Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, November 15, 2014

Because i love him, its just because...



"Mas, do you know what is the meaning of mas in dictionary?"

"Hah? What is it?" Berkerut-kerut kening saya, tak pernah pula terfikir nak cari makna 'mas' dalam dictionary.

"It means baik."

"Ye ke?"

"Ya lo. U try lah search. It is in my dictionary." Ujarnya tersenyum. 

"Cih. I thought betul tadi." Gumamku.

"Mas, you dont be too nice can ah? Later people will bully you." 'Nasihat'nya pula. Serius.

Saya hanya tersenyum, ingin saya balas, "my prophet is much more nicer than me. People 'bullied' him like 24/7. People threw stones..and even faeces to him. People called him crazy and made a plan to kill him. 

But my prophet.. He never give up on being nice. He kept his smile and talked nicely, he never hold grudge. He never said no one wants to take care of his heart.  He cried, not because he was bullied, but he was afraid that people will go to the hell..

My prophet.. He is a very very very nice person and because i love him soo much, i want to be like him."

Namun niat itu, saya pendamkan memandangkan kerja yang masih tergendala harus diutamakan. 

Penat dengan 'bulian' dunia tak mengapa, jangan pula penat menjadi baik.

Kerana, berpenat-penat dengan kebaikan, kebaikan itu akan kekal dan kepenatan itu akan hilang,

Tapi bersuka-suka dengan kejahatan, kejahatan itu akan kekal dan kesukaan itu akan hilang. 

Berbuat baiklah, kerana Allah cinta pada kebaikan.

Apa yang lebih menggembirakan daripada melihat wajah Rasulullah tersenyum senang sambil berkata, "lihatlah, dia adalah salah seorang dari umatku yang aku banggakan." 

Love. 

Read More......

Sunday, September 14, 2014

Allah tu adil ke?

picture source : deviant art

"Mas, Allah tu adil ke?" satu ketika, saya 'diterjah' soalan begini. Kening saya berkerut,

"Mestilah, Allah Maha Adil. Kenapa?"

"Kalau Allah tu adil, kenapa perkara buruk pun berlaku kat orang baik? kenapa tak perkara buruk berlaku kat orang jahat je, perkara baik berlaku kat orang baik?"

Nafas saya hela perlahan. Persoalan begitu bukan lagi sesuatu yang asing.


Manusia, makluk terbatas.

Seorang manusia itu, meski punya akal.. Akalnya terbatas. Banyak perkara yang kita tidak tahu, tak terjangkau dek fikiran kita. Justeru, saya tidak hairan bila ditanya soalan begitu.

Allah tu adil?

Kalau Allah adil kenapa perkara buruk berlaku pada orang baik?

Suatu ketika dahulu, saya pun tertanya-tanya.. Hinggalah saya berjumpa jawapan yang pasti.

Ya. Memang Allah Adil. Memang perkara yang baik sahaja berlaku pada orang baik, begitu juga sebaliknya.

"Eh, sekejap.. habis orang baik tu hilang orang tersayang, jatuh muflis, apa yang perkara baiknya?"

Allah itu adil, cuma kefahaman kita sahaja yang salah.

Nabi Ayub

Ingat kisah Nabi Ayub? Satu-satu diambil daripada baginda, satu-satu anaknya pergi meninggalkan baginda. Tapi, Nabi Ayub marah-marah tak? Nabi Ayub putus asa tak?

Bahkan tidak! Nabi Ayub itu, tetap sahaja hatinya berpaut pada Yang Esa. Lalu Allah kembalikan segalanya dengan kuantiti yang lebih.

Hakikatnya, Allah itu adil. cuma kefahaman kita yang salah.

Bagaimana?

Senyum dulu, tarik nafas :)

Kita hidup di dunia ini sementara cuma kan? Matlamat kita yang satu cuma Allah kan?

Lalu bagi orang yang baik.. Meski sesuatu yang berlaku itu kelihatan buruk, meski musibah apa pun yang melandanya, asal sahaja perkara itu MENDEKATKAN lagi dirinya pada Allah, ia adalah sesuatu yang baik.

Bagi orang jahat pula, meski kita nampak dia hidup senang, harta banyak melimpah.. tapi dengan kesenangan itu MENJAUHKAN dirinya dari matlamat yang satu : Allah.. apakah kesenangan itu perkara yang baik?

Maka sebab itulah, saya amat suka pada doa istikahrah.. Satu doa yang menunjukkan pergantungan hamba sepenuhnya pada Yang Esa.

Satu doa yang mengiyakan kemampuan hamba yang amat terbatas, lalu berharap pada Allah Yang Maha Tahu. Jika perkara itu baik, dekatkanlah, jika tidak jauhkanlah... Terjauh dari perkara yang kita suka tapi mendekatkan diri kita pada Yang Maha Kuasa, adalah sebuah nikmat yang tidak terhingga.

Mari, buka hati kita, lihat dalam-dalam... segalanya yang berlaku, adakah mendekatkan atau menjauhkan kita dari Yang Esa? ketika itu muhasabahlah kembali... kita ini tergolong dalam golongan yang 'baik' atau 'jahat'?

Bersangka baiklah pada Allah, dan percaya semua yang berlaku cuma yang baik-baik.

Wallahu'alam

Read More......

Thursday, August 7, 2014

Berehat Hanya Di Syurga



Mak kata, orang kat Palestin bila ditanya tak penat ke siang belajar malam jadi tentera, mereka balas :

Dunia ini bukan untuk berehat.

Mak kata lagi, tapi manusia ni suka sangat berehat-rehat di dunia. Macam dah sampai syurga.

Teringat saya pada satu hadith, dunia ini ibarat penjara bagi orang mukmin.

Penjara. Ia bukan sekadar merasa 'payah' dengan segala haram dan halalnya. Malah ia mempunyai maksud yang lebih indah.

Seperti seorang banduan di dalam penjara. Tubuhnya di penjara, jiwanya tetap bebas keluar, hatinya mencari satu tempat yang paling indah dan selesa : Rumahnya sendiri.

Hingga satu saat dia dibenarkan keluar, gembiranya tidak terperi terbayang-bayang rumah di mana kegembiraannya infiniti!

Begitulah diri seorang mukmin, tubuhnya seolah-olah terperangkap di dunia, tapi jiwanya tetap tahu hala tujunya : syurga!

Dia sentiasa mengimpikan untuk pulang ke 'kampung' abadi, namun sabar menyelusuri hari di sebuah penjara bernama dunia.

Jiwanya tenang, sedar segala yang berlaku di dunia hanyalah ujian, ilusi, pada sebuah penderitaan abadi jika hatinya pergi jauh dari Ilahi...

Namun, bagi mereka yang sudah merasa dunia ini ibarat syurga abadi, merasa segala kegembiraan ada di sini... jiwanya tidak lagi mahu pulang ke kampung sebenar. Merasakan dunia ini sempurna, lalu seringkali dia terluka kerana mengharapkan kesempurnaan pada sesuatu yang tidak sempurna.

Cepatlah pula dia menuding jari pada Yang Esa, mengapa aku? mengapa begini? mengapa bukan begitu? banyak pula persoalan bermain di minda, kurang dia sedar, kiranya jiwa itu tahu hala tujunya... persoalan-persoalan itu akan bertukar menjadi,

"Apa yang perlu aku lakukan terhadap ujian ini?"

"Bagaimana aku mampu membuatkan ujian ini agar ia menjadikan aku lebih dekat pada Rabbi?"

Lalu manusia yang merasa dunia ini syurga, jadilah ia manusia binasa, berehat-rehat sahaja di dunia, sedangkan berehat itu layaknya di syurga!

~Deras arus dunia menghanyutkan yang terlaka,
Tanpa iman dalam jiwa kita kan terpesona~

Read More......

Tuesday, August 5, 2014

Sangka Baik Pada Tuhan


"Alamakkk..." Saya mengeluh kecil. Kaki dihayun sepantas mungkin, dari jauh saya terlihat pintu lif terbuka.

Saya ingin bergegas. Harap-harap sempat masuk sebelum pintunya tertutup. Menunggu trip yang seterusnya? Saya kira ia satu kelelahan.

Namun, saya lambat. Pintu lif tersebut tertutup juga, benar-benar di hadapan wajah. Tercengang sebentar, sebelum otak tangkas mengarah tangan menekan butang lif. Ia kembali menyala.

Nafas saya tarik dalam-dalam. Hakikatnya kehidupan ini begitulah.


Seringkali kita rasa peluang kita dalam kehidupan tertutup. Kita terpinga-pinga di hadapan pintu yang tertutup. Sedangkan, jika kita berusaha dan yakin, ada banyak lagi pintu yang sedia terbuka untuk kita.

Sementelah, kita lupa adanya Tuhan.

Kadangkala Allah tutup satu pintu untuk menyelamatkan kita dari sesuatu yang lebih teruk. Allah tahu di balik pintu itu ada bahaya, atau jurang yang dalam, atau kita mungkin mati terbunuh. Lalu Allah tutup pintu itu.

Kita tidak bersyukur, malah menangis menyalahkan Tuhan.

Macam saya ketika kecil, suka sangat buat eksperimen bukan-bukan. Kloroks campur sirap, bakar tu bakar ni. Emak yang mungkin memikirkan sel-sel otak saya sedang berhubung hanya membiarkan. Sampailah satu tahap saya mahu bermain pisau dan api.

Emak melarang. Merampas pisau dari tangan saya. Saya? Menangis. Guling guling. Cakap mak tak faham.

Sedangkan apa yang mak cuba lakukan hanyalah menyelamatkan saya dari bahaya.

Anehnya, bila dah besar kita lakukan perkara yang sama pada Tuhan. Kita tahu Allah tutup satu pintu kerana Allah nak selamatkan kita. Tapi kita? Tetap tuding jari, tak puas hati.

Hei.. Bukan ke Allah lebih penyayang dari ibu kita sendiri?

Ucaplah, Allahku.. I love u!

Read More......

Saturday, June 28, 2014

Surat Kecil Untuk Tuhan


Ramadhan akan tiba, hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi.

Banyak status-status di facebook gembira menghayati kedatangan Ramadhan. Saya juga mahu menulis sesuatu, tapi saya seolah buntu. Taip, padam semula, kemudian taip dan padam lagi.

Entah, hati ini berbaur seribu. Ramadhan kali ini membawa pelbagai makna.


Kakak bakal pulang dari China, adik pula berhari raya di Yemen. Ramadhan kali ini menandakan setahun sudah pemergian nenek tercinta. Ramadhan kali ini juga memberi saya seribu macam ketenangan. Dapat berpuasa dengan keluarga, sudah ada pekerjaan tetap dan bahagia dengan hadirnya teman-teman baik di sisi.

Tapi, hati ini masih gusar. Adakah saya bakal memasuki 'madrasah Ramadhan' dengan pahala yang meninggi, atau mungkin dosa lama masih belum pun terampuni?

Adakah saya mampu menghayati Ramadhan kali ini, sebagaimana penghayatan baginda Nabi?

Adakah nanti, pabila keluar dari 'madrasah' ini, saya sudah punya hati yang baru, atau hati lama makin berkarat seribu?

Saya tidak tahu. Namun ada sebuah hadith :

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda: “Apabila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah memanggil Jibril seraya berfirman: ‘Sesungguhnya Allah Ta’ala mencintai Fulan, maka cintailah ia.’ Kemudian Jibril mencintai orang itu dan berkata kepada penghuni langit: ‘Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah ia.’ Penghuni langit pun akhirnya mencintai orang itu. Setelah itu kecintaannya diteruskan kepada penghuni bumi.” (HR Bukhari dan Muslim)

Lihat orang sekeliling, adakah ramai yang mencinta atau ramai yang mencerca?

Ah, 'surat kecil' ini untukMu Tuhan, tukarkan hatiku dengan hati yang baru, agar dengan hati yang baru itu aku bisa mencintaiMu lebih dari dahulu, menusuk kalbu, membuah rindu...hinggalah kelak kita bertemu di syurgaMu...

Ramadhan is coming, syaitan is leaving. Alhamdulillah.

Salam Ramadhan.

Read More......

Wednesday, May 14, 2014

Abah Hilang


"Eh mana abah?"

Kapal terbang kami dari Beijing baru sahaja mendarat di lapangan terbang KLIA2. Saya dan emak menunggu bagasi dan abah yang dibantu oleh petugas AirAsia ditolak menggunakan kerusi roda dan diletakkan di ruang menunggu.

Tapi, lepas semua bagasi telah diambil, kami tercari-cari di mana abah. Tidak terlihat kelibatnya di ruang menunggu.

Emak mula panik.


Kami melangkah menuju ke kaunter pertanyaan lalu kami diarahkan pergi ke kaunter AirAsia. Bertungkus lumus kami menolak beg ke sana-sini.

Petugas AirAsia juga kelihatan bingung.

"Takpe, awak dengan makcik tunggu sini. Biar kami cari pakcik."

Kami akur, kembali ke ruang menunggu.

5 minit, 10 minit, 30 minit, 1 jam.. Petugas tersebut masih belum lagi muncul.

Sekejap sekejap saya lihat jam di tangan. Saya buntu. Abah sudah menghidap penyakit tua. Fikirannya sudah tidak berapa ingat. Jalannya kerap kali jatuh menyembah bumi. Mulutnya pula sudah tidak petah lagi bertanya itu ini. Bagaimana jika abah terjatuh di pertengahan jalan? Bagaimana jika abah tak tahu ke mana arah tujunya? KLIA2 tu besar dan ramai manusia. Ah, bagaimana keadaan abah?

Selepas 1 jam, petugas AirAsia muncul di hadapan kami.

"Cik, kami dah cari dah, dah 3 kali pusing airport tapi tak jumpa."

Satu keluhan saya lepaskan. "Tadi memang letak sini ke?"

"A ah tadi ada sini."

"Agaknya dia ingat kitorang tinggalkan dia kot." Saya membuat andaian.

"Macam mana ye.."

"Dekat tempat parking dah cari juga ye?" Tanya saya. Meski dalam hati saya tidak berharap begitu. Lebih susah jika abah ke tempat parking. bertingkat-tingkat dan sukar dicari.

"Belum. Saya pergi cari sekarang." Ujarnya lalu berlalu pergi.

Saya duduk kembali di sebelah emak.

"Mana lah abah pergi ni...Mak takut abah jatuh, orang bawa abah pergi hospital pulak.." Emak mula bersuara lemah.

Ah, tak boleh jadi ni. "Mak, biar wawa pergi cari. Mak tunggu sini je eh." Lalu saya bangun, beg digalas di bahu.

"Bismillah. Allahumma yasir wala tu'asir rabbi tamim bikhair, birahmatikaya Arhamanrahimin.." Saya melangkah. Dalam hati tak putus berdoa, "Allah mudahkan jangan Kau susahkan. Allah mudahkan aku bertemu ayahku."

Setiap langkah saya diiringi doa itu. Saya percaya Allah Maha Mendengar dan tak pernah mengecewa. Kaki mula saya atur ke bahagian Mall, mata melilau mencari. Hampa.

Lalu saya bergerak lagi, mata ke kanan ke kiri. Hati tak putus berdoa.

Tiba-tiba, sedang kaki dihayun, saya terlihat kelibat abah. betul-betul di hadapan saya. Hanya lebih kurang 10 meter jaraknya dengan saya. Abah kelihatan bingung sambil memegang tongkat. Tidak hiraukan lagi keadaan diri saya pada ketika itu, tidak hiraukan lagi mata-mata yang memandang, saya berlari sekuat hati.

"Abah!"

Abah menoleh. Matanya kelihatan resah. Ada gusar di wajahnya. Pasti abah penat. Abah sudah berjalan hingga ke tingkat atas. "Mana mak?" Itu soalan pertama yang meluncur keluar dari mulut tuanya.

"Abah pergi mana?" Soalannya saya balas dengan soalan. Soalan saya juga tidak berjawab. Abah memegang bahu saya dan menuju ke ruang menunggu di mana emak berada.

Peristiwa ini benar-benar memberi saya sebuah pengajaran.

Benarlah Allah Maha Mendengar, benarlah firmanNya :

Berdoalah padaKu, nescaya Aku perkenankan (surah Al-Ghafir : 60)

ya Allah, dalam hati saya bercampur baur perasaan. Allah tak pernah mengecewa, hanya kita sebagai hamba selalu benar tak yakin padaNya. Pada Allah yang paling menepati janji. Kita lebih banyak bergantung pada manusia, sedangkan Allah tidak pernah walau sekali memungkiri janjiNya.

Siapa yang menggerakkan kaki abah untuk turun ke tingkat bawah di tempat saya sedang mencarinya sedangkan abah tak ingat jalan, abah mudah bingung di tempat yang ramai orang. Siapa pula yang menggerakkan kaki saya agar pergi ke tempat di mana abah berada, sedangkan petugas AirAsia telah pusing KLIA2 sebanyak tiga kali?

Allah. Allahlah yang mengatur segalanya. Dia tak pernah mengecewa, selalu memberi bahagia, pada hambaNya yang percaya..

Lalu hati ini bertambah cinta pada pencipta. Allahku, terima kasih kerana sering membantu tatkala aku menjadi buntu. Allahku, terima kasih kerana sering menemani tatkala dunia ku rasakan sepi. Allahku, terima kasih kerana selalu memberi bahagia tatkala jalan yang ku lalui dirasakan duka..

Melihat dunia dari jendela akhirat, ia benar-benar sesuatu yang ajaib.

ayuh, cubalah!

salam cinta.

Wassalam.


Read More......

Wednesday, April 16, 2014

Happy Mother's Day My Superheroin


"Mak.. bila nak tidur ni?" Si kecil Mastura menggoyang-goyangkan kakinya sambil duduk di atas kerusi plastik, benar-benar bersebelahan sinki tempat emak sedang mencuci pinggan.

"Sekejap, lagi sikit je ni. Kalau ngantuk pergi tidur dulu." Emak membalas sambil tangan ligat membilas sudu.

"Taknak..." Rengek si kecil mastura lagi, tidak biasa tidur sebelum ditepukkan oleh sang ibu.

Emak membuka apron, memimpin tangan si kecil mastura dan membawanya tidur.

Namun saya tahu, emak tidak tidur. Emak kembali bangkit menggosok baju dan menyelesaikan tugas-tugas di dapur. Sapu, mop lantai dan kemas ruang tamu.

Lalu, setiap pagi pasti saya akan bertanya pada emak, "Emak, semalam emak tidur pukul berapa?"

"Pukul 2"

"Emak, semalam emak tidur pukul berapa?"

"Pukul 3"

Tak pernah walau sekali saya dengar emak jawab "Mak tidur pukul 10." Tak. Tak pernah. Yang saya ingat mak kata, "Semalam tidur pukul 12, alhamdulillah dapat tidur awal."

Dulu... Saya selalu hairan kenapa kadang-kadang mak cepat marah, saya pula yang digelar anak manja oleh adik-beradik walaupun saya bukanlah anak bongsu, seringkali merajuk, kurang saya tahu pada ketika itu emak betul-betul penat. Sangat penat.

Hinggalah... saya dibiasakan tinggal bersendirian di rumah seawal usia 7 tahun, mak abah pergi kerja, balik sekolah Agama, saya akan bersendirian di rumah. Kadang-kadang saya kemas rumah. Alah, bukan apa pun, susun kusyen, sapu sampah, susun kasut. Apalah sangat budak 7 tahun mampu buat.

Tapi...

Tapi bila mak balik, mak peluk, cium saya. Hairan. Mak ni dah kenapa?

Saya pun terfikir, oh mak gembira kot balik rumah dah kemas. Saya yang pada ketika itu masih mentah pun terfikir lagi, oh dah besar nanti taknak bagi mak penat-penat. Biar saya pula yang buat semuanya.

Maka, seawal usia 7 tahun saya belajar kemas rumah.
Seawal usia 9 tahun saya sudah belajar siang ikan, sotong dan masak sikit-sikit.

Niat di hati nak tolong mak nanti bila dah besar. Namun nyata ia tidak berlaku.

Sekarang saya dah pun bekerjaya. Emak pula tinggal di rumah. Tak sempat saya rasa penat, balik rumah semua sudah siap. Tak sempat saya masak sarapan, mak dah buat semuanya. Terkadang saya terlelap sendiri, tak sedar. Penat seharian bekerja memerah otak. Terkadang tidur di hadapan tv, terkadang tidur di atas sofa. Emak tak pernah kejutkan saya, malah emak akan tutup lampu, pasang kipas supaya saya selesa tidur.

Entah bila dapat balas jasa emak.

Yang ada pun hanya hujung minggu, itu pun terkadang emak yang buat majoriti kerja rumah.

Jadi sekarang saya dah tahu kenapa dulu emak kadang-kadang cepat je nak marah. Kenapa emak cium saya bila saya kemas rumah. Emak sebenarnya penat, tapi emak tak pernah bagitau. Mak, kenapa mak tak bagitau ye? :'(

Sekarang, bila orang tanya, sapa superhero (baca : superheroin) kamu? Tak tak. superhero saya bukan catwoman, bukan power rangers warna pink, bukan teletubbies warna purple.

Superhero saya adalah emak saya. emak lagi hebat dari catwoman, power rangers warna pink dan teletubbies. Sebab emak mampu buat banyak kerja dan tanggung semua kepenatan tu seorang diri. :')

To my beloved superheroin, happy mother's day. For me, everyday is mother's day. I love u, forever will it be :)

babai :)

Read More......

Saturday, March 22, 2014

Semuanya kerana Allah.


Abu Dahdah. Seorang Dermawan.


Pada zaman dahulu ada seorang anak yatim yang memiliki sebuah kebun. Lalu, pada suatu hari anak yatim tersebut ingin membina tembok di sekeliling kebunnya.

Namun malangnya, tembok itu tidak dapat didirikan kerana terhalang oleh sepohon tamar milik tuan kebun sebelahnya. Lalu, pergilah si anak yatim ini berjumpa jiran kebunnya dan berkata,

"Wahai tuan, bolehkah kau memberi sebatang pohon tamar itu padaku agar aku boleh membina tembok di sekeliling kebunku secara tegak."

Dengan sombongnya, pemilik kebun itu menjawab "Tidak."

Lalu si yatim ini merayu lagi, "Wahai tuan, aku ingin membina tembok, tolonglah berikan sebatang pohon tamar itu padaku agar hajat aku terlaksana."

Tukang kebun itu berkata, "Tidak! aku katakan tidak!"


Lalu berjumpalah si yatim ini dengan Rasulullah dan mengadu pada baginda. Rasulullah pun berjumpa dengan si pemilik kebun.

"Wahai saudara, bolehkah diberikan sebatang pohon tamar itu kepada anak ini?" Tanya Rasulullah.

Lalu pemilik kebun itu naik berang. Dirasakan anak yatim itu mengadu domba kepada Rasulullah.

Sedihlah hati si anak yatim, sudahlah tiada ibu bapa...pada siapakah lagi mahu dia mengadu, siapakah lagi yang mahu bercakap untuknya?

"TIDAK!" jawab si pemilik kebun itu. Keras.

Rasulullah pun mengulangi pertanyaannya, "Bagaimana jika engkau memberikan sebatang pohon tamar itu pada si yatim ini dan Allah memberimu sebatang pohon tamar dalam syurga di mana jika engkau mengenderai kuda di bawahnya selama 100 tahun, engkau masih akan tetap berada di bawah redupnya?"

Namun si pemilik kebun tetap menjawab "TIDAK!"

Pada waktu itu, ada seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Dahdah mendengar tawaran Nabi lalu beliau bertanya, "Ya Rasulullah! Jika aku membeli pohon tamar itu dan memberikannya pada anak yatim ini, adakah aku akan mendapat tawaran yang sama?"

Rasulullah menjawab, "Ya."

Abu Dahdah yang memiliki kebun kurma tersohor dan terdapat sebuah rumah serta mata air di kebunnya seraya berkata kepada si pemilik kebun yang sombong, "Apakah engkau mengetahui tentang kebunku?"

Lalu pemilik kebun itu berkata, "Siapakah penduduk madinah yang tidak mengenali kebunmu wahai Abu Dahdah?"

"Mahukah engkau jika aku tukarkan kebunku itu dengan sebatang pohon tamar ini?"

Tercengang si pemilik kebun yang sombong itu. Biaq betoi Abu Dahdah ni. Hish betoi ka? sebatang pohon tamar dengan sebuah kebun yang mewah?

Tapi akhirnya si pemilik kebun itu pun bersetuju. Lalu Abu Dahdah pun berkata kepada Rasulullah. "Ya Rasulullah! Sudah adakah pohon tamar di syurga buatku?"

Rasulullah berkata, "Tidak! malah Allah menyediakan kebun-kebun tamar buatmu. Tak terhitung banyaknya."

Rasulullah mengulang-ulang kata-katanya sehingga Abu Dahdah berlalu pergi.

Setibanya di rumahnya di kebun mewah miliknya, dia memanggil isteri dan anak-anaknya keluar, "Wahai isteriku, ini bukan lagi milik kita. Aku telah pun menjualnya."

Isterinya bertanya, "Dengan harga apakah engkau menjualnya wahai suamiku?"

"Dengan kebun tamar di syurga yang mana jika engkau mengenderai kuda selama 100 tahun di bawahnya tetap engkau berada di bawah lindungannya."

Apa jawab isteri Abu Dahdah? Adakah dia marah dan berkata, "Hang ni biaq betoi?"

Tak. Malah isterinya menjawab, "Allah Maha Besar! sungguh berbaloi penukaranmu itu!"

Subhanallah. Manusia yang di hatinya ada Allah memang cukup menakjubkan. Sangat menakjubkan. Datanglah apa jua dugaan, pasti hatinya tidak terusik.

Mari kita ambil pengajaran, kita nak sedekah rm50 pun dah rasa besar kut?

jom upgrade diri!

Wallahu'alam

Read More......

Monday, March 10, 2014

Warkah ini buatmu...


"Akak.. tak layakkah saya mengecap bahagia?" Wajah itu ku pandang damai.

Air matanya ku usap perlahan.

Lalu saya tersenyum, moga ia dapat memberi kekuatan pada dirinya.


"Akak... kenapa saya ditinggalkan? Allah tak sayang saya ke kak? Kenapa Allah asyik biar saya derita, Allah asyik biar saya berduka?"

"Akak, kenapa dia mengkhianati saya kak? Akak, kenapa Allah tak jodohkan kami?

Persoalannya datang bertubi-tubi, Hingga saya memilih untuk berdiam diri. Memeluknya erat, rapi. Luahkanlah sayang, luahkan apa yang terpendam di hatimu..kelak bila kau tenang bolehlah kita berbicara indah..

Luahkanlah sayang.. diriku sentiasa mendengar, moga Allah memujuk hatimu selalu.

Dan buat 'adik' yang dinyatakan di atas.. Maaf akak tak mampu berbicara panjang saat dirimu memerlukan, lalu ku coretkan coretan ini kerana akak tahu adik sentiasa mengikuti perkembangan blog ini..

Adik,

Akak tahu betapa deritanya hatimu, ditinggalkan orang yang adik sayang, sudah mahu berkahwin, persiapan sudah tersiap semua... Tapi dik, untuk apa air matamu itu? Untuk seseorang yang tak tahu menghargai? Untuk seseorang yang menjauhkan diri? Untuk seseorang yang meninggalkanmu tanpa menoleh lagi? Dia sedang bahagia, sedang dirimu menangis duka..

Adik, Menangislah semahumu jika itu mampu melegakan hatimu.. Tapi dik, akak mohon sebaik tangismu reda, bangkitlah kembali, pasakkan dalam hati, tangismu hanya untuk Ilahi! Kerana DIA tak pernah tinggalkanmu sendiri, mencintaimu setiap hari, malah tak pernah bosan mendengarkan rintihan hati kecilmu...

Adik,

Saat dirimu berkata, "Akak...Mengapa Allah menguji ini pada saya? Terlalu berat dirasakan.." Sambil matamu merah kebengkakkan, entah sudah berapa hari kamu menangis dik.. Hati akak tersentap sendiri...

Adik, mahukah kamu percaya padaku.. Ada manusia yang lebih menderita... Kamu hanya kehilangan orang yang sudah tidak lagi mencintaimu, sedangkan ada saudara kita yang kehilangan orang yang sentiasa mencintai mereka..

Ya dik, bukankah di Syria, di Palestin, kanak-kanak kecil lagi sudah kehilangan ibu bapa mereka? Apakah kamu kira mereka tidak bersedih dik? Tapi tidak sekali mereka menuding jari pada Tuhan dan berkata "Mengapa Tuhan? Mengapa KAU ambil semuanya daripadaku?

Tidak dik. Malah mereka berkata, "Cukup Allah bagi kami, Allah bersama orang-orang yang sabar.."

Adik, Mahukah kamu digembirakan dengan kalam cinta dari Rasul?


“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya”
(Hadith riwayat Muslim.)

Adik... Mahukah kamu percaya jika akak katakan kasih sayang Allah itu melebihi kasih sayang ibumu kepada dirimu? Masakan Allah tegar membiarkanmu derita, sedang DIA mengambil sesuatu dari kamu untuk membebaskan kamu dari perkara buruk yang kamu tak tahu, DIA mengambil sesuatu dari kamu agar kamu bebas gembira, DIA mengambil sesuatu dari kamu agar dapat digantikannya dengan sesuatu yang lebih baik.

Percayalah dik, bersangka baiklah pada Allah....Bersabarlah menanti hikmahnya...

Sudah, Jangan terlalu fikirkan dugaan diri, fikirlah kesengsaraan saudara kita sendiri, fikirlah kesusahan manusia yang lainnya, kelak pasti dirimu tenteram, mensyukuri nikmat Tuhanmu.. Kita sudah tidak ada masa untuk berfikir hal yang remeh, bukankah kita punya misi yang lebih besar? bukankah hidup kita untuk menggembirakan pencipta?

Sudah, kesat air matamu, jika mahu menangis...bentangkan sejadah, Allah sentiasa menunggu!

Salam cinta kerana Allah..

Wallahu'alam.


Read More......

Sunday, March 9, 2014

PRAY FOR MH370

Hari ini,
Langit mendung lagi,
Dan aku masih menanti,
Kelibat besi terbang yang tak munculkan diri..

MH370,
Di mana kamu?
Berikan sedikit petanda,
Agar lega hati kami yang gundah..
Berikan sedikit petanda,
Agar kami tidak lagi bertelagah,
Mencipta cerita-cerita yang kami sendiri tak tahu,
Membakar hati-hati yang sedang merindu...

Berat hatiku,
Bertakung air mataku,
Di mana kamu?
Janganlah diam membisu,
Ramai yang mahu tahu,
Apakah selamat kamu di situ?

Hari ini,
Awan bergerak perlahan,
Matahari sekejap terik sekejap tidak,
Seolah tahu hati kami yang sekejap gundah sekejap gelisah,
Air mata... Berhentilah berlari,
Tetapkan hati,
Abdikan diri,
Berdoalah pada Ilahi,
Agar semuanya kembali lagi...

Ah,
Aku kembali mendongak ke langit biru,
Di mana...kamu?

Pray for MH370...



Read More......

Thursday, March 6, 2014

Nyata KAU tak pernah tinggalkanku...


Allahku,
Saat aku jatuh tersungkur,
Hingga kabur pandangan mataku,
Aku sangka aku tak akan bangun lagi,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Saat aku menangis,
Menyesali nasib diri,
Aku sangka aku pasti tak mampu berdiri,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Saat aku tewas pada dunia,
Lalu aku terduduk hiba,
Aku sangka, aku pasti selalu berduka,
Tapi nyata, Kau tak pernah tinggalkanku sendiri...

Allahku,
Kau hadirkan petunjuk saat aku meraba dalam gelap,
Kau hadirkan penyeri hidup tatkala aku tangis sendu,
Kau hadirkan sahabat yang mencinta saat aku rasa sendiri,
Kau selalu hulurkan cahaya,
Saat aku rasa luluh kecewa...

Allahku,
Biarpun aku hamba berdosa,
Izinkanku menatap wajahMu yang indah,
Kerana,
Teringin aku menemuiMu yang tidak pernah meninggalkanku saban waktu,
KasihMu yang satu,
CintaMu yang setia,
Abadi selamanya...

I love u, Allah.. :')

Read More......

Monday, March 3, 2014

Kahwin kerana apa?


"Mastura, apa pandangan awak kalau orang nak kahwin sebab nak elakkan maksiat?"

Saya tersenyum, termenung panjang.

Entah kenapa, tiba-tiba sahaja saya menerima banyak soalan begini. Mungkin Allah mahu saya turut sama berfikir.


Lalu saya memandangnya, "Begini, tujuan perkahwinan bukan semata-mata untuk mengelakkan maksiat, perkahwinan punya tujuan yang jauh lebih besar daripada itu.. Rasulullah dan para sahabat berkahwin bukan untuk mengelakkan maksiat, ia untuk melengkapkan Agama, menyebarkan dakwah, bukan kerana nafsu semata."

Lalu saya menarik nafas panjang, hembus dan tarik kembali.

"Bagi saya, berkahwin kerana mahu mengelakkan maksiat adalah alasan yang tidak utuh, Allah sudah menyuruh kita agar mengelakkan jalan-jalan zina.. orang yang berkahwin untuk mengelakkan maksiat adalah orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat.."

Dia memandang saya, menunduk ke bawah.

"Benar." jawabnya ringkas.

"Orang yang cenderung ke arah jalan-jalan maksiat, cenderung pula membina asas rumah tangga dengan perkara yang dimungkari Allah. Jika sebuah bangunan yang tinggi, asasnya sudah goyah, bagaimana mahu mengharungi cabaran yang lebih besar? Dan percayalah, cabaran sebuah perkahwinan lebih besar daripada cabaran mengelakkan maksiat.. Jika mahu mengelakkan maksiat pun sudah tidak boleh, bagaimana mahu mengharungi cabaran dalam rumah tangga?"

Kini matanya berair.

Saya memandangnya dan menyambung kata, "Begini sayang, jika sebelum berkahwin dia mampu bermaksiat dengan kita, pastinya selepas berkahwin dia mampu juga bermaksiat dengan orang lain. Kelak, rumah tangga akan penuh dengan prasangka yang tidak-tidak, bagaimana nanti bila angin bertiup pada bangunan yang asasnya goyah?"

"Mas, kite kena buat apa?"

Saya memeluk bahunya erat. kemas. menyalurkan tenaga, menyalurkan semangat saya yang tidak seberapa. "Sekarang ni fokus pada apa yang lebih utama... dan.. Bentangkan sejadah, Allah menunggumu!"

Salam cinta kerana Allah. :)

Wassalam.

Read More......

kita tak pernah rugi, bila....

Assalamualaikum.

Fuh, lama tak update blog. sebenarnya saya lupa password blog saya. hehe.

Macam-macam yang berlaku, sekarang dah kerja rasa masa semakin sedikit, sedangkan terlalu banyak perkara yang ingin dilakukan..

hm.. jadi ni macam random post je lah ye? ;)

Haritu saya ternampak seekor kura-kura,dia jalan-jalan, lepas tu terbalik.

Bayangkan seekor kura-kura, cengkerang di bawah, kaki meronta-ronta seolah-olah berkata "tolong, tolong selamatkan aku." Lama-lama dia diam, er saya memang takut nak pegang kura-kura tu, eh tak tak bukan takut, tapi kura-kura tu besar, so, hm..



ok sambung cerita..(tukar topik)

Tiba-tiba ada seorang lelaki, dengan gentlemannya terbalik kan kura-kura tu semula dan kura-kura tu pun berjalan-jalan, okay happy ending.

Tapi, di sebalik cerita tu ada sebuah cerita yang tersirat.

Masa kura-kura tu terbalik, macam mana tiba-tiba ada orang nak tolong letakkan dia dalam posisi yang betul semula?

Mesti kura-kura tu doa kat Allah supaya ada orang yang bantu dia, dan Allah hantarlah seseorang untuk tolong dia.. biar pun lama tapi akhirnya dia tetap boleh jalan semula.

So,

saya pun rasa,,,eh selama ni manusia pun berdoa, tapi ramai yang putus asa..sedangkan Allah tu Maha Mendengar, doa dalam hati pun Allah dengar jadi kenapa putus asa untuk berdoa? Doa, doa, doa dan percaya... Allah pasti perkenankan.

lagi satu, bila ada orang minta tolong dengan kita, seharusnya kita rasa suka, rasa happy, rasa teruja, sebab apa? Sebabnya... mungkin orang tu berdoa pada Allah supaya Allah mudahkan urusan dia, and know what? Allah pilih kita untuk tolong dia..

Dalam banyak-banyak manusia, Allah pilih kita... yes! we are the lucky one!


hamboih, tak bangga ke? kalau dapat nombor satu dalam kelas, atau terplih sebagai pelajar terbaik pun mesti dah kembang-kempis hidung tak tahan rasa teruja tu kan.. ni Allah pilih kita.. best kot!

Jadi, sukalah ye bila dapat tolong orang.. tapi ops, batas jangan lupa..kalau perempuan mintalah tolong daripada perempuan, begitu juga sebaliknya..kalau memang dah tak ada langsung orang sama jantina boleh tolong, maka jagalah batas-batas yang ada dalam berurusan dengan insan berlawanan jantina...

Kita pasti tak pernah rugi, bila kita letak Allah dalam hati...

nanti kita sambung lagi ye?

Wassalam...

Read More......
 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .