Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, June 13, 2008

Ini ada satu cerita

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, nescaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia itu tidak akan dirugikan.Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan. (Hud:15-16)


Sekarang ni semua orang tgh kecoh pasal minyak naik.Kebetulan, pagi tadi ade ceramah, ustaz tu sentuh pasal harga minyak ni, saya ulaskan sikit-sikit.

"Harga minyak sekarang naik.. kita boleh complain, tapi apa yang kita patut buat sebagai orang Islam?" Ustaz membiarkan pertanyaan itu terhenti sebentar..

"Saya ni, dah tak tau dah apa lagi nak dijimatkan... rumah kat kota tinggi, office kat johor bahru.. apa tu, diorang suruh naik basikal.. saya pikir-pikir jugak, naik basikal dari kota tinggi ke johor bahru, kang sampai opis pukul 12..kalau ade mesyuarat,tiba-tiba boss saya tanya,'eh mane ustaz baru ni' 'nnt jap bos, dier baru sampai tiram, pedal beskal terputus' " Berderai ketawa sekalian hadirin.

"Kalau baju pulak, saya beli kan anak-anak baju kat pasar lambak je. Rm7 sepasang. Saya siap buat tawar-menawar dengan nyonya tu, 3 sepuluh ringgit tak boleh ker? ternganga nyonya tu" Berderai lagi ketawa hadirin,selepas itu ustaz menyambung..

"Tapi kita kena ingat, kita ni orang Islam, complain boleh complain, tapi kita kena redha. Kita kena bersyukur, mungkin inilah ujian dari Allah seperti firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 155 ; Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. Macam mana nak sabar? ada duit sikit, redha, mungkin duit itu akan jadi berkat, walaupun barang mahal, kita dapat murah, kalau kita tak redha, duit banyak tapi tiba-tiba anak sakit, isteri sakit, nenek sakit, sampai habis duit tu. Sekurang-kurangnya kita masih hidup sampai hari ni. Itu bermakna keperluan kita masih cukup." Saat ini, tiada lagi derai ketawa hadirin, keadaan menjadi sunyi. Meremang bulu roma saya. Bersyukurkah saya selama ini dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan?..Redhakah saya dengan segala ujian dariNya?..

"Saya ceritakan satu kisah psl seorang raja termasyhur, Ibrahim Adham namanya. Dulu dia kaya, nak makan apa cakap jek, piza? pancake? semua ada.. Istana pun besar. Dia mewah, tapi hati dia tak tenang. Dia pun tak tahu kenapa. satu hari, dia nampak seorang pengemis di perkarangan istana dia. Pengemis itu senyum je.. tiba-tiba, Ibrahim Adham nampak pengemis tu keluarkan satu roti kering,dengan air kosong. Pengemis tu tadah tangan, doa, celup roti dalam air, makan, lepas makan baca doa lagi dan terus tersenyum.."

"Ibrahim Adham tak puas hati.. Dia pun turun bawah jumpa pengemis tu. Bila dia jumpa pengemis tu dia kata hei pengemis, kau ni duduk kat kawasan istana aku, kau makan apa tadi? Pengemis tu pun jawab Roti kering dengan air kosong. Ibrahim Adham pelik. Aik, aku selama ni makan macam-macam kat istana tu, sate, gajah goreng semua, kenapa aku tak tenang? Pengemis tu pun cakap Kerana kau tak bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi. Kau tak redha. Mulai saat itu, Ibrahim Adham pun tersedar dan kata-kata hikmah Ibrahim Adham diguna pakai sehingga hari ini."

Saat ini saya merenung kembali dalam diri, adakah saya bersyukur seperti pengemis itu mensyukuri nikmat Allah. Saya ada baju,ada makanan. Tapi peduduk di Darfur dah lama tak ke dapur! Dunia ini sementara, apalah yang kita rebut-rebutkan? ingatlah sabda Rasulullah;

Dunia ini ialah sebagai ladang untuk bercucuk tanam (tempat melakukan amal ibadat dan amal kebajikan), sedangkan hasilnya bakal dipetik di negeri akhirat nanti..

Bersabarlah dengan dugaan kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang sabar.

"Lagi 10 tahun awk pulak bg ceramah kat sini" Lamunan saya terhenti seketika dek suara lembut umi tercinta. Saya terseyum.

InsyaAllah umi!


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .