Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, March 17, 2012

Assalamualaikum


Assalamualaikum.

Rasanya sudah agak lama blog ini dibiarkan sepi. Alhamdulillah, semalam saya baru sahaja dapat menjejakkan kaki ke rumah tercinta. Bermakna, telah tamatlah riwayat hidup semester ini, dan juga semester depan sudah masuk ke tahun akhir. Allah hu Akbar.

Hari ni nak cerita apa ya? Hari ini kita santai-santai sahaja ya...


Semester ini benar-benar mencabar. :) semester lepas pun mencabar tapi mungkin semester ini lebihhhh mencabar. Ditambah ujian-ujian tanda kasih dan cinta dari-Nya, alhamdulillah syukur.

Oh, ada orang yang menangis tatkala ujian datang menjengah, lantas dia bertanya "Salahkah? adakah itu bermaksud kita mengingkari Tuhan? Adakah menangis bermaksud kita tidak redha?"

Kawan,

Untuk apa Allah cipta air mata? Bukan perkara yang membahagiakan sahaja yang berada di dunia. Silakan menangis andai itu mampu melepaskan segala bebanan, tapi jangan terbawa-bawa kesedihan sehingga berlarutan memakan diri sendiri. Lihatlah di sekelilingmu... Masih ramai lagi insan yang menyayangi, melihat redup mata mereka... Mereka seolah berkata : Hei, kuatlah sahabat! Allah sayang kamu.

Kan?

Lepas menangis... ucaplah alhamdulillah. Kerana Allah masih ingat pada satu batang tubuh yang hina itu..

Suatu ketika dahulu, selepas kematian kedua ibu bapanya, Rabiatul Adawiyah sering ditimpa musibah. Sehinggalah pada satu hari dia diculik dan hendak dilelong menjadi hamba.

Adakah Rabiah terpekik terlolong atau meracau-racau menyalahkan Allah?

Tidak. Malah, Wajahnya sentiasa tenang dan bibirnya sentiasa mengucap Alhamdulillah. Si penculik berasa hairan. Ah, mengapa tenang benar anak kecil ini, tidakkah dia berasa walau sedikit takut atau kesal?

"Wahai budak. Kenapa engkau kelihatan tenang?" Tidak tahan dengan gelora di hati, si penculik itu lantas mengajukan soalan kepada Rabiah.

Rabiah hanya tersenyum, "Alhamdulillah... Allah timpakan ujian kerana Allah masih ingat pada saya." Balasnya, ringkas. Tapi cukup untuk merentap tangkai jantung si penculik.

Hari ini... andai hatimu terluka, andai hatimu terguris, tercalar... Tersenyumlah dan ucaplah Alhamdulillah kerana Allah masih mengingatimu...

Kita pula, marilah mengingati Allah dalam setiap helaan nafas dan setiap denyutan jantung.

Jom jom jom... angkat tangan dan berdoa, menangislah semahunya kepada Dia Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui segala sesuatu... berdoalah.

Kerana doa itu adalah senjata orang mukmin.

Dan ingatlah ;

kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya (Al-Imran : 159)


Usaha tanpa tawakal umpama manusia yang sombong,
Tawakal tanpa usaha umpama manusia yang jahil.

Ayuh gabungkan keduanya.

yuk!

wallahu'alam.


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .