Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, July 10, 2008

Hati, bersabarlah dengan dugaan..

Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,

Alangkah susah mendapat kawan
Bukan kenalan di zaman ini
Berpunca dari hati yang rosak
Kerana dunia memautnya

Alangkah susah mencari kawan
Kebaikan kita disoroknya

Bahkan didengkinya pula
Kejahatan dicanang merata

Salah yang sikit dibesarkan
Yang besar apatah lagi
Alangkah sepi dunia ini

Walaupun hidup di tengah ramai

Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan
Kerana kawan tiada lagi

Yang ada hanyalah di jalanan

Saya pilu.terkilan.sedih.kecewa dan bermacam lagi perasaan berkecamuk dalam hati kecil saya. Terkadang terfikir, apakah salah saya sehingga saya diperlakukan begini. Lantas saya beristighfar. Ini adalah tarbiyah dari Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya... mudah-mudahan...

Tipu kalau saya katakan saya tidak terasa dengan setiap perlakuan wanita itu. Hati saya tidak setabah Rasulullah dan para sahabat yang begitu tegar menongkah setiap mehnah dan fitnah. Hati saya terlalu rapuh, mungkin kerana iman saya terlalu nipis.. ya Allah,ampunilah diriku,keluargaku dan juga sahabat2ku... Saya tidak faham dan tidak tahu kenapa diri ini begitu dibenci oleh wanita itu, setiap perlakuan saya salah di matanya. Bahkan, saya juga dilibatkan dalam kes orang lain. Apakah semua ini?.. Saya pilu, bila diaibkan di hadapan sahabat-sahabatnya. Saya juga punya maruah. Maruah yang perlu dijaga. Saya juga punya hati, hati yang perlu dirawat...

Saya sudah mencuba untuk menjadi yang terbaik untuknya, setiap perlakuannya saya balas dengan senyuman, tidak pernah namanya meniti di bibir saya ketika saya berbual dengan teman-teman sekuliah untuk dicanang kelakuannya terhadap saya tapi mungkin saya masih bukan yang terbaik di hadapan matanya. Mungkin saya tidak mampu lagi menjaga hatinya meski hati saya sudah hancur luluh. Apa lagi yang boleh saya lakukan selain bersabar dan berdoa,moga Allah berikan wanita itu hidayah. Saya bukanlah siapa-siapa yang mampu membuat semua orang menyukai saya, dan juga bukanlah siapa-siapa yang layak untuk membenci insan lain, saya juga tidak layak untuk mengutuk orang lain kerana saya tau hanya Allah yang layak mengutuk,mencerca hambaNya. saya tidak setaraf dengan Allah bahkan jauh lebih rendah dari Allah, mungkin juga tidak layak lagi bergelar hambaNya yang bertaqwa..saya bertambah terkilan kerana wanita itu tinggi didikan agamanya..di manakah nilai agama yang dipelajari? sama-samalah kita renungkan diri, mungkin kita juga ada mengkhianati agama yang suci ini...ya Allah, terimalah taubat hamba berdosa...

Terkadang, air mata ini ingin menitis atas mehnah ini, tapi saya tidak benarkan kerana saya hanya akan menangis kerana takutkan neraka Allah..insyaAllah...


Lembutnya lidah mengata nista
Lidah yang tiada bertulang
Mengadu domba

Serta memfitnah sesama saudara

Terkadang aku berfikir sendirian

Perlukah amarahku dibiar terus menyala
Membakar membara dengan rasa bangga
Mencela mereka dengan kata-kata

Ya Allah ampunilah dosa2 kami...

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya(Al-Baqarah:286)




No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .