolah kebangsaan. Kau bukan lagi budak tak matang di peringkat menengah. Kau bukan lagi pelajar asing di universiti. 

Kau telah tumbuh hebat. Mekar mewangi. Kau berjiwa perkasa. Iman mantap di dada. Malah mendapat tempat terbaik di sisi Yang Esa.

Percayalah satu saat kau akan faham --
Tumbuh mekarnya engkau itu lebih berharga dari kau temui pasangan di dunia. 

"Habistuu macam mana orang asyik tanya bila nak kahwin?"

Hm. Haritu ada sorang ni datang rumah kak wawa lepas tu dia cakap --

"Eh mastura dah dua puluh lima kan? Patut dah kahwin ni. Mastura mesti memilih kan? Nak lelaki yang ada status je kan?"

Kak wawa tengah lapar masa tu, balik kerja tak sempat makan lagi. Kak wawa pun pandang muka dia sambil cakap, "a ah"

Terus dia krik krik speechless. :) Sometimes there are questions we dont need to answer. Just ignore it.,dont waste your time.

And most of the times, you should stop explaining yourself when you realize that people only want to hear what they like, and they tend to understand from their very own perspective only.

Bagi sahabat negara indonesia mungkin boleh cakap --

Ya. Memang aku jomblo. Emangnya masalah buat lohhh?!

Live happily people! Bahagia itu kau yang pilih.

:)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .