Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, July 5, 2008

Mehnah ujian

Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Alhamdulillah, dpt juga saya menaip sepatah dua kata pada hari ni.. hehe

3 minggu di tempat baru, alhamdulillah, suasana di sana mungkin susah nak dicari kat mana-mana tempat di Malaysia ni. Tp, sering saya mengingatkan diri,mehnah tidak mengenal tempat.
sayanggggg KUIS..

3 minggu mungkin tempoh yang terlalu singkat untuk saya membuat ulasan. Tp, suka, duka pahit manis, telah saya rasakan di sana. Mehnah itu ujian Allah, untuk menguji hambaNya, setiap mehnah yang diberi mempunyai hikmahnya yg tersendiri yg kita sbg hamba sering tidak sabar menanti hikmah yg mendatang.Bertemu dengan insan yang sering mengaibkan kita mungin perkara yang sungguh pedih,tp bersabarlah dengan ujian, kerana Allah ingin mengajar kita menghadapi hari mendatang...

The best housemate..Hana..

Fitnah itu perkara biasa, biasa bagi sesiapa yang mungkin terlalu cepat membuat penilaian tentang seseorang, mungkin terlalu biasa bagi sesiapa yang sering menyanjung diri sendiri sehingga perbuatan org lain dihukumkan salah! sesuai dengan lirik lagu sunnah orang berjuang-hijjaz berjuang menempah susah, menanggung derita menongkah fitnah tp harus kita igt, kita tidak boleh membuat semua org menyukai kita, namun kita tidak berhak utk tidak menyukai sesiapa, bersabarlah dengan dugaan, jadilah seorang pemaaf, kerana harga sebuah kesabaran itu manis.. terlalu manis.




Pernah suatu ketika, sahabat Rasulullah bermalam di rumah seseorang yang Rasulullah katakan ahli syurga, tapi sahabat hairan, org tu tak melakukan ibadat2 yg ekstrim macam qiamullail, sahabat pun bertanya apa rahsia org tu, lps tu org tu jawab "aku tidak mempunyai sebarang rahsia, cuma sebelum aku tidur, aku memohon maaf atas kesalahanku dan aku memaafkan semua orang yang pernah membuat salah pada aku" subhanallah. Semoga kita sama2 jadi seperti org itu.

I miss this time..


Saya juga insan biasa, yang mempunyai sekeping hati. Kadang2 hati saya juga getar dgn dugaan, kadang2 saya juga lemah sehingga menitis air mata dek kerana ujian Allah. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya. Semoga kita sama-sama hanya menangis kerana takutkan neraka Allah. insyaAllah.

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (Al-Ankabut:2)


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .