Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, September 18, 2011

Maafkanku Somalia...



Dalam gempita kegembiraan,
Dalam seronok menghadapi hidangan,
Dalam keriangan si anak kecil itu belari,
Dalam kesenangan si ibu memasukkan makanan ke dalam troli,

Terfikirku sebentar...

Apakah nasib Somalia kini?
Apakah ada makanan buat mereka hari ini?
Atau apakah si ibu perlu melihat lagi,
Anaknya meninggalkannya pergi...

Somalia..
Bumi ujian...
Kegetiranmu pasti berbalas,
Biar tiada kesenangan di dunia,
Asal sahaja di Akhirat dikau mendapat belas..

Somalia..
Pergerakanmu terbatas,
Pertolongan diharap biarpun tidak berbalas.

Somalia..
Ku pasti,
Engkau begitu yakin kami saudaramu mengingatimu,
Ku berharap dikau tidak tahu situasi yang sebenar,
Agar tidak terguris hatimu dek kelalaian kami semua...

Andainya dikau tahu,
Kami di sini....
Makanan dibazir begitu sahaja,
Tepung dan telur dibaling-baling meraikan pesta hari jadi,
Wang ringgit seolah-olah mainan,
Semua pembaziran dilakukan,
Tanpa mengenal erti kepayahan insan.

Somalia..
Apakah berdarah hatimu tatkala mengetahui sikap kami?
Apakah mengalir air mata dari matamu yang bengkak?
Apakah kesakitan menjalar di seluruh tubuhmu yang kurus?
Apakah jiwamu menjadi nanar seiring kepanasan di sana?

Mengalir air mataku,
Melihat kepayahanmu di sana,
Sedang di sini,
Mereka bergelak tawa seolah tidak wujud erti bersaudara.

Tiada lagi kata yang terucap,
Tiada lagi perkataan yang disusun,
Hanya satu ku pinta..

Maafkanku Somalia!

Dari Abi Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam: Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbelakang-belakangkan, dan janganlah sebahagian kamu menjual di atas penjualan sebahagian daripada kamu dan jadilah kamu wahai hamba Allah yang bersaudara.

Orang Islam bersaudara dengan orang Islam yang lain, tidak boleh ia menganiayainya, dan tidak boleh membiarkannya (dalam kehinaannya), dan tidak boleh mendustainya, dan tidak boleh menghinanya.

Taqwa itu di sini *kata Nabi sambil menunjuk kedadanya tiga kali*
Sudah cukup banyak kejahatan seseorang itu, bahawa ia merendahkan saudaranya yang muslim. Sekelian orang Islam atas orang Islam haram darahnya dan hartanya dan kehormatannya.
(HR Muslim)


wallahu'alam


2 comments:

Nik Faiz said...

mohon share ustazah..

Mastura Mohd Yusuf said...

saya bukan ustazah. masih jauh dari layak untuk mendapat gelaran itu. cukup gelarkan saya ukhti/saudari sahaja.

Silakan share ustaz. jangan biarkan dakwah ini terhenti di sini.

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .