Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, March 29, 2010

Ana Sayang Mereka..

Ana mahu terbang tinggi bersama sahabat-sahabat


Ada orang berkawan tatkala suka,
Ada yang bersama ketika susah,
Dan aku... Berasa sangat bertuah,
Kerana dikurniakan kawan tatkala suka dan susah..


Ini bukan sebuah tazkirah. Bukan jua sebuah cerpen. Cuma, sekadar luahan hati jua ekspresi sayang kepada sahabat seperjuangan..

"Mas, kenapa nak pergi..." Satu-satu wajah sahibah ana tatap penuh sayu. Perasaan sayang yang menjalar sekian lama membuatkan kaki ana berat untuk melangkah pergi. Terkenang semula segala onak dan duri yang pernah dilalui bersama.

Mereka menghulur tangan tatkala ana jatuh.
Mereka mengesat air mata duka ana.
Mereka menggenggam erat tangan ana tatkala ana mahu tersungkur lemah.

Sungguh, ana terlalu mencintai mereka.

Hadiah daripada kawan-kawan... Terima kasih semua

Rakan-rakan sekelas perempuan sudah berkumpul di bawah tatkala ana memasukkan barang-barang ke dalam kereta. Mereka melihat dengan air mata yang berlinangan, sekaligus merobek-robek hati ana melihat wajah duka terpamer pada insan yang ana kasihi.

Satu-satu sahibah ana dakap penuh erat. Mencium penuh mesra, mungkin itulah kali terakhir kami bertemu kerana ana perlu meneruskan perjuangan di tempat yang lain... Air mata tidak putus-putus membasahi pipi, jiwa bergetar....

"Nanti siapa nak cubit pipi kite lagi?"
"Siapa nak garis muka ainul lagi?"
"Mas, janganlah balik..."
"Mas, lupa kat Muna eh?"

Suara-suara itu menerjah ke gegendang telinga ana, membiarkan kelopak mata ana semakin digenangi air..

Syabab turut menyertai


Ketika bersalam-salaman di perkarangan asrama puteri, kelihatan teman-teman sekelas berjantina lelaki turun satu demi satu, menanti ana di luar asrama. Ana semakin terharu....

Ana dan mereka tidaklah selalu berbual, bahkan hanya berbicara ketika punya urusan penting.

Tapi benarlah, hati yang berukhwah kerana Allah sungguh-sungguh amat ajaib. Kami baru sahaja pulang dari Program Jejak Budaya di Kampung Lonek selama 3 hari 2 malam. Ana pasti sahabat-sahabat sekelas ana pasti berasa penat, tetapi mereka sanggup juga turun ke bawah untuk menghantar ana pulang...

Kenangan di Kampung Lonek

Ana tidak mampu lagi menahan sebak. Terima kasih duhai sahabatku...

Berat Hati


"Dah, Mas..pergilah. Pergi" Ayunni berkata, menangis,sambil menjauhkan diri dari ana. Ana tidak sanggup lagi melihat semua itu.

Tangan didepangkan. Ana mendakap lagi satu-satu sahibah penuh erat..

Kaki melangkah pergi, tapi hati tetap tertinggal di situ...

Salam kwn2, thx.. syg kamu kerana Allah


Ana menaip SMS itu ketika diri sudah pun berada di dalam kereta. Rasa rindu tidak terperi. Seorang sahibah membalas.

Rindu..tadi tengok gambar kat lonek.


Allah...Allah...

Satu-satu kenangan ketika Program Jejak Budaya menerjah ruangan kepala.

Main boling kelapa, Tarik upih, tangkap ikan guna tangan, persembahan dan banyak lagi...

Betapa ana merindui detik itu..

Sahabatku.. Setiap apa yang berlaku pasti punya hikmahnya.. Teruskan perjuangan! Biarpun kita jauh, moga kita tidak terputus hubungan..

Ya Allah, Sungguh, aku mencintai mereka kerana-Mu....

Duhai hati,
Bersabarlah..
Mungkin ini caranya Allah mentarbiyyahmu..

Wallahu'alam

6 comments:

EWEW said...

hmmmmm... =(

Mastura MY said...

La Tahzan..

Allah ma'ana =) Teruskan perjuangan!

Anonymous said...

=') i'Allah ukhwah krn Allah akn ttp berkekalan walau kemana jua kita dibawa pergi. Disana mrk sedih mengalirkn air mata perpisahan. Di sini kami gembira mengalirkn air mata menyambut kepulangn sorg sahabat yg dirindui. i'Allah mg Allah mdhkn dn tbhkn hati mas dn sahabat2 di sana.

-chy mlmku-

Mastura MY said...

=)

insyaAllah.. ada rezeki kita jumpa lagi..

Syukran atas doanya.. :)

Unknown said...

mas...truskan usaha di tempat lain ek..nti dah selamt semua..gtau la kite..rndu mas...

Mastura MY said...

InsyaAllah..

awak pun teruskan usaha tau, smg Allah sentiasa bersama...

Rindu awk juga... :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .