Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, July 12, 2009

Teguhkan Tiang Agama


"Eh, kau dah solat belum?" Amir bertanya sambil menjeling sekilas jam di tangan. 6.30

"Belum, ala relakslah, maghrib pukul 7.30, kang 7.15 aku pegila solat"

Entri kali ini,ana tidak mahu bercerita mengenai peristiwa isra' mikraj di mana Rasulullah menerima perintah solat yang pada awalnya sebanyak 50 kali tetapi telah dikurangkan sehingga menjadi lima seperti hari ini - Subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Itu sahaja yang dipertanggungjawabkan kepada kita umat akhir zaman.

Apa yang menjadi kerisauan ana adalah perilaku muslimin dan muslimat, yang meletakkan agama sebagai agama Islam di dalam kad pengenalan, juga terdapat bin serta binti di pertengahan nama. Apakah Islam yang dianuti hanyalah sekadar Agama turun-temurun, atau Islam hanya pada nama dan sebagai pelengkap kad pengenalan sahaja?

Solat itu tiang Agama.

Bolehkah kita hendak membina rumah tanpa tiang? Atau mampukah rumah kita bertahan lama jika tiang yang dibina pada awalnya goyah?

Secara relevannya kita pasti akan menjawab tidak! Mana mungkin satu bangunan itu berdiri dengan teguh andai asasnya sendiri sudah rapuh? Tapi kita tidak nampak perkara itu dalam solat yang menjadi kewajiban bagi setiap muslim. Sifirnya sama sahaja. Tiang itu adalah asas dalam pembinaan bangunan, solat itu tiang agama. Bermakna, agama itu diibaratkan sebagai bangunan. Maka, andai tiang itu tidak kuat, mungkinkah bangunan (agama) akan menjadi kuat?

Tak Mungkin.

"Mas, nanti bila dah pergi tempat baru, carilah kawan yang jaga solat" Suatu hari, sahibah ana menasihati ketika sedang rancak berbual. Ana mengangguk.

"Tapi, kalau solat Asar pukul 6.30, itu bukan jaga solat namanya" Dia menyambung. Ana tersenyum, memahami maksudnya.

Dewasa ini, terlalu sedikit insan yang menjaga solat di awal waktu. Mengambil keberkatan di awal waktu. Ada, tapi sedikit, terlalu sedikit dan ana semakin takut untuk berhadapan dengan hari depan..

Teringat ana pada kata-kata ustaz ana. Solat itu mampu mencegah daripada perbuatan maksiat. Andai dirimu sudah bersolat, tapi masih tiada perubahan dalam diri, itu maknanya solat itu tidak diterima. Mengapa solat tidak diterima? Salah satunya adalah kita sambil lewa dengan Allah.

Kadangkala, TV itu lebih bermakna daripada laungan azan yang memberi kesan dalam hati insan-insan yang bertaqwa. Pelik dan hairan ana tatkala berjumpa dengan insan yang sanggup melayan satu-satu rancangan di televisyen sehingga sudah hendak masuk waktu solat yang berikutnya...

Pelik dan hairan ana tatkala melihat insan-insan yang sanggup menghadap kerja sedangkan azan sudah dilaungkan.

Bertambah pelik ana apabila ada insan yang mampu berlengah-lengah biarpun laungan azan sudah menerjah gegendang telinga...

Allah.. Moga kita terhindar daripada ujian leka dengan dunia itu...

Rasulullah SAW telah bersabda, 'Akan terjadi
masa di mana umat-umat di luar Islam berkumpul di samping kalian, wahai umat
islam. Sebagaimana berkumpulnya orang-orang yang menyantap hidangan.' Lalu,
seorang sahabat bertanya, 'Apakah kami pada saat itu sedikit, wahai
Rasulullah?' Baginda menjawab, 'Tidak. Bahkan, ketika itu, jumlah kalian
banyak. Akan tetapi, kalian ketika itu bagaikan buih di lautan. Ketika itu,
Allah hilangkan dari musuh-musuh kalian rasa segan dan takut terhadap kalian
dan kalian tertimpa penyakit wahn.
' Sahabat tadi bertanya lagi, 'Wahai
Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan wahn itu?' Rasulullah menjawab,
'Cinta dunia dan takut mati.'

Ya, itulah jawapan kepada persoalan mengapa solat semakin diabaikan. Umat akhir zaman mempunyai kecintaan yang melampau terhadap dunia, Hingga terlupa langsung kepada akhirat yang dijanjikan berkali ganda lebih indah daripada dunia. Lupakah kita pada sabda Rasulullah bahawa dunia ini tidak lebih berharga daripada selembar sayap nyamuk, jika tidak pasti Allah tidak akan membenarkan orang-orang kufur untuk meneguk walau setitis air pun di dunia ini.

Renungkanlah, musuh-musuh Islam sudah tidak ada rasa takut lagi terhadap Islam, umat-umat Islam di seluruh dunia dibuli dan disogok semahunya. Lihat sahaja Palestin kini, berapa ramai saudara kita yang menderita? Mereka terlalu menderita dan kita di sini, suka mengabaikan solat. Islam apakah kamu?

Lihat sahaja di dada-dada akhbar, berapa ramai yang begitu lantang mencerca muslim? Pakaian-pakaian berteraskan Islam dihina dan dipandang jelik, bahkan mereka berani untuk menuntut sesuatu yang bakal merugikan Islam. Pengakuan-pengakuan murtad tersebar di sana-sini, ummah semakin parah dan kita pula berlengah-lengah dengan solat. Beginikah yang dikatakan saya sayang Islam? Im proud to be a muslim?

Khas buatmu pemuda harapan agama
... Mana keperkasaanmu? tatkala solat berjemaah di masjid setiap waktu pun mampu kau abaikan.

Khas buatmu bunga agama..... Mana kecantikanmu? tatkala bunga-bunga yang seharusnya kembang mewangi gugur satu-persatu bagaikan tibanya musim luruh sehingga tegar dikau berbual dengan muslimin sehingga berlalulah waktu solat yang amat berharga.

"Ah... apa kisah semua tu, janji duit banyak."

"Ya, nanti dalam kubur, bila ditanya marabbbuuukkaaa?!!! Silalah hulur duit kepada munkar dan nakir ya?"

Ingatlah, kukuhkan tiang agama itu. Ana tidak berkata wajib melakukan solat-solat sunat itu semua, jika lakukan baguslah. Tapi 5 yang fardhu itu, mantapkan dahulu. Rebutlah peluang untuk bersolat di awal waktu. Jika ada meeting kita sanggup datang awal, mengapa untuk berjumpa dengan Allah, kita melengah-lengahkan?

Siapa kita pada pandanganNya?

Renung-renungkan... Fikir-fikirkan..

Selamat bersolat di awal waktu! Moga rahmat Allah bersamamu...

Wallahu'alam :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .