Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, September 14, 2009

Sakit Tanda Sayang


Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.
At-Taubah : 129


Ana pening. terlalu pening. Ana memang tidak kebal dengan penyakit nan satu ini... Bermula semenjak selepas maghrib sehingga pukul 12 lebih, ana hanya mampu terbaring. Satu demi satu panggilan masuk, ana abaikan. Tidak larat. Mesej-mesej memenuhi inbox handphone sehingga penuh. Ana abaikan. Tidak larat.. Atas kelemahan ini, ana pohon beribu kemaafan...

Insan Lemah
Air mata menitis satu persatu, terkadang tangan elok mengesatnya kembali, tanda kelemahan seorang hamba bernama ana. Ana lemah, benar-benar lemah.. Tapi jauh di sudut hati, ana bersyukur, kerana rupa-rupanya, dalam kealpaan ana terhadap Allah, Dia masih mengingati ana. Justeru, dihadiahkanNya ujian sekelumit cuma...

Alhamdulillah.. Syukur...

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 1 pagi. Roomate ana tiada, ke bilik rakannya menyiapkan assignment yang masih berbaki.Ana masih mencuba untuk bangun, sekurang-kurangnya duduk di atas katil. Ana cuba dan gagal. Cuba lagi dan gagal lagi. Ana menangis.

"Allah... bantulah hambaMu..."

Ana mengumpul segenap kekuatan, mencuba untuk duduk sekali lagi. Dunia seakan berputar... Ana kuatkan diri, memegang birai katil untuk berdiri. Allah! Ana mahu terjatuh, tetapi tangan masih utuh berpaut di birai katil...

Air mata masih tidak mahu berhenti mengalir, puas dipujuk hati...

"Mas, jangan stress boleh tak? please...." Mesej Ayuni ditatap lama. Ana mengumpul lagi segenap kekuatan, menelefon umi sambil menangis teresak-esak. Mengapa ya umi, mengapa anakmu sebegini lemah.....

Terima Kasih Sahibahku

'Sofia, awak dah tidur ke?'


Akhirnya, ana gagahi diri untuk meminta tolong daripada sahibah. Ana segan, malu. Ana tidak mahu menyusahkan sesiapa, ana tahu, sahibah punya banyak assignment yang perlu dihantar.. Maafkanku sahibah...

Tidak lama kemudian, pintu bilik ana diketuk dan muncullah sofia dan shaza. Mereka berjalan pada larut malam untuk ke bilik ana semata-mata untuk melihat ana yang sedang menangis teresak-esak bertemankan gelas berisi air yang dipegang kejap di tangan...

"Mas, kenapa tak bagitahu awal-awal? Kita ingat awak dah tidur?" Sofia lantas bertanya.

"Kita kesian, awak kan nak buat assignment"

"Ya Allah Mas.. inilah gunanya kawan"

Sofia mula mengurut dan shaza menggosok baju ana yang mahu dipakai esok. Ana terharu bercampur malu... Dalam kelalaian ana terhadap Allah, Dia masih mahu menghadiahi ana para sahibah yang sebegini hebat dan mulia... Maafkan kealpaanku Allah....

"Ni sebab awak tak makan kot Mas" Sofia bersuara, mungkin risau melihat keadaan ana yang semakin tidak terurus dan kurang selera makan.

"A ah kot, tak ada selera."

"Lepas ni, awak terus tidur tau" Shaza menasihati.

"InsyaAllah"

Akhirnya, setelah hampir pukul 2 pagi, barulah pening ana beransur surut dan tangan mula mencoretkan peristiwa yang berlaku, sebagai peringatan kepada diri dan sebagai pengajaran untuk semua...

Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.
Yusuf :87


Wallahu'alam

5 comments:

Anonymous said...

sahabat yang disayangi kerana Allah...
walaupun ana xde disisi enti...
tp ana akan jg enti dalam doa ana...
jaga kesihatanmu wahai sahabatku...


~muslimah~

Anonymous said...

sygku..if ada ape2,jgn smpan sorg..beritau jg kami disini ye??
mg Allah beri mas kekuatan dan ketabahan yg lebih..
u r not alone..

-chy mlmku-

Mastura Mohd Yusuf said...

muslimah

Jazakillah.. uhibbuki fillah..

chy mlmku

We trust in Allah, kan ? :)

Anonymous said...

salam selaut kasih kepada Allah yang menguji kita tanda sayangnya..sungguh lebih banyak kesihatan yang diberi dari kesakitan..

Mas,jaga diri ye..mga Allah mudahkan segala urusan mas..

dah lama dah hidung mas tak tenggelam kat pipi kte, rindu pula..maan najah fil imtihan..

Mastura Mohd Yusuf said...

berjauhan menguji rasa rindu dan sayang :)

rindu enti jua, kerana Allah, insyaAllah...

mg Allah merahmatimu sahabatku..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .