Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 31, 2010

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati


2 terkorban dan 30 cedera dalam misi LIFELINE4GAZA.


Mesej itu ana tatap lama. Kaki ana yang pantas melangkah menuju ke kelas terhenti. Terasa longlai setiap sendi tubuh, terasa seperti mahu terbang masuk ke dalam kapal-kapal itu dan berjuang bersama mereka.

Ana pelik dan hairan..

Mengapa


Skuad yang hadir dalam misi itu semuanya tidak memiliki senjata. Bahkan, kapal itu hanya mengandungi barang keperluan serta alat tulis buat penduduk Gaza yang sedang hidup melarat sehingga mereka hanya makan rumput sekarang!

Mengapa Israel masih tidak henti-henti menyerang, sehingga membabitkan kehilangan nyawa umat Islam yang tidak berdosa. Skuad misi tidak memiliki senjata dan tidak mampu berlawan, bahkan tidak punya niat untuk menyerang sesiapa pun!

Hanya doa yang mampu ana titipkan…

Bertambah Sedih


Takungan air mata sudah tidak dapat dibendung lagi melihat umat Islam yang semakin hilang sensitivity, semakin hilang rasa bersaudara dan semakin hilang sifat malu.

Wahai kamu yang beragama Islam!
Wahai kamu yang punya bin dan binti di pertengahan namanya!
Wahai kamu yang mengaku Islam!
Wahai kamu yang Islam hanya atas nama!

Sedarlah.. Di Palestin sana, saudara-saudara kita sedang bermati-matian menjaga masjidil Aqsa. Mereka berkorban tenaga dan nyawa, sedang kamu enak berpesta di sini. Mulut kamu mengutuk Israel, tetapi kaki pantas berjalan menuju ke KFC mengisi perut yang kelaparan.

Tisu Kleenex kamu ambil dari kocek, buat pengelap peluh kerana asyik berdemonstrasi tadi. Air Milo Ais pengubat dahaga di tengah-tengah terik mentari yang memancar. Ah, kereta berbau, kamu beli pula ambi pur untuk menyedapkan bau kereta kamu dalam misi perjalanan jauh menuju ke tempat demonstrasi.

Oh, hinanya kita. Hanya pandai bercakap tanpa melaksana…

Jangan Hidup Untuk Diri Sendiri


Adakah manusia yang bisa hidup bersendirian tanpa perlu sesiapa di sisi? Jika ada mari tunjukkan pada ana.

Kamu? Kamu Kah? Kamu boleh hidup bersendirian?

Maka, apabila maut menjelang, siapa pula yang bakal memandikanmu, mengkafankanmu seterusnya menanam tubuhmu buat selamanya.

Siapa? Kamu kah?

Mari kita teliti kembali apa maksud semua umat Islam adalah bersaudara.. Itu tandanya kita tidak akan mampu hidup secara bersendirian dalam dunia ini. Kita harus hidup dengan perasaan kasih sayang, rasa bersaudara harus disegarkan. Kita hidup bukan untuk diri kita sendiri sahaja, bahkan tubuh kita, jasad kita, nyawa kita semuanya bukan milik kita. Ia adalah pinjaman Allah kepada kita dan hakikatnya ia adalah milik Allah dan Islam.

Jadi, di mana kamu yang mendabik dada bahawa kamu boleh hidup bersendirian?
Fikirkan.. Di akhirat nanti, ketika rakyat Palestin bangun dan bersuara :

“Apakah yang dilakukan oleh saudara kami ketika kami berada dalam kesusahan?”

Ketika itu, kamu menganga, tidak tahu mahu menjawab apa. Tidak malu kah??
Kamu bersenang-lenang atas kesusahan saudara sendiri. Manusia jenis apakah?

Wahai kamu yang beragama Islam!
Wahai kamu yang punya bin dan binti di pertengahan namanya!
Wahai kamu yang mengaku Islam!
Wahai kamu yang Islam hanya atas nama!
Mari.. Mari kita bersama.. Bersatu tenaga, lakukan apa yang terhabis mampu kita lakukan. Kita sudah tidak terpilih untuk syahid bersama mereka, pasti ada sebabnya.

Tenaga kamu diperlukan untuk membangkitkan ummah, untuk menguasai ekonomi dunia, untuk memartabatkan nama Islam yang mulia…

Jangan terleka lagi. Cukuplah setakat yang kamu sudah melebihi batas. Cukup. Hentikan dan mulakan semula.

Mari sahabat!

~Bilakah lagi, kita semua satu hati….~ :(

Wallahu’alam…

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .