Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, May 15, 2008

happy mother's day...

happy mother's day..selamat hari ibu..mungkin masih belum terlambat utk saya coretkan sedikit kisah di sebalik ungkapan yg sungguh bermakna ini..
saya hanya mencoretkan kembali apa yg ustaz sy pada ketika itu ungkapkan di kem pembangunan sahsiah pelajar tingkatan 4 MRSM Muar tahun 2006...insyaAllah.. semoga jadi pengajaran..

"ustaz ada seorang kawan, baik dgn ustaz...tp, mase djh 6, dia mula campur dgn budak2 nakal dan dia terpengaruh" ustaz sy memulakan cerita. Pada ketika ini, senyuman masih terukir dibibir mulus ustaz.. "ustaz cuba nasihatkan dia. Ayah dia dah xde, dia tinggal dengan mak dia," ustaz menyambung. Jelas, raut kebimbangan terukir di wajah ustaz pada ketika itu. mungkin sedang menahan sebak, xsiapa yg tahu. "Tapi...." konsentrasi kami yg pada mulanya mahu teralih kerana ustaz senyap untuk beberapa minit tertarik kembali untuk mendengar setiap bait yg keluar dari bibir ustaz kesayangan kami. "Tapi..dia xnk dgr..ustaz ajak dia pergi surau,dia xnak,dia dah mula merokok...waktu trial upsr da semakin hampir,tp dia xbelajar pon...ustaz tau, dia salah seorg budak terpandai kat skolah tu..."

ustaz menyampaikan amanat
"waktu keputusan trial keluar, dia dapat teruk. xde satu A pun, waktu dia balik rumah, mak dia dah masak sedap2 utk dia, semua makanan kegemaran dia, mak dia tny dan tny dia dpt berapa tp dia cuba elak, tp selama mana dia dpt elak, akhirnya dia bg mak dia slip keputusan tu.. waktu mak dia tengok...tiba2 mak dia jatuh pengsan...masuk wad.. mak dia kene serangan sakit jantung.. waktu tu, dia tersedar dari lamunan.." saat ini, suara ustaz sudah menggigil. Mungkin ustaz cuba menahan sebak, hakikatnya, kami juga seperti ustaz, menahan sebak yg bersarang di hati2 kami...

kene rendam sebab 'terlalu baik'


"waktu mak dia kat hospital, hari2 slps balik sekolah dia pergi hospital, suap mak dia makan, dia janji dgn mak dia, dia akan belajar sungguh2... nak jadi doktor, nak rawat sakit mak dia..." ustaz kesat mata dia yg berair.. meremang bulu roma saya pada saat ini. sy tersentuh. "Lepas tu, dia da berubah,pergi surau, lepas sekolah, kitorg blajar same2, dan lps tu dia naik basikal, pergi lawat mak dia kat hospital" ustaz menarik nafas, mungkin mencari kekuatan utk menyambung kisahnya... kami menanti dan kali ini, konsentrasi kami tidak beralih kemana-mana...

selamat berjuang sahabatku..


"waktu keputusan UPSR keluar, dia dpt 5a, ustaz dpt 4a jek, ustaz ucap tahniah kat dia.. tibe2 dia ckp kat ustaz.. zi, jom pegi hospital aku nk tunjuk kat mak aku... ustaz ikut die dan waktu sampai hospital, mak dia dah xde kat katil tu, doktor kate mak dia dah balik rumah. Betapa gembiranya hati kwn ustaz. Ustaz pun gembira. kitorg pon pergi rumah dia, waktu kat depan rumah dia, ramai org, hati ustaz da x sedap..kwn ustaz tny ustaz...zi, knape ramai org ni zi? ustaz senyap..ustaz cuma mampu suruh dia bersabar... dia terus masuk rumah, jumpa mak long dia, dia tny, mak long, mak mana? sy dpt 5a..nak tunjuk kat mak, mak long dia kata, mak dia ade kat bilik.. ustaz ikut je dia pergi bilik..." di saat ini, ustaz dah x mampu nk sembunyikan air mata ustaz lagi, setitik demi setitik, jatuh menyembah bumi..

sesi suap menyuap..

"waktu sampai bilik, mak dia dah terbujur kaku atas katil, dia meluru kat mak dia, dia ckp, mak bangun mak, saya dapat 5a..mak bangunlah, kan sy dah janji, nak jadi doktor, nak rawat sakit mak.. mak kenapa mak tak bangun ni..bangunlah mak, tengoklah keputusan ni.. bangunlah mak.. bangunlah.... " ustaz cakap ayat ni dengan tersekat2, dan bercucuran air mata ustaz jatuh, begitu juga dengan kami... waktu itu, hanya wajah mak yg muncul dlm kepala saya, sehingga lah ustaz mengakhiri cerita tu dengan ayat "tapi, mak dia tetap tak bangun.."





senangkanlah hati mak, hati mak, hati mak, dan hati abah sewaktu mereka masih hidup dan bernafas di muka bumi ini... jangan menyesal di kemudian hari.. bersyukurlah dengan nikmat yg Allah bagi pada kita yg masih mempunyai ibu dan ayah, yg dah xde, bersyukurlah, krn sekurang2nya, kita masih hidup, dlm jagaan Allah...

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu-bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan(Al-Ankabut:8)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .