Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, May 18, 2010

Wahai Da'i, Sedarlah!


"Hei kamu kenapa pakai tudung macam ni! Ha, ni kenapa tak tutup dada?!"

"Kenapa pakai baju ketat-ketat?"

"Astarghfirullah. Kau ni apa nak jadi tak pergi solat kat masjid?"

Tengkingan demi tengkingan diberi.

Terpisat-pisat mata mad'u(orang yang didakwah), antara faham dan marah.

Hati

Tunjukkan pada ana mana-mana manusia yang tidak punya hati? Hadirkan di hadapan ana seorang manusia yang tidak mempunyai perasaan.

Fitrahnya setiap manusia itu dilahirkan dengan seketul daging kecil di dalam tubuh. Biarpun kecil, daging itu merupakan pusat kepada seluruh anggota badan. Daging yang tampak kecil namun memberikan impak yang besar. Justeru, hadirlah satu hadith ;


Ingatlah sesungguhnya pada tubuh badan manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah keseluruhan anggota jasadnya, tetapi jika rosak daging itu maka rosak jugalah keseluruhan anggota jasadnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati.
(Hadith Riwayat Bukhari)


Betapa pentingnya hati sehingga sedikit kesakitannya mampu memberi impak ke seluruh anggota badan.

Subhanallah.. Betapa kita tidak menyedari akan satu hakikat yang teramat penting.

Mereka Juga Punya Hati

Para pendakwah hakikatnya bukanlah seorang penghukum melainkan seorang pemberi ingatan semata-mata. Memberi ingatan yang bagaimana?

Memberi ingatan dengan menyedari bahawa mereka yang perlu diberi ingatan itu juga mempunyai hati. Sama hatinya seperti hati kita, yang bila ditengking menjadi sakit, bila dikasari menjadi luka. Si penerima ingatan yang terluka hatinya akan kemungkinan besar membenci ingatan yang diberi, biarpun yang dihadirkan adalah sesuatu yang benar, tiada yang benar melainkan yang benar belaka.

"Kamu! Kenapa macam ni. Ha? Ni nak tunjuk kat sape ni?" Kata si 'pendakwah' yang menegur dengan gaya menghukum, tanpa mengenali dahulu hati budi orang yang ingin diberi peringatan.

"Eh, ape pulak, ok dah ni tudung ni." Si penerima ingatan membantah. Sekaligus, menaikkan api kemarahan si pendakwah.

Siapakah yang salah?

Hati manusia itu (lebih-lebih lagi wanita) telah Allah ciptakan dengan sifat yang lembut, justeru, andai peringatan yang hadir merupakan satu teguran yang kasar, hati itu mula memberontak dan menangkis segala butir perkataan yang datang.

Kebanyakan pendakwah akan berkata, "Keras hati betul! orang dah bagi peringatan dia buat tak tau je!"

Tanpa disedari, terkadang dakwah yang ingin disampaikan terhalang oleh dosa yang dilakukan oleh pendakwah itu sendiri. Apa tidaknya, ketika dakwah ingin dijalankan, tanpa disedari banyak hati yang telah terluka, banyak jiwa yang telah merana. Semuanya kerana dakwah yang bersifat hukuman.

Ah, rumit sekali.

Berbicara tentang dakwah pasti sahaja mendapat tentangan dari segelintir pihak terbabit.

"Dakwah ada pelbagai cara ukht"

Benar, betul dan tepat. Dakwah ada pelbagai cara, manusia juga ada pelbagai ragam. Tidak mungkin dengan hanya melihat manusia sekali itu sahaja, kita sudah tahu perangai mereka bagaimana.

Memberi dakwah tanpa menyelidiki latar belakang orang yang ingin didakwah sama sahaja dengan merosakkan imej dakwah itu sendiri kerana mereka akan semakin takut dan benci kepada dakwah.

Sekurang-kurangnya wahai para pendakwah sekalian, nilaila kembali diri kita sendiri. Mereka membuat kemungkaran kerana tidak tahu, tetapi adakalanya kita membuat kemungkaran yang kita tahu.

"Eh mana ada ana buat kemungkaran."

Benarkah? Menegur tanpa menyelidik, sekaligus menyakiti hati insan lain bukankah merupakan satu dosa? Islam mengajar kita agar berlembut, malah tiada paksaan dalam agama.

Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam) (Al-Baqarah :256)


Sedarlah, kita ini hanya pemberi ingatan. Bukannya penghukum.

Dekati Mereka

Cara terbaik dalam berdakwah adalah mendekati mereka yang mahu didakwah, mengenali hati budi mereka, dan berbuat baiklah kepada semua...

Tiada sebab lain bagi seorang mad'u (orang yang didakwah) meninggalkan da'i (pendakwah) melainkan kerana hati mereka telah tergores dan terluka. Bertemu dengan da'i tidak lagi menjadi saat yang indah melainkan seolah-olah satu pertemuan yang amat menyeksakan.

Adakah kita mahu dakwah ini terus-terusan menjadi fitnah lantaran kegarangan para pendakwah?

Duhai da'i.. biarlah Al-Quran dan Sunnah menjadi petunjuk jalan dakwahmu, bukan hanya akal dan nafsu semata...



Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu (Al-Imran :159)


Berlemah lembutlah, kerana banyak hikmahnya di sebalik kelembutan itu. Kelembutan tidak bererti lemah, tapi di sebalik kelembutan itu tersingkap rahsia yang mungkin kamu tidak sedari....

Bersenang hati, berlapang dadalah..

Kita hanyalah pemberi ingatan.

Wallahu'alam...

6 comments:

safiamira said...

terima kasih atas perkongsian.. peringatan yg baik untuk para da'i.. =)

Mastura Mohd Yusuf said...

safiamira

insyaAllah, semuanya dari Allah.. Semoga sama-sama mendapat manfaat. =)

Nur Atikah Yusof said...

salam..terima kasih atas ingatan. mesti tuan blog ni seorang yang lemah-lembut. teringin pula berjumpa. manalah tahu boleh melembutkan diri ni yg agak keras.belajar mana? kita samalah jb.

Mastura Mohd Yusuf said...

Waalaikumsalam..
insyaAllah, tak apa keras, asalkan keras dalam kelembutan :)


Em, ana kat kolej universiti islam antarabangsa selangor. enti?

jb kt mana?

Nur Atikah Yusof said...

cfsiium..insyaallah ke kuantan bulan 7 ni..majidee..

Mastura Mohd Yusuf said...

oh insyaAllah,
mungkin enti kenal nur atiqah solehah..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .