Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, July 28, 2008

Bersabarkah kita?...

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya, "Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab, "Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

********
Renungkanlah... kita seringkali mengeluh apabila ujian melanda, meskipun mulut2 kita lancar mengatakan 'setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya' namun hati kita ttp masih lg tidak ikhlas menerima sesuatu ujian dari Allah yang Maha Mengetahui.. Renungkanlah, betapa hati2 kita seringkali tidak sabar menanti hikmah di sebalik ujian yang menimpa.. seringkali juga hati2 kita menyalahkan takdir atas segala yang berlaku..

Menyesal xsudah. itulah saya. itulah anda. itulah kita semua. Kita sering menyesali apa yang telah berlaku daripada terus melihat ke depan dan mengorak langkah serta mengatur strategi. Kita sering tidak bersyukur dengan apa yang kita ada dan masih lagi meminta yang terbaik, yang terbaik, yang terbaik. Sama juga halnya dengan seorang yang berkaki tempang, tidak akan pernah bersyukur dengan kurniaan kaki itu tp xpnh terfikir akan nasib org yg kudung kakinya. Mungkin sy hny mampu menaip, org kata berkata lebih mudah dari melakukan. Entah, no comment.

Namun, apa yang ingin saya kongsikan bukanlah untuk menghina sesiapa, tp sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua, dan juga kepada diri saya yg sentiasa alpa,lalai dan leka dengan nikmat dunia yang sementara. Setiap patah kata yang saya taip juga untuk mengingatkan hati saya yang mungkin telah terpalit titik2 hitam yang semakin hari membuatkan diri saya semakin tidak bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah. Nauzubillah..

Apa yang saya huraikan di sini juga adalah untuk mengingatkan diri saya dan juga diri kita semua yang mungkin sering shj melakukan dosa, antara sedar atau tidak, dan mungkin ujian yang kita lalui itu adalah sebagai satu jalan untuk menghapus dosa-dosa kita. Percayalah, jika kita ditimpa sakit, walau hanya dengan tercucuk jarum, dosa kita akan terhapus. Begitulah sayangnya Allah pada kita semua, tp apa balasan kita? mengeluh, mencarut..itu balasan kita....Sedang Allah tidak pernah bosan untuk menerima taubat hamba2Nya..

Dan ingatlah:-


Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang saleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada tempat-tempat yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,(iaitu) yang bersabar dan bertawakal kepada Tuhannya.(Al-Ankabut:58-59)

Devotees-setiap kali
Setiap kali mendapat nikmat
jarang kusedari itu pemberian-Mu
terkadang rasa itu kerana
segala usaha dan penat lelahku sahaja

setiap kali ditimpa musibah
kumengeluh risau bertambah gelisah
hingga terlupa pada-Mu Allah
tempat kembali segala masalah

oh Tuhan Yang Maha Penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan

kurniakanlah kepadaku ketabahan
singkapkanku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan

oh tuhan yang maha penyayang
leraikanlah aku dari keluh kesah
yang membelenggu jiwa dan fikiran
ditambah dengan hasutan syaitan
durjana yang sentiasa mengarahku
kepada kemurkaanmu
kurniakanlah kepadaku ketabahan
tunjukkan ku hikmah segala ketentuan
Moga sinar-Mu berikanku pedoman
Hanya pada-Mu segala ketetapan
Ya Allah kau redhailah diri ini


seandainya diri ini
mampu meraih cinta keredhaan-Mu
seandainya akulah insan yang terpilih
pimpini hidupku


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .