Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, January 25, 2016

Dangers are real, fears are not


Kaki seorang ibu yang sedang sarat mengandung melangkah perlahan-lahan, sakit terasa mencucuk-cucuk, masanya untuk bersalin telah hampir tiba.

Dia keseorangan di padang pasir yang tiada siapa, deritanya semakin terasa pabila tekaknya terasa dahaga. Perutnya berkeroncong minta diisi apa yang ada.

Itulah dia Maryam -- Wanita suci terpilih.

Tatkala dalam keadaan begitu, tiada siapa di hadapannya, Maryam tiada tempat mahu diluah rasa, lalu dia merintih sayu, meminta belas dari Allah Yang Maha Tahu.

Turunlah sebuah firman dariNya yang penuh belas -- Goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu (Maryam:25)

Aduhai, tatkala kita yang tidak berbadan dua ini terasa lapar dan dahaga, di bawah terik mentari pula, pastilah terasa tidak terdaya -- apatah lagi Maryam, ketika itu dia dalam keadaan yang terlalu hampir dengan waktu melahirkan.

Tidakkah boleh Allah menurunkan sahaja buah kurma di hadapan Maryam tanpa perlu Maryam bergerak walau seinci pun? Tentu sahaja boleh! Tetapi Allah dengan penuh kasih sayangNya ingin kita belajar sesuatu --

Allah mahu kita sentiasa berusaha, meski sesukar mana yang kita rasa, usahalah semampunya, selebihnya biarlah Allah yang uruskan.

Jika difikir, apalah sangat kekuatan seorang manusia berbadan dua pada saat itu malah tidak mampu pun menggugurkan walau sebiji kurma, tetapi Allah menyuruh Maryam menggoyangkan sahaja pangkal pohon kurma sebagai tanda berusaha, dan selebihnya Allah yang bantu.

Berusaha. Tapi jangan meletakkan expectation yang terlalu tinggi.

Tak. Bukan bermaksud kita tak boleh punya harapan, tetapi kita harus pandai bezakan antara berharap dan mengharap. 

bezanya begini --

Kita berharap dapat pekerjaan yang baik, tapi janganlah mengharap pekerjaan yang baik itu sampai bos hari-hari sediakan kopi atas meja sambil urut-urut bahu kita dan berkata "penat harini?"

Kita berharap dirawat oleh doktor yang baik, tapi janganlah mengharap sampai doktor suap makan sambil cakap alololo omeynya awak ni, makan elok-elok ya jangan sampai tercekik.

Kita berharap dapat kawan yang baik, tapi janganlah sampai mengharap kita mesej kawan dia terus reply dalam masa 1 milisaat.

Berharap itu memberi kelapangan, mengharap mampu membinasakan. Hiduplah seadanya, sekadarnya tanpa mengharap sesuatu di luar jangkaan.

"Mastura, what do you expect for this year?"

"Hm, i don't have any expectation."

"Why is that so? Are you losing hope in everything?"

"No, it's just that i want to live in a happier way."

:) 

Teruskan berharap pada Allah -- seperti Maryam yang tetap berusaha menggoyangkan pangkal kurma meski dalam keadaan yang sarat menderita.

Kamu! bangunlah dan 'goyangkan' pangkal kurma, keluar dari sebuah kemanjaan yang bermaharajalela. Namun, jangan pula kamu mengharap 'kurma' yang jatuh itu terus tersedia di dalam pinggan dan telah terbuang bijinya. :)

Dont afraid to take a step. Dangers are real -- fears are not.

Berharap pada Allah.
Mengharaplah sekadarnya.

Salam cinta :)

Read More......

Tuesday, January 19, 2016

Dear doctors..


"Wa, doktor tadi baik wa, dia check sungguh-sungguh, dia tanya satu-satu."

Kadangkala saya tak dapat temankan mak ke hospital untuk pemeriksaan susulan abah atas sebab-sebab tertentu. Lalu, bila saya sampai rumah, emak akan berceloteh bercerita itu ini. Kadangkala sedih kadangkala teruja. 

"Ye mak, doktor tu baik." Saya mengiyakan. Entah sudah kali ke berapa emak berkata begitu, saya tidak tahu. 

"Doktor tu bagus sangat, dia explain sampai faham, dia suruh buat MRI untuk lagi confirm."

"A ahlah bagusnya doktor tu." Saya mengiyakan lagi, kali ini sedikit tersenyum. 

Lewat kebelakangan ini banyak sungguh viral tentang keburukan pekerja di hospital, lebih spesifik kepada golongan doktor. Ya, selalu berulang-alik ke hospital, saya akui ada golongan ini yang agak 'aneh' perangainya. Tapi takkan kerana sesetengah yang berperangai aneh, semua dipukul rata? Lagipun, masalah apa yang dia lalui, entah kita pun tak ada idea. Hairan, kita tak suka orang menghakimi kita, sebaliknya kita sibuk menghakimi yang lainnya.  

Secara jujurnya, saya juga sedikit terluka. Saya bukanlah seorang doktor, tapi kakak saya ialah bakal doktor, insyaAllah. kawan-kawan rapat saya juga ramai memegang gelaran doktor. Saya masih ingat suatu ketika kakak saya tidak dapat pulang ke rumah sewanya walaupun telah habis waktu bertugas kerana tiba-tiba seorang pesakit terkeluar ususnya. 

Dan menjadi perkara normal bila keluar dengan kawan-kawan doktor, mereka jadi amat peka dengan telefon, dan kadangkala terpaksa terus ke hospital kerana pesakit memerlukan.

Lalu bila mereka yang rapat dengan saya terkena tempiasnya, memahami kadangkala betapa rapuhnya mereka, saya juga jadi terluka. Bila mereka ini bercerita betapa lelahnya mengira detik masa, pilu itu saya merasa. Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga, kan? 

I know you are getting tired, i know you feel like quitting but dear doctors, just dont give up!
 
Tak apalah. Biarlah seisi dunia memandangmu hina, jalankan sahaja tanggungjawabmu sebaiknya, biarlah kebaikan itu dibalas oleh Yang Esa.

Tak apalah, biar beribu manusia mengutukmu bersahaja, percayalah sekurang-kurangnya pasti ada satu manusia yang begitu teruja bercerita kebaikan kamu pada anaknya (mak kite! 🙋)

Tak apalah, biar terkeluar peluh keringat, nanti sampai satu saat -- tatkala hari akhirat, moga kamu tergolong dalam hambaNya yang taat. 

Balaslah segala kejahatan manusia dengan kebaikan yang kamu ada, remember i once said -- kita cuma mampu beri apa yang ada pada kita. 

Be tough. Be strong. Like you always do.

Kudos to all doctors in the world. Kerja elok-elok ya? I owe you much. 

~Berlalu baiklah sesama manusia,
Kerana setiapnya,
Punya jiwa~

Salam cinta :)

Read More......

Rindu


"Mastura, tak pernah ke rasa rindu? Rindu dengan kenangan-kenangan dulu, rindu nak kembali pada masa lalu?"

Senyum. 

Ah, rindu. Siapa yang tak pernah merasakannya, pada saat terbentang sebuah layar di birai mata, menayangkan satu persatu kenangan yang ada-- lalu kadangkala kita ketawa, kadangkala menangis duka. Rindu itu, siapa yang tiada? 

Aku juga begitu. Rindu pada gelak tawa ketika kecil dahulu, rindu pada lumba lari dengan teman teman di sisi, yang tak pernah tahu erti mengambil kesempatan pada diri, rindu pada luka darah di lutut dek jatuh tatkala berkejaran, dan rindu pada sebuah pertengkaran -- kerana pensel warna kawan lebih jumlahnya dari yang aku sangkakan. 

Ya. Aku juga begitu, rindu pada kerisauan yang tertancap cuma pada keputusan peperiksaan. Rindu mencuba-cuba mencabar peraturan sekolah yang disediakan, rindu bergurau senda di surau yang ada walhal arahan diberi agar mendengar ceramah cuma, rindu pada kelas prep di malam hari, berlarian ke dewan selera berharap pada ayam masak merah, namun yang terhidang cuma ikan jaket sahaja. Rindu berlarian beratur di public phone menelefon bonda tercinta, bercerita hari ini apa kisahnya.

Rindu. Pada seorang gadis polos dahulu, yang bergelar aku. 

Namun seberapa dalam rindu itu, seberapa banyak aku berusaha ingin kembali, kata Imam Al-Ghazali -- masa lalu adalah perkara yang terjauh sekali. Bukannya bulan, bukannya bintang. 

Kerana hatta bulan dan bintang, kau bisa menjejakinya, tapi masa lalu? Tidak walau sekali. 

Lalu berbuatlah sehabis baik pada hari ini, agar kelak bila kau tiba pada keesokan hari, kau tidak menyesali diri -- kalaulah aku begini, kalaulah aku begitu.

Dan -- meski kau tetap terasa menyesal, tarik nafas, behenti sebentar, tak guna kau sesali perkara yang telah berlalu pergi, lihatlah pengajaran yang kau pelajari, lihatlah ia menjadikan kau kini -- lebih matang, lebih berdikari, dan mungkin lebih menghargai. 

Yes, terrible things happen, but sometimes, those terrible things -- they save you.

Pandang terus ke hadapan, berusaha sebaik mungkin, tebus kesilapan dahulu -- moga sahaja, kelak yang terpampang di layar kenangan adalah sebuah kepuasan seorang manusia -- bernama kamu.

Salam cinta :) 

Read More......

Thursday, January 7, 2016

Be good!


Pada suatu hari, ada seorang pemuda yang bijak memasuki sebuah kampung.

Niatnya baik, ingin menyebarkan ilmu kepada penduduk setempat. Namun malangnya, niatnya disalah erti. Dia dicaci hina. Dimaki hamun. 

Namun dia tetap tenang bersahaja. Wajahnya melempar senyum, mulutnya berbicara yang baik-baik. 

Orang kampung jadi hairan. Kata mereka --

"Hoi! Kau tak dengar ke kami maki hamun kau?"
"Kau ni pekak ke?"
"Kau memang jenis tak faham bahasa ke?"

Pemuda itu tersenyum, "aku mendengar semuanya." Balasnya pula.

"Lalu kenapa kau masih berbuat baik kepada kami?"

"Kerana.." Pemuda itu menarik nafas dalam, "kita hanya mampu memberi apa yang ada pada diri." 

Kata-katanya mudah, tetapi amat mendalam. 

Jika dalam diri kita penuh kebaikan, yang keluar dari kita pastilah kebaikan.
Namun, andainya diri kita penuh keburukan, yang keluar juga pastilah yang buruk-buruk sahaja. 

Renung semula -- betapa kita merasa diri kita lebih baik dari sekalian manusia, ah sifat takbur itukah yang akan dibawa bersama ke kubur sana? 

Salam cinta :)

Read More......

Hati sang tikus


Pada suatu ketika dahulu, ada seekor tikus yang tinggal di rumah seorang ahli sihir. 

Tikus ini selalu dibuli oleh kucing yang ada di rumah itu. Lama-lama tikus jadi bosan. "Ini tak boleh jadi" getus hatinya. Lalu pergilah si tikus kepada ahli sihir dan berkata :

"Wahai ahli sihir, jadikanlah aku seekor kucing yang lebih besar kerana aku tidak tahan dibuli lagi."

"Baiklah" kata ahli sihir. 

Cing! Bertukarlah si tikus menjadi seekor kucing yang bertubuh besar. Si tikus gembira, dikejarnya kucing yang dahulu membulinya sehingga hatinya puas. 

Setelah itu, dia berjalan pula ke luar rumah dan berjumpa dengan seekor anjing yang garang. Anjing itu mengejarnya. Si tikus bertempiaran lari -- berjumpa lagi dengan ahli sihir.

"Wahai ahli sihir! Tukarkan aku menjadi seekor anjing yang besar, aku tidak tahan dibuli lagi."

"Baiklah" ahli sihir bersetuju.

Cing! Bertukarlah si tikus menjadi seekor anjing pula.

Dan seperti sebelumnya, dia membalas dendam pada anjing yang mengejarnya sebelum ini. Si tikus gembira. Dia bernyanyi-nyanyi sambil berjalan. Tiba-tiba dia bertemu dengan sekumpulan budak nakal, mereka membaling batu ke arah si tikus. 

Bertempiaranlah lagi si tikus berlari. Ahli sihir ditemui.

"Wahai ahli sihir, jadikanlah aku..."

"Sudah! Sudah!" Belum sempat si tikus menghabiskan ayatnya, ahli sihir sudah memotong kata. Sambung ahli sihir lagi :

"Aku boleh mengubah engkau menjadi apa-apa pun, tapi tiada gunanya kalau hati kau masih lagi hati seekor tikus."

Cerita inilah yang meniti di bibir emak suatu ketika dahulu, ketika saya masih lagi tidak mengerti apa.

Adohai! 

Di jalan dakwah ini, kita tak boleh jadi seperti tikus. Selalu bersangka-sangka kalau kita jadi 'orang besar' seperti si polan, barulah agaknya kita boleh melangkah hebat. 

Walhal, selama ini baru sahaja 'dicubit' sedikit kita sudah merajuk mahu meninggalkan jalan ini.
Baru sahaja diberi ujian oleh Yang Esa, kita sudah lembik, tak sabar nak tinggalkan jalan ini.
Baru sahaja ditegur sedikit, kita tak boleh terima, terus mahu tinggalkan jalan ini.
Baru sahaja ada perbezaan pendapat, kita sudah meluat, malas mahu peduli pada jalan ini.

Adohai! Kalaulah di dunia ini keseronakan yang kau cari semata, kau sudah tersalah tempat. Ini bukan temptnya. Dunia ini memang tempat untuk kau merasa sakit kecewa, dan ketahuilah--

Sesungguhnya jalan ini bukan untuk orang yang manja.

Salam cinta :)

Read More......

Cinta itu macam abah


"Mas tadi kite dengan mak kite nak kejar satu bas ni, lepas tu pakcik bas ni cakap sesuatu yang lejen" suatu hari sahabat saya bercerita.

"Apa?" Balas saya ringkas. 

"There are two things that you should not chase in your life -- first, bus. Second, man." 

Saya tersenyum, teringat perbualan lama. Betul, untuk apa kita mengejar seseorang yang tak pernah kita tahu akan duduk letaknya kita di hati mereka, untuk apa kita jatuh bangun terluka berdarah untuk seseorang yang entah tak pernah peduli pun tentang kita. Untuk apa? 

Kalau dia benar-benar cinta, dia sendiri akan datang tanpa perlu dipaksa-paksa --

Macam abah. 

Berumur 16 tahun ketika saya menjejakkan kaki di sebuah MRSM, saya tidak malu mengaku bahawa saya adalah anak abah. Dan hampir pula setiap minggu abah datang melawat saya di asrama.

Suatu hari, ketika di dalam kereta selepas selesai membeli barang-barang keperluan, abah tiba-tiba meluahkan rasa, akan masalahnya di tempat kerja, akan tekanan hidupnya, akan semua, setiap apa yang selama ini abah sembunyikan pada senyum dan tawa.

Saya cuma diam, apalah anak berusia 16 tahun tahu pada ketika itu. Pada saya abah adalah hero, abah adalah dinding penyelamat bagi setiap masalah saya, abah adalah superman yang akan sentiasa membantu saya keluar dari masalah.

Tapi rupanya, abah juga ada masalah. Saya diam merenung ke luar jendela, kemudian abah bersuara, 

"Abah minta maaf. Awak kecik lagi, tak patut abah bebankan awak dengan masalah abah."

Saya pandang abah, dalam. Hati saya retak sedikit, kerana saya tak mampu berbuat apa -- hatta untuk meluahkan sepatah kata, saya tidak mampu.

Tiba waktu abah untuk pulang, saya cium tangan abah, saya cium pipi abah, saya cuma harap abah faham bahawa saya akan sentiasa di sisi, tak kira apa, walau saya tidak bisa berbicara, tapi saya benar-benar kisah, setiap apa yang abah lalui, setiap jerih perih keringat yang abah hadapi, semuanya -- saya ingin tahu. 

Dan saat itu saya mengerti akan sebuah cinta. Cinta adalah membuat orang yang kita cinta bahagia, meski tak pernah diluah sentiasa, meski tak pernah berhubung selalu, cukuplah bila kita tahu kita adalah pencetus senyum tawanya. Macam abah.

Cinta tidak perlu dipaksa-paksa, bila orang dah tak suka, akur saja. Setiap yang ditakdirkan tidak bersatu, kau buat apa pun tidak akan bersatu, macam air dan minyak. Begitu pula setiap apa yang ditakdirkan bersatu, kau beri seribu halangan sekali pun tetap akan bersatu. Macam abah yang selalu tetap hadir meski dia sendiri berada dalam pelbagai masalah. 

Dan cinta itu, seharusnya tetap subur meski orang yang kita cinta tidak lagi mampu menceria, malah tidak lagi seperti mulanya, cinta itu tetap ada kerana kita cinta bukan pada tubuhnya tetapi pada jiwanya --

Macam abah. 

Dan cinta itu adalah menerima seadanya. Macam adik yang dulunya selalu berbalah dengan abah--lelaki, ego. Tapi bila abah sakit dialah yang mendukung abah ke sini sana. Semoga Allah balas syurga buatmu.

Terima kasih Tuhan, hikmahnya bila abah sakit, dapat kami adik beradik menuai pahala berbakti pada ibu bapa. 

Semoga cepat sembuh abah, i love you :) 

Cintalah pada yang sudi mencinta, jangan dikejar yang tak pasti sampai kita lupa siapa yang selalu di sisi. Kerana sifatnya manusia -- mereka pergi bila tak rasa dihargai. 

Hajat doa.

Salam cinta :)

Read More......

Selamat tahun baru


Hakikatnya --

Semua manusia sudah ada bahagia pada diri,
Cuma, 
Sepanjang hidup mereka muncul anasir-anasir jahat yang menghasut cela,
Yang menimbulkan persoalan mencaci hina,

"Eh anak kau result macam mana? Corot lagi?" 
"Muka kau ni banyak jerawatlah, kau pun dah gemuk dari dulu."
"Eh kau tak dapat anak lagi ke dah kahwin lama?"
"Omg like seriously umur dah berapa tak kahwin lagi?"

Lalu bahagia yang dirasa terbang entah ke mana, 
Terpengaruh dengan anasir yang hina, 
Terasalah diri makhluk paling tak berguna,

Walhal, di sebalik result yang corot itu, anaknya itulah yang paling banyak membantu,
Di sebalik jerawat itu, kesihatannya baik selalu,
Di sebalik belum dapat anak, dapat pula dia ke sana ke sini memantapkan diri,
Di sebalik belum berkahwin, dapat pula dia banyak berbakti.

Hiduplah manusia-manusia ini dalam derita, merana, kecewa, tepengaruh dengan anasir jahat -- yang mungkin adalah KITA.

Justeru itu, sungguh aku tak peduli apa azammu, biarpun beribu.

Cuma satu -- tolong sematkan sekali dalam azam itu, agar menjadi manusia yang membantu, kalau pun kita tidak mampu memberi bahagia, jangan kita lakarkan derita pada yang lainnya.

Be gentle to others. You dont know what storm they are facing, really.

Selamat tahun baru. Hajat doa.

Salam cinta :) 

Read More......

Let it be


Dahulu -- Nabi pernah diuji dengan sebuah kekalahan, kelukaan dan kesakitan yang dahsyat di sebuah medan peperangan bernama Uhud, Nabi tidak berputus asa, tetap bersangka baik pada Yang Maha Kuasa, hinggalah tiba pada peperangan Khandak, Allah menghadiahkan kemenangan buat umat Islam.

Dahulu -- tatkala perjanjian Hudaibiyah termetrai, Nabi diuji dengan sebuah perjanjian yang ternyata berat sebelah. Nabi tidak terus mempersoalkan Allah bahkan Nabi tetap percaya bahawa Allah telah menyusun yang terbaik, hinggalah suatu hari kaum Musyrikin sendiri melanggar perjanjian itu, Allah hadiahkan pula Nabi dengan pembukaan Kota Mekah.

Hari ini -- kita menangis tertanya-tanya, kenapa doa aku belum dimakbulkan, bahkan mungkin sampai satu tahap kita terasa ingin berputus asa, kita lupa Allah Maha Mendengar, kita lupa Allah tahu apa yang paling terbaik untuk kita.

Lupakah kita -- Allah telah membelah laut buat Nabi Musa yang dalam kebuntuan,
Lupakah kita -- Allah telah menyelamatkan Nabi Ibrahim yang dicampak ke dalam api yang marak menyala.
Lupakah kita -- Allah telah menjaga Nabi Yunus dalam perut si ikan paus.

Lupakah kita -- bahawa kita ini cumalah hamba?

Bersabarlah, meski seberapa tinggi gunung masalah yang menerpa, tetap sahaja percaya bahawa suatu hari nanti segalanya akan baik seperti sedia kala. Kalaupun setiapnya tidak terjadi seperti yang kau sangka, sekurang-kurangnya kau sendiri telah berubah --

Menjadi lebih kuat, lebih matang, dan lebih dekat pada Yang Esa.

Let it hurts, let it bleeds, i swear -- it will eventually heals. 

"Tuhanmu tidak pernah meninggalkanmu(wahai Muhammad) dan tidak pula membencimu" (ad-dhuha : 3)

Mana mungkin Allah meninggalkanmu setelah Dia memilihmu, bagaimana mungkin pula Allah membencimu setelah Dia memilih untuk mencintaimu? 

Doesnt this brings calm to your heart? 

Salam cinta :)

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .