Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, August 26, 2017

It is time to improve!

 


...Dia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu seorang yang dapat melihat?"…..


"Hi, my name is mastura and i'd like to present about my project paper titled factors of resistance to change among employees in…"


Saya merindui kesibukan dalam persiapan membentang kertas kerja ketika zaman ijazah sarjana muda dahulu -- Faktor-faktor penghalang perubahan dalam diri. 


Ada yang setuju dengan pengaruh rakan sebaya menjadi faktornya.

Ada yang setuju persekitaran menjadi faktornya.

Malah ada juga yang bersetuju bahawa pengalaman silam merupakan faktor terpenting. 


Senyap-senyap saya kembali berfikir -- Manusia begitu terkenal dengan sikap yang suka beralasan. 


"Kenapa tak nak baca Quran?"

"Buat apa, mak ayah aku pun tak pernah baca Quran tapi okay je hidup diorang."


Kita cenderung memberi seribu. Tidak. Sejuta alasan dalam membuat kebaikan. Malah kita sering berkira-kira dan bermalas-malasan dalam melakukan sebarang amal.


Penatlah.

Nantilah.


Sedangkan kita tak tahu, dalam kita bernanti-nanti mungkin sahaja nyawa dicabut pergi. 


Lalu bertemulah kita dengan sang Pencipta -- Dalam keadaan yang tidak bersedia, dalam jiwa yang bernanti-nanti, dalam dosa dan noda lalu kita merayu-rayu, "Ya Rabb, kembalikanlah aku ke dunia, sesungguhnya sekarang aku dah yakin!"


Masakan mungkin. Saat itu segalanya telah terlambat. 


Lalu hari ini -- marilah kita sama-sama bertanya pada diri : Kita mampu beri SEJUTA alasan untuk tidak membuat kebaikan, tidakkah kita mampu untuk beri SATU sahaja sebab untuk berubah ke arah yang lebih baik?


ya cuma SATU -- Kerana Allah suka pada kebaikan.


Kerana Rabbku. Kerana Dia. Cuma Dia.


:)


...Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

(Taha : 125-126)


Wallahu'alam


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .