Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, April 21, 2015

Move on!



Tak tahu kenapa, dapat banyak mesej tentang putus kawan, kena tinggal, boyfriend curang, bestfriend berpaling tadah, down rasa nak bunuh diri, nak drop study, tak percaya Tuhan dan er macam-macam lagi. 

Sejujurnya, saya sangat hargai semua mesej, luahan perasaan, nak tanya pendapat, moga-moga sahaja ia membantu. Namun, bila dah banyak sangat mesej soal hati dan perasaan begitu saya jadi sedar, ia bukan soal khusus, ia soal umum. Ini soal hati. Soal masyarakat. Soal ummah.

Saya ambil masa untuk menaip ini, taip sedikit, back space dan taip lagi, saya sedar bicara saya nanti adalah bicara soal hati, soal perasaan, soal jiwa..yang paling penting ia tentang ummah. 

Maka, mulakanlah dengan lafaz astarghfirullahalazim sebelum membaca, moga sahaja jika ada yang saya tersalah ada pula yang sudi memperbetul dengan hikmah.

Pertamanya tentang sahabat, bila ada yang menyoal, “Saya nak buat apa? Dia dah taknak kawan saya”

“Maybe awak ada salah. Cuba minta maaf”

“Dah. Tapi dia buat tak tahu je. Saya pun tak tahu salah saya apa”

“So, move on.”

“Tapi saya sayangkan persahabatan ni.”

“Kalau dia pun sayangkan persahabatan korang, nanti dia carilah awak balik.”

Tak, saya tak bermaksud suruh memutuskan silaturrahim. Cuma terkadang jiwa yang lebih menyayangi itu lebih mudah pula berasa sakit. Maka berhenti. Berhenti sebentar. Kalau kau terus berlari bimbang kau sendiri yang lelah, jatuh dan tak mahu bangun lagi.Tarik nafas dan berdoalah kepada pencipta, mungkin ini caranya Allah membuat ‘tapisan’ untuk kau, yang mana yang baik akan kembali meski berkali-kali kau berkelahi, yang mana yang tak baik, Allah bawa pergi, untuk kebaikan kau sendiri.

Yang kedua, bila tentang hubungan antara lelaki dan perempuan, boyfriend curang, kena tinggal tanpa penjelasan kena gantung tak bertali, lalu menangis teresak-esak dan berkata, 

“Saya nak buat apa? Dia tak suka saya, dia dah tinggalkan saya.”

No, saya takkan kata mungkin awak ada salah, pergi minta maaf. Untuk apa?  

“Move on.” Ayat yang sama, diulang lagi dengan situasi yang berbeza.

“Tapi saya sayang dia..”

“Kalau dia sayang awak dia takkan pergi, malah dia jadikan awak isteri.”

“Tapi macam mana nak move on?”

“Betapa awak rasa menoleh ke belakang itu mampu menjadikan diri awak sempurna, tetap jangan menoleh. biarkan seberapa banyak keberanian dan kekuatan yang perlu diserap, tetap jangan menoleh ke belakang. Takdir yang telah tercipta tak mungkin dapat diubah, tapi masa depan yang ada awak mampu corakkan sebaiknya. Dalam hidup ni, kadang-kadang Allah buang seseorang dari hidup kita atas beberapa sebab, tak perlu kejar dia. Lepaskan, kelak kalau betul dia cinta sejati awak, dia akan kembali dengan cara yang menakjubkan. Lepaskan, biarkan dia pergi, buat apa ingat orang yang tak pernah hargai awak, tinggalkan je.When somebody takes you as an option, make their life easier by removing yourself from that option. What is meant for you will stay, what is not will go. Yang penting jadi professional,jangan buat benda yang bukan-bukan, okay? biar je dia."

"Tapi kan kita kena usaha?"

"Dan awak je yang usaha sedangkan dia tak pun, bukankah itu menyakitkan awak sendiri? Burung tak boleh terbang dengan satu sayap, kapal terbang yang rosak satu sayap tak boleh melakukan penerbangan, malah jika rosak di udara berisiko untuk terhempas. Usahalah untuk move on, usahalah lebih dekat dengan Allah, usahalah jadi lebih baik, usahalah bersangka baik, moga-moga Allah ilhamkan dia untuk usaha juga, kalau tak Allah bagi yang lebih baik yang berusaha bersama-sama." 

Dan kerap kali saya menerima respon, “Senangnya awak cakap move on, awak tak rasa memanglah tak tahu.”

Dan acapkali juga saya tersenyum, hairan macam mana orang tahu saya tak pernah rasa moving on? Dulu saya pernah suka kat sorang cikgu kot nak jadikan kakak angkat tapi kawan betray. eh tak de kena mengena kan, ok. saya tahu sabar itu pahit, sabar itu lelah, sabar itu sakit, dan saya juga mahu semua tahu bahawa sabar itu indah, sabar itu cantik sabar itu syurga :)

Kenapa? 

Kerana,

….sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar (Al-Baqarah : 153)

apakah perkara yang lebih osem daripada mendapat kebersamaan Allah?

hoi!

Dunia ini bergerak kawan, kalau kau pilih berdiam dan tak move on, kau bakal jatuh, bakal rebah, bakal mati, dakwah kau bakal pincang, ummah yang kau sayang bakal parah, bagaimana mahu mentadbir alam dengan jiwa yang kosong, hati yang rapuh? maka move on lah kawan,meski kau terpaksa merangkak sendiri, jangan pernah kau berhenti. 

Nah sambut tangan ini dan kembalilah berdiri. :)

salam sayang kerana Allah,
Mastura bt Mohd Yusuf.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .