Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, October 10, 2008

Apakah Penghujungya?



Ana bingung. xtau apa yg wajar dikatakan pada dua golongan ini..

1) Pada mereka yang TERLALU YAKIN pada amalan-amalan,ibadah-ibadah nya sehingga terlupa bahawa syaitan itu TIDAK PERNAH putus asa utk menggoda cucu-cicit Adam.. Pada golongan ini adalah terlalu sukar utk kita menegurnya,kerana mungkin bagi mereka sudah tersurat bahawa di akhir nafas mereka ini, mereka akan sempat mengucap dua kalimah syahadah..Entahlah...

2) Pada mereka yang TERLALU PUTUS ASA pada pengampunan Allah, sehingga mereka lupa bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang, pada golongan ini, mereka terlalu berdiri teguh dengan pendirian mereka bahawa memang sudah ditakdirkan bahawa mereka itu tempatnya di neraka, dan apabila ditegur selalunya akan terlontarlah ayat ini "Ah.. kubur lain-lain,kau ape sibuk!" Astarghfirllah..

Melihat situasi-situasi ini,ana jadi bingung.. Air mata pantas mengalir tanpa dapat ditahan-tahan. Hati ana sebak tidak terkira..Lantas, teringat ana pada satu kisah..

Terdapat dua orang adik-beradik, hidup dalam keluarga yg sungguh taat beragama. Namun, perilaku mereka jelas berbeza...

Si abang terkenal dgn kealiman dan kewarakannya, masa mudanya dihabiskan di masjid,seumur hidupnya tidak pernah menjejaki tempat-tempat maksiat, minuman keras tidak pernah disentuh, tidak pernah juga bergaul secara bebas dengan wanita yang bukan mahramnya.. Pernah si abang dirayu oleh seorg gadis cantik yg juga merupakan sepupunya sendiri,namun ternyata si abang mempunyai iman yg teguh... Dengan kealiman dan kewarakan si abang, maka dia disayangi ramai..

Manakala si adik adalah seorang ahli maksiat, sejak kecil sudah terkenal sbg seorg yg nakal. Pusat pelacuran telah menjadi satu tmpat yg biasa baginya.. Kadang-kadang si adik juga mengikut sekumpulan perompak untuk pergi merompak..

Pada suatu hari, sedang si abang tekun beribadah, tiba-tiba nafsunya membisik

"Sejak kecil kau asyik beribadat, kau disayangi rakan dan masyarakat. Namun tidak pernah sekali pun kau merasai nikmat hidup. Apa salahnya kau pergi ke tempat pelacuran adikmu. Hanya SEKALI sahaja. Selepas itu, kau bertaubatlah, kau boleh beristighfar sebanyak ribuan kali dalam tahajjudmu..bukankah Allah itu Maha Pengampun?"

Si ahli ibadah terfikir sejenak. Syaitan telah menguasai akal fikiran, hati dan seluruh anggotanya. Lantas, cepat sahaja si ahli ibadah ini membuat keputusan:

"Benar juga. Mengapa aku tidak pernah mahu menghiburkan hati? Malam ini aku mahu menari dan bersenang-lenang dengan wanita-wanita cantik di rumah pelacuran adikku. Selepas itu, aku akan kembali ke masjid dan bertaubat"

Pada masa yang sama, si adik tiba-tiba terfikir bahawa hidupnya selama ini selalu sahaja bergelumang dengan dosa dan noda. Si adik mahu bertaubat dan meninggalkan segala bentuk maksiat yang pernah dilakukannya... Lantas, si adik mahu menuju ke masjid tempat abangnya beribadah..

Sedang kedua-duanya bertukar tempat.. Gempa bumi pun berlaku.. Banyak bangunan yang runtuh termasuk masjid dan tempat pelacuran tersebut.. Pada keesokan harinya, si abang ditemui mati di antara runtuhan rumah pelacuran dalam keadaan di sisinya terdapat seorang penari wanita dalam keadaan yang sungguh memalukan..

Manakala si adik ditemui mati dalam keadaan mendakap sebuah mushaf di dadanya........

***
Ya Ilahi...
HambaMu ini sering sahaja melakukan dosa dan noda,
Walaupun jauh di sudut hati kecil ini,
HambaMu ini terlalu cinta padaMu,
HambaMu ini terlalu rindu padamu,
HambaMu ini terlalu ingin melihat wajahMu...

Ya Ilahi..
Aku tidak tahu apakah kesudahan hidupku,
Apakah redha atau murka yang ku damba Ya Tuhan,
Apakah Kau sudi menerima cinta dariku Ya Rabb,
Apakah ada tempatku disisiMu?..

Aku sedar,
Aku selalu lalai,selalu alpa dalam melaksanakan amanahMu,
Terkadang diri ini terlalu bersuka-ria sedangkan saudara-saudaraku sedang mengharapkan bantuan dariku,
Terkadang diri ini putus asa dengan ujian dan cubaanMu,
Terkadang diri ini jatuh tersungkur dan tidak mahu bgn kembali demi meraih cintaMu..

Ya Allah..
Diri ini tidak sesuci Rabiatul Adawiyah,
Tidak setabah Aishah mahupun Siti Khadijah,
Diri ini kurasakan terlalu hina untuk duduk disampingMu,
Diri ini selalu melanggar perintahMu,
Namun kau tetap juga mendengar rintihan hatiku,
Tetap juga meredakan tangisku tatkala aku menghadapMu..
Ya Ilahi..
Layakkah aku untuk menatap wajahMu,
Yang menjadi impianku setiap waktu?
Ya Ilahi..
Terimalah cintaku............

pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (An-nur:24)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .