Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)
Sunday, November 27, 2016
Satu sebab untuk berubah
Sunday, November 13, 2016
Mehmet al fateh
Muhammad Al-Fateh : satu nama yang kian dilupakan.
"Tuanku, adalah lebih baik kita berundur. Kita tidak mungkin dapat memasuki kawasan tanduk emas itu." Penasihat Al-Fateh berkata dalam keadaan gusar. Sudah beberapa hari serangan dilakukan ke atas empayar Byzantine, namun kota konstantinopel masih lagi kelihatan jauh daripada roboh. Temboknya masih utuh.
Al-Fateh merenung jauh, tidak mungkin dia berundur. Strategi telah disusun, meriam telah diangkut jauh. Rumeli Hisari sudah siap terbina. Malah, barisan tentera pun sudah bersedia.
Cuma... Yang menjadi masalah adalah kawasan tanduk emas, atau golden horn. Sepanjang kawasan itu dipasangkan rantai besi, memisahkannya dengan selat Bosphorus.
Itu masalah utamanya. Kapal-kapal perang tidak langsung dapat melalui kawasan itu malah kemungkinan kapal itu pula yang hancur dirobek rantai besi itu! Ah, bagaimana mungkin tembok konstantinopel dirobohkan andai kapal perang tidak dapat memasuki kawasan golden horn.
Al-fateh menarik nafas, "kita harus memastikan kapal-kapal perang kita berjaya memasuki kawasan tanduk emas."
"Tapi bagaimana? Kapal-kapal kita tidak mampu melepasi rantaian itu."
Lalu, ilham dari Tuhan Yang Maha Baik pun sampai. Kata Muhammad Al-Fateh, "kita masuk ke tanduk emas melalui jalan darat!"
Ini idea gila! Sesiapa pun yang mendengarnya pada ketika itu pasti terlopong mulutnya. Kawasan darat yang dimaksudkan Al-Fateh bukanlah sekadar kawasan rata -- ia adalah kawasan berbukit bukau dan untuk menarik kapal-kapal perang yang besar saiznya benar-benar sebuah idea di luar kewarasan akal.
Namun, begitu indahnya pabila hati seorang hamba begitu tertaut kepada Pencipta. Bagi Sultan Muhammad Al-Fateh yang tidak pernah lupa untuk bangun berqiamulail -- itu adalah usahanya demi meraih redha Pencipta.
Lalu pada malam yang damai itu, 70 buah kapal perang pun ditarik melalui jalan darat yang berbukit bukau, hingga tepat memasuki Golden Horn. Mereka melaungkan takbir.
Bergegak gempitalah Byzantine pada subuh yang hening. "Allahu Akbar!" Jerit askar Al-Fateh.
Penguasa Konstantinopel terkejut besar! Ditinjau kawasan rantaian besi yang utuh itu -- tidak langsung terusik! Mindanya tertanya-tanya, bagaimanakah 70 buah kapal merentasinya? Dia lupa adanya Allah yang tak pernah leka--
Hingga akhirnya Kota Konstantinopel ditawan Al-Fateh.
Ya. Kota itu ditawan oleh seorang pemuda berusia 21 tahun. Pemuda hebat ini bukan sahaja mahir dalam bidang Agama, malah hebat dalam bidang sains, kejuruteraan, falsafah, matematik dan juga menguasai 6 bahasa.
Dari Al-Fateh kita belajar -- agar berusaha selayaknya seorang hamba, memantapkan diri dengan ilmu-ilmu yang sohih, menghormati ahli ilmu serta meletakkan redha Allah di tempat yang utama.
Saya sering membanding-bandingkan diri sendiri dengan insan hebat ini. Tatkala usianya 21 tahun, dia sudah menggegarkan dunia, sedang saya pada usia itu masih lagi mengetuk pintu bilik pensyarah minta diperdengar hafazan Al-Quran. Masih lagi mengeluh kesah memikirkan dissertation. Masih lagi tidak bermanfaat kepada yang lainnya.
Namun, bersamalah kita belajar dari Al-Fateh, yang tak pernah terfikir memberhentikan langkah walau seditik. Bergerak laju menandingi seteru, mara memperjuang kebenaran selalu, hingga akhirnya kemenangan menyeru! Kerana hakikatnya, Allah tak pernah keliru dalam mengasihi hambaNya yang berhati jitu.
Muhammad Al-Fateh.
Itulah si anak muda, beraksi menggegar dunia.
Itulah sebaik raja, itulah sebaik tentera.
Gambar : rantai yang digunakan untuk menghalang kapal memasuki kawasan golden horn. Besar dan berat!
Jauh sudah kau terbang
"Mas, aku nak bagitau kau sesuatu."
"Apa dia?"
"Aku.."
"Apa?"
"Aku suka kaum sejenis."
Saya cuba membayangkan, bagaimana kalau suatu hari nanti saya ditanya persoalan begitu. Tatkala sebuah rahsia besar diberitahu. Suka kaum sejenis. Berzina. Minum arak. Atau apa sekali pun--
Mampukah saya berlapang dada? Tersenyum dan menerima? Atau kelak nantinya saya cuma sekadar menghukum, dikeluarkan segala dalil-dalil Al-Quran, menerakakan mereka semua. Walhal yang salah cumalah tindakan mereka, Allah tak pernah menghukum sebuah perasaan.
Entah. Saya merenung jauh. Berkira-kira langkah terbaik, apatah lagi untuk membimbing mereka yang begitu dekat di hati.
Bila seseorang memberitahu tentang rahsia besar itu, simpanlah baik-baik. Jangan pula disebarkan aib. Jangan hilangkan sebuah percaya -- kerna nanti mereka terluka dan terus menjauhi syurga.
I was once hated those with tudung labuh. Sebab semuanya kawan dengan geng sendiri. Suka menerakakan manusia lain, hentam orang guna dalil Agama. Ya, tidak semua tapi tatkala itu yang Allah izinkan untuk bertemu cuma mereka yang sebegitu.
Mujurlah pada ketika itu ada sang murabbi yang menggenggam erat tangan saya, mengatakan bahawa Allah itu Maha Baik, mengajak saya melihat syurga melebihi neraka. Mujurlah.
Lalu renungan panjang saya bertukar kepada sebuah helaan nafas. Andainya ketika ini saya dihadapkan dengan permasalahan begitu-- saya perlu bantu. Seperti sang murabbi tadi. Katanya penuh cinta, penuh sayang. Hikmahnya dia berkata baik membawa saya mengenal Allah Yang Maha Baik.
Namun, yang lebih merobek hati bukanlah tatkala kita diaju soalan dengan luahan sebegitu. Tapi bila hakikatnya kita tahu-- sahabat yang kita sayangi sudah jauh dari Ilahi. Yang kita mampu laku cuma buat-buat tak peduli. Bimbang hubungan merekah tuli.
Walaupun jauh di sudut hati, seolah dirobek dihenyak pergi, tetap kita cuba ukirkan senyuman di wajah ini.
Dan yang lebih menyedihkan-- kita cuma hanya mampu berdoa, agar suatu hari kelak dia kembali padaNya...
Kawan,
Sudah jauh kau terbang,
Tidakkah kau terasa ingin pulang..?
Salam sayang,
Mastura MY
Read More......