Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, May 3, 2011

Selamat Hari Ibu


Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara Allah walaupun setiap hari ada saja dosa yang kita lakukan.

Hari ni, Hari ibu.. kan? ke semalam? Entah, pada saya hari-hari adalah hari ibu, cuma hari ibu yang dikhususkan tu mungkin lebih istimewa lagilah :)

Jadi sempena Hari Ibu ni, maka entri ni khusus untuk ibu saya yang tak pernah sesaat pun saya lupa untuk menyayanginya.

Ibu bapa setiap insan ada keistimewaan dan kekurangan masing-masing, jadi sebagai anak, ambillah keistimewaan yang ada untuk top-up kasih sayang terhadap mereka setiap hari. Orang kata, makin hari makin sayang, kalau makin hari makin benci tu ada something wrong somewhere lah tu...

Saya ingat lagi, waktu saya sakit, demam sampai tak boleh bangun..Emaklah orang yang paling risau. Bawa makanan ke bilik, ubat tu ubat ni, jamu tu jamu ni.. Sampai akhirnya saya sihat sebab tak mahu makin jamu lagi. -_-" Terima kasih emak, taktik itu sangat praktikal.

Waktu saya sedih, ada masalah..Emak selalu jadi telinga untuk saya cerita semuanya, kalau orang ada bestfriend, emak adalah atas lagi daripada tahap bestfriend. Oh, tapi emak tak suka tengok saya menangis, dulu saya ingat emak tak sayang saya, lebih suka tengok saya menangis daripada memujuk saya, macam dalam tv tu.

Selalu saya tengok cerita kalau anak merajuk nanti mak ayah datang kat bilik pujuk. Romantik kan? Tapi mak saya tak ajar saya jadi lemah sebegitu.

Pernah sekali waktu tu saya ada periksa hafazan kat sekolah Agama, entah saya rasa macam akan fail je lepas face to face dengan pemeriksa tu, saya lari balik rumah dan menangis, waktu tu emak tengah tengok tv. Emak tanya, "Kenapa?"

"Hafazan tadi, macam fail je." Saya menangis, yelah kalau fail satu paper tu fail semua subjek.

Tapi emak teruskan menacap matanya pada televisyen, saya stres sungguh waktu tu, rasa macam tak disayangi aje. Tapi rupanya emak tak mahu ajar saya jadi lemah, sikit-sikit menangis. Siapa kata emak tak pujuk? Emak masak sedap-sedap hari tu, mungkin untuk gembirakan saya kot.

Waktu saya ambil keputusan periksa, seringkali mata mak berkaca-kaca, terharulah tu tapi cover macho. :D Taklah, pernah satu ketika tu emak cium saya lepas tengok slip keputusan. Depan semua orang. Rasa tak tahu nak cakap apa waktu tu. Entahlah, tu semua berkat doa emak juga. Kalaulah emak tak doa, tak mungkin saya mampu belajar dengan baik.

Waktu saya masuk asrama, saya mula rindukan emak. Hari-hari lepas prep, sanggup tak makan malam, lari terus ke public phone kumpul duit syiling banyak-banyak sebab nak telefon emak. Sanggup juga beratur panjang-panjang sampai pukul 12 malam sebab nak telefon mak, waktu ni bila ada orang telefon pakwe rasa nak marah je, sebab sanggup dia lupakan emak yang dah besarkan dia bertahun-tahun sebab seorang lelaki yang baru dikenali. Apa-apa pun doakan mereka agar diberi hidayah.

Bila dah lama sikit, ada public phone yang guna kad tu, wah bahagia rasa! tak payah kumpul duit syiling lagi, setiap kali outing mesti beli kad telefon, telefon malam-malam buta yang rasanya mak pun dah tidur tapi layankan saja saya ni. Kenapa suka telefon emak? Entahlah,rasa macam bila dengar suara dia tu dapat tenteramkan hati. Hebatkan Allah yang ciptakan bidadari itu untuk kita semua....

Pernah saya teringin sangat makan kek coklat, bangun tidur esok pagi tengok dah ada dah kek coklat tu atas meja :')

Lagi, emak sanggup tinggal makan tengah hari sebab nak alter telekung saya. Ya, alter telekung lebih susah daripada jahit telekung.

Bukan sahaja saya, tapi kawan-kawan saya pun emak bahagiakan. Emak anggap kawan-kawan saya macam anak-anak dia juga..

Terima kasih emak, sungguh saya sedar sampai bila-bila pun saya takkan mampu membalas cinta emak pada saya. Cinta yang mak beri adalah cinta tanpa syarat...Walaupun susah,walaupun payah emak harungi juga. Harap-harapnya, dapatlah saya jadi anak yang solehah yang mententeramkan hati emak...

Hargailah ibu kita, selagi kita masih ada peluang untuk menghargainya... Jangan jadi seperti lumrah kebanyakan manusia, hanya menghargai bila sesuatu itu telah tiada...

Mahukah kita termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi?

Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya : “Siapakah orang yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik-baiknya ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu” . Dia bertanya lagi : “Kemudian siapa ?” Rasulullah menjawab : “Ibumu”. Dia bertanya lagi : ” Kemudian siapa?” Rasulullah menjawab : “Ayahmu”



Oh, saya beli ini di heartbeat untuk ibu saya, simple, senang, dan mendarat di hadapan rumah anda! :)

Kalau nak beli juga, bolehlah tengok di :


2 comments:

Anonymous said...

bile kite makin besar...
makin dewasa..
kite akan makin rapat dengan mak kite..

a daughter will become closer to her mother when she had become a mother..

kat mne ntah dengar ayat ni..lupe dah..lebih kurg mcm tu le..hehe

Mastura MY said...

a ah betul kan... Bila dah besar, dah faham apa yang mak suruh tu semua untuk kebaikan :)

Bila dah besar..mak dah jadi macam kawan... sedih je bila nak tinggalkan mak nak balik kolej T_T

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .