Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, June 16, 2012

Kembara Palestin -1-


Sekitar Imigresyen nak ke checkpoint pertama.

“Tak sabarnya esok.” Masuk hari kedua pengembaraan, saya sudah merasa debaran untuk menjejaki bumi Palestin. Ya, bumi yang dirindui ummah.

“Tidur, esok nak bangun pagi.” Emak membalas ringkas. Kepalanya sudah direbahkan ke atas bantal. Lelap. Sungguh seharian jadual penuh dengan ziarah amat memenatkan.

Saya menarik selimut rapat ke dada. Cuaca agak dingin, sekitar 15 darjah celcius tatkala malam dan subuh hari.

Palestin

“I will accompany all of you until the Jordan’s immigration only, the bus driver will then take you to the Palestine’s border and drop you there and someone will pick you up.” Pemandu pelancong kami di Jordan memberi maklumat ringkas.

Agak lama juga berada di imigresyen Jordan. Kami tidak menyangka,sampai di sekatan yang dijaga Israel, penantian lagiii lama.

Check point pertama, bas ditahan, cermin besar dijulurkan ke bawah bas. Askar Israel memeriksa, mana tahu kot-kot ada bom di bawah bas. Saya terfikir, kalau orang bawa bom dalam bas bagaimana pula? Lucu sungguh Israel ini.

Saya melihat mereka daripada tingkap bas. Bengis.

Mahu saja saya lambai dan berkata : Hi, my name is Mastura and I am not a terrorist!

Apa-apa pun, Alhamdulillah check point pertama berjalan lancar. Kami lepas dengan jayanya. Perasaan seronok dapat lepas umpama jawab periksa yang susah sangat tiba-tiba keputusan keluar dapat A.

Bas berjalan sedikit, dan kemudian berhenti. Check point kedua dijejaki. Kali ini bas berhenti lama. Ah sudah, ramai di dalam bas menahan perasaan untuk buang air.

“Lama lagi ke, lama lagi ke.” Semua sudah tak senang duduk. Pemandu bas kami tidak tahu berbahasa Inggeris.

“Wa, driver tu kata lagi 50 minit baru bas boleh gerak.” Abang saya memberi maklumat setelah berbicara umpama ayam-itik dengan driver bas.

APA?! 50 MINIT?!

Rata-rata manusia di dalam bas mengeluh, hampir pengsan. 50 minit bukannya sekejap bagi seorang manusia untuk menahan perasaan ingin buang air. Ini serius.

“Wa, pergilah tanya dia dalam bahasa arab, boleh pergi bilik air tak?” Abang saya memberi cadangan. Nota : bahasa arab saya hanyalah suam-suam kuku. Asas sahaja.

“Bilik air apa eh dalam bahasa Arab?” Ah sudah. Bagai sudah jatuh dihempap tangga dan almari bersama. Sudahlah terseksa menahan derita 50 minit, tiba-tiba kepala blank semua kosa kata bahasa Arab.

Tiba-tiba seorang pakcik berbicara lagi bahasa ayam-itik bersama pemandu bas, dan pemandu bas menunjukkan bilik air di dalam bas tersebut! (terima kasih pakcik!)

Alhamdulillah. Lepas seksaan.

Bagaimana pula cerita dalam bas sahaja sudah seperti satu entri?

Masuk Imigresyen


Saya TERambil gambar -.-"

Mengambil gambar di kawasan imigresyen adalah dilarang, jadi saya tidak dapat tunjukkan bagaimana keadaan sesak di sana.

Imigresyennya tidak seperti imigresyen di Negara-negara yang biasa kita lawati. Imigresyennya, - manusia berpusu-pusu beratur di luar bangunan. Ya, luar! Dengan cuaca yang panas terik menunggu giliran untuk masuk.

Ketika orang terlalu penuh, kami duduk di dalam bas, tidak turun lagi. Dari dalam bas kelihatan seorang lelaki memakai baju biasa tetapi memegang senapang(Askar Israel).

“Ish ish ish, kesiannya diorang kena beratur panas-panas terik.” Saya dan abang berbual-bual mengenai sistem imigresyen di sana, sambil asyik melihat askar yang berbaju biasa tadi.

Tiba-tiba askar tersebut memanggil seseorang dan menunjuk-nunjuk ke arah bas kami.

“Eh eh dia tunjuk bas kita lah. Ehh” Umpama teruja ayat itu tapi sebenarnya tidak.

Sebentar kemudian, tempat letak bagasi dibuka, beg diturunkan oleh seseorang dan kami diarahkan turun dan beratur bersama di tengah terik mentari. ya padan muka saya, tadi kesiankan orang, sekarang kesiankanlah diri sendiri

“Wa, askar Israel memang penakut kan?” Tiba-tiba abang saya bersuara.

“Kenapa?”

“Tadi abang adi nak letak beg sandang ni ke bawah, askar tu dah menggelabah ke belakang sambil pegang senapang.”

Saya ketawa. Orang yang bersalah memang selalu diselubungi ketakutan.

Dalam Imigresyen

Apabila sampai giliran saya menunjukkan passport, saya lebih terkejut. Mereka tiada system komputer. Hanya seorang wanita duduk di kaunter (kaunternya satu saja!) dan menampal sticker di belakang passport kami tanda kami lepas pemeriksaan pertama. Susun atur di dalam imigresyen hanya sambil lewa. Seolah-olah ada satu mesej di situ : Anda mahu datang, hadapilah. Jika tak mahu, sila pulang.

Selepas itu, beg diperiksa. Kami masuk ke dalam body scanner. Ah, sudah. Masuk saja semua bunyi. Di hadapan saya ada seorang makcik yang saya rasa sudah buntu mahu buka apa, anting-anting semua dibuka tapi bila lalu body scanner tersebut, masih berbunyi : tiiiitttt.

Adoi makcik bila nak siap ni, saya nak lalu juga.

Dalam hati saya hanya berdoa : Allah mudahkanlah jangan Kau susahkan.

Askar Israel menyuruh saya masuk dahulu, saya pun masuk. Tiba-tiba : tiiittt. Hoi body scanner ni mungkin mensabotaj saya. Apa dia penyebab bunyi tersebut?

“Give me your passport.” Askar Israel memegang passport saya kerana mungkin itu salah satu penyebab bunyi tiitt itu.

Saya beri, dan masuk kembali. “TIIITTT” mesin itu berbunyi lagi. Mengapa bunyinya tiitt mengapa tidak bunyi lagu dondang sayang barulah kurang tegang suasana yang ada

Saya buka jam, dan lalu lagi. Alhamdulillah, lepas. Saya sangkakan semuanya akan berjalan baik selepas itu, tapi suasana benar-benar serabut, tak tahu perlu pergi mana dan mana dan saya hampir kehilangan beg.

Seorang kakak dalam rombongan kami ditahan pasportnya tanpa sebab. Lama pula tu. Bila ditanya kenapa ditahan, selamba mereka berkata, mereka pilih secara rawak dan kakak itu terpilih. Wah wah! Ingat cabutan bertuah ye?

Oh ya dan seorang lagi makcik ditahan dan dimasukkan ke bilik khas kerana bila lalu body scanner asyik berbunyi saja. Makcik tu kata :

“Askar Israel masuk-masuk je tanya, kau ada pistol? Ada pisau?”

Sedangkan punca bunyi itu hanyalah kerana corsetnya -.-“

Tiba ke perhentian ketiga dalam bangunan, kami berkumpul, seorang makcik bercerita kepada saya, “Tadi aunty dalam bas, habis semua doa aunty baca. Takut punya pasal.”

Saya tergelak, “Oh kira habis khatamlah quran tadi?”

Alhamdulillah, semuanya lepas dan di bumi Al-Aqsa itu, datang seorang pemandu pelancong menyambut ketibaan kami

Perjalanan diteruskan menuju ke Palestin…

To be continued..

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum saudari..saya ada pernah mendengar talk tentang isu palestin oleh aqsa syarif dan beberapa team lain masa tu di tv..menurut dr hafidzi pengerusi aqsa syarif, tugas kita (penduduk luar) skrang ni bukanlah pergi menziarahi palestin, al aqsa itu sendiri..kerana syaratnya begini, kalau nak datang ziarah masjid aqsa, kena berperang pertahankannya mcm mana pejuang2 palestin lakukan..tp kalau kita datang ziarah, kita secara tak sengaja telah zalim..kerana tugas sebenar kita skrg adlh dr jarak jauh mendoakan sumbangan dll kalau kita pegi, mcm tula, utk berjuang bersama dgn mereka...sbb sbnrnya tanpa kita sedari, org yg assuk utk ziarah palestin ni akn masuk melalui pintu jordan di mana jordan n bbrp negara lain ada perjanjian dgn israel..yakni siapa yg masuk melalui pintu jordan ni, israel kena bg pelepasan..dgn x langsung kita tlh memberi kebenaran pada israel utk bg cop pelepasan pd passport kita..bayangkanlah kita benarkan barang rasmi kita dipersetujui oleh org ygg musnahkan saudara kita sendiri...dan izinkan saya kongsikan Yusuf Qardhawi telah memfatwakan haram menziarahi Masjidil Aqsa buat masa sekarang ini. Kecuali jika hendak berjuang menyelamatkannya disana. Mereka perlukan sumbangan, dari sini...ni ada hadith Dari Maimunah r.a. berkata kepada Rasululah: Wahai Rasulullah, berilah padaku satu fatwa tentang Baitulmaqdis. Beliau menjawab, pergilah kamu solat dalam masjid Al-Aqsa. Jika kamu tidak mampu untuk pergi solat di dalamnya maka hantarlah minyak untuk dinyalakan pelita-pelita di masjid al-Aqsa...jika kamu tidak mampu tu termassuklah disebabkan situasi yg teruk macam skrg ni, menyebabkan kita tk mampu g sne..
http://www.youtube.com/watch?v=nELrFlPCtMM blh rujuk kt sini sng...wallahu alam...dh g takpe, moga semangat perjalananmu disalurkan pda shbat2 lain di mesia!!!tp just nk share pttnya pkra yg lbih aula...:)

Mastura Mohd Yusuf said...

Assalamualaikum saudara yang budiman.

terima kasih di atas peringatan serta nasihat yang berguna. Tentunya peringatan ini atas dasar cinta kepada saudara seislam. Suka saya di sini berkongsi beberapa perkara juga.

Benar fatwa yusuf al-qaradhawi menyatakan bahawa tidak dibenarkan umat islam pergi ke masjid al-aqsa. tp sesungguhnya Islam itu indah dan cantik, kita tidak diikat untuk mendengar dan mengikut fatwa satu-satu ulama' malah kita diajar untuk mengkaji fatwa ramai ulama dan beramal dengan yang mana kita yakin dan senang dengannya.

Sebelum saya pergi, ada saya catatkan, mengapa saya mahu pergi, malah imam nombor satu masjid Al-Aqsa memesan : ajaklah ramai saudara-saudara datang menziarahi Al-Aqsa kerana Israel mahu masjid itu kosong.

tahukah saudara, jika tidak ada lagi yang mahu melawatnya, israel mahu bertindak sewenangnya ke atas Al-Aqsa?

tahukah saudara, ada masanya rakyat palestin disekat daripada memasuki Al-Aqsa, hanya mereka berumur 45 tahun ke atas sahaja dibenarkan memasukinya?

dan tahukah saudara, saudara di sana sangat gembira melihat kedatangan saudara mereka dari negara lain? mereka memesan itu dan ini. mengelilingi kami, dan dengan penuh bahagia mengatakan good luck pula kepada kami. mereka tahu, mereka tidak berseorangan.

saya pergi hanyalah kerana rasa cinta dan rindu yang membuak kepada Al-Aqsa,jua kepada saudara di sana... maka janganlah cepat benar kita menjatuhkan hukum kepada manusia :) sepertimana Islam tidak menganjurkan untuk meracau-racau tatkala melawati kubur, tetapi bilal bin rabah (Seorang yang dijamin syurga) meracau-racau ketika melawat kubur nabi. Adakah bilal berdosa? adakah bilal dihukum dihumban ke neraka? tidak. besarnya rahmat Allah, bilal buat itu kerana rasa cinta dan rindu, kepada baginda yang mulia....

ada juga satu maksud hadith : "Janganlah kamu bersusah-susah untuk bermusafir kecuali pada 3 masjid : Masjid Al-Haram, Masjid Rasul s.a.w. dan Masjid Al-Aqsa."

Islam itu indah, Islam itu mudah, maka janganlah dipersusahkan....

wallahu'alam :)

Mastura Mohd Yusuf said...

*bilal buat kerana rasa terlalu cinta dan rindu sehingga tidak dapat dikawal lagi

oh ya dan saudara, tidak semua yang masuk dari pintu jordan itu diberi perlepasan. Sungguh Israel hanya mahu menyusahkan.ada saja yang tak diberi perlepasan tanpa sebab.

nasihat saya sendiri, pergilah jika berkemampuan(dari segi fizikal.material dan mental) udaranya lain, suasananya lain, dan rasa kehambaan, rasa hati tatkala ingin meninggalkan Al-Aqsa itu sungguh hiba.

Bagi saya sendiri, perang itu byk caranya. Dengan mental blh, dgn fizikal blh.. Dengan adanya wakil2 muslim dunia menziarahi al-aqsa cukup untuk memberitahu israel, kami masih peduli!

Ulama palestin berfatwa : dtglah menziarahi al-aqsa tp pemimpin negara tidak digalakkan krn jika pemimpin negara melawat al-aqsa bererti negara itu mgiktiraf negara haram israel.

saya masih ingat pesan seorang warga palestin : sampaikan khabar mengenai Al-Aqsa kepada mereka di negaramu, katakan pada mereka, marilah lawati Al-Aqsa... Israel mahu masjid itu kosong!

kami tidak dilayan seperti raja di sana, kami diperiksa israel, tidak ketinggalan juga melepasi askar-askar israel yang menggerunkan. Kami ditahan dan ditanya soalan-soalan yang mereka mahu tanya. sungguh, separuh keperitan rakyat palestin seolah-olah dirasa... jika pergi ke sana, belilah barangan yang rakyat palestin jual, itu sungguh membantu ekonomi mereka :) tunggu saya update lagi ye?

saudara, moga kita sama-sama menjadi hamba yang lebih baik pada esok hari :) apa yang tidak aula bagi saudara mungkin menjadi sangat aula kepada saya.

Dan mari mengkaji, sungguh mengkaji itu menjernihkan hati.never jump into conclusion, jom bersangka baik :)

terima kasih ya...

Anonymous said...

baiklah anda telah mengkaji lebih dari dr hafidzi yusuf qardhawi, tahniah

Mastura Mohd Yusuf said...

:) di mana dalam ayat saya mengatakan bahawa saya telah mengkaji lebih dari yusuf al-qaradhawi?

Mari berlapang dada. Jgn letakkan diri kita lbh dari Tuhan krn hny Dia yg lyk menghukym.

Saya hanya katakan islam itu Agama yang indah. Islam meraikan perbezaan pendapat. Contohilah para ulama yg sentiasa berlapang dada dengan perbezaan pendapat.

Sungguh ulama adalah 1 figur yg wajar kita hormati, tp mereka bkn Nabi. Jadi kata2 mereka masih boleh kita kaji bersama dengan kata2 ulama yg lain.

Adakah di sini saudara mengatakan bahawa saudara lbh byk mengkaji drp ulama palestin? Juga lebih berilmu drp habib ali al-jufri yg juga melawat al-aqsa? Tentu tidak bukan?

Saya hormati pendapat saudara dan saya mengajak saudara agar berlapang dada juga dengan perbezaan pendapat ulama kerana semuanya berada dalam daerah pahala.

Yusuf al-qaradhawi juga ada perbezaan pendapat dengan ulama terdahulu, adakah beliau lebih mengkaji dan ulama dahulu telah silap? Tentunya tidak.

Jom sangka baik dan berlapang dada :)

Mastura Mohd Yusuf said...

Jika saudara ada salah faham atas kekurangan diri saya sendiri, dengan penuh rendah hati, sy minta maaf.

Doakan saya agar memiliki hati seperti saudara yang sentiasa rindukan keimanan.

Moga Allah rahmatimu

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .