Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, September 2, 2009

Ukhwah : Antara Diri Dan Sahibah


"Mas, Ayuni, bangun sahur" kedengaran Kak Mariena menegejut ana dan roomate dengan lembut. Ana terjaga,begitu jua Ayuni. Sambil mata terpisat-pisat mencari pintu untuk ke ruang tamu, kami tersengih sendirian. Bagai satu keluarga, ya satu keluarga yang besar dan bahagia.

"Ayong..buat apa tu?" Melihat Ayuny berdiri lama di ruangan dapur membuatkan mulut ana petah bertanya.

"Buat ayak" Balasnya dalam loghat kedah.

"Hahaha.." Ana pandang sekilas. "Kenapa Ayuni?" Tangan ligat mencedok nasi di dalam rice cooker.

"Tu ha... Atiqah, buat aksi pulak."

Ana tergelak sama. Atiqah memang terkenal dengan pencipta aksi-aksi pelik. Semua duduk berkumpulan di meja makan.

"Ok... Mas, baca doa" Pinta sahibah.

Begitulah, setiap hari pasti ada giliran membaca doa, dan juga membeli lauk sebagai juadah berbuka. Duit akan dikutip setiap hari.

Bersahur Di Tempat Baru


Pagi ini, buat pertama kalinya ana bersahur di tempat baru. Entah kenapa hati ini merasa sebak sejak semalam. Mungkin telah terlalu lama memerap di rumah.

Ana bangun, mandi, solat tahajud dan mula untuk bersahur disertai roomate. Entah kenapa, memori lalu sentiasa bermain-main di birai mata, bagaikan satu tayangan filem. Satu-persatu ia melintasi fikiran, mengiringi suapan demi suapan nasi di mulut. Ana kaget. Air mata mula memberat di birai mata.

Handphone dicapai.. Satu persatu keypad ditekan.


Tiba-tiba rindu masa sahur dulu


Satu persatu nama ahli bait P5-306-A yang sempat menyambut Ramadhan bersama ditekan.

Message Sent!

Satu kepuasan menyelinap di dalam hati... Rindu, ya ana rindu kalian. Rindu pada semua bekas ahli bait. Rindu yang teramat sangat.

Seorang sahibah pernah berkata;

Jika hendak menemui erti ukhwah yang sebenar, di bumi kuis inilah tempatnya!


Rindu Kerana Allah

Benar, ana merasai apa itu ukhwah fillah. Bersama-sama menunaikan solat tahajud, saling tegur-menegur, solat berjemaah bersama-sama, makan bersuap, bergurau senda, menguatkan tatkala lemah... Semua itu terlalu manis untuk dilupakan. Apabila kami berjauhan, rasa rindu tidak pernah padam. Semangat sentiasa berkobar untuk kembali ke kuis dan apabila berdekatan senyuman tidak pernah lekang. Indah bukan?

Ya, tapi pada hari ini... Entah kenapa, ana rindukan suasana itu. Hati memberontak untuk kembali ke tempat lama. Tapi, teringat pula satu pepatah, it's better to look ahead and prepare than to look back and regret.

Ana mula melangkah longlai, menggenggam tangan mencari satu kekuatan. Sahibahku, mungkinkah diri ini akan kuat tanpa kalian? Ana rindu bisikan-bisikan itu, yang mengingatkan ana tentang kebesaran Allah ketika ana lemah dan mengingatkan ana tentang azabNya ketika ana terlalu gembira.. Rindu. Terlalu rindu.

Selamat Berjuang

Belajar itu adalah ibadah, jika niat tulus kerana Allah.

"Ayuni, cepat-cepat betulkan niat, niat pergi kelas kerana Allah!" Kami selalu mengingatkan antara satu sama lain. Kami yang tinggal berdua satu bilik cukup meriuhkan, terkadang mengganggu 4 orang housemate yang lain, namun jauh di sudut hati, antara kami ada satu perasaaan sayang. Terlalu sayang..

Belajar itu sungguh-sungguh adalah ibadah kerana ibadah itu bukanlah hanya di tikar sembahyang. Melakukan apa-apa pekerjaan yang baik, niat hanya kerana Allah dikira sebagai ibadah.

Tatkala ana lemah.... Ana ingat kembali, biarpun kita jauh, kita sama-sama ingin menuntut ilmu. Hati kita sentiasa bersama bukan?

Indahnya berukhwah.... Kerana antara diri dan sahibah; ada Allah bersama!

Wajiblah cintaKu bagi orang-orang yang berkasih sayang keranaKu (Hadis Qudsi)


SELAMAT BERJUANG!!!

Malam siang berlalu
Gerhana kesayuan
Tiada berkesudahan

Detik masa berlalu
Tiada berhenti
Oh syahdunya

Sejenak ku terkenang
Hakikat perjuangan
Penuh onak dan cabalan

Bersama teman - teman
Arungi kehidupan
Oh indahnya o ooo

Berat rasanya
Didalam jiwa
Untuk melangkah
meninggalkan semua

Kasih dan cinta
Yang terbina
Diakan selamanya
O ooo

Slamat berjuang sahabatku
Semoga Alloh berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan kubiar dia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita

Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwa ku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan wo uwo

Tetapi kuatur pada hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Wallahu'alam

4 comments:

Anonymous said...

P5-306-A
sentiasa dlm ingatan walaupun ana hnya dpt duduk ngn antunna selama satu sem tapi byk kenangn manis yg diperolehi..
Its Amazing how the littlest things can make us so Happy :)
syukur pd Allah swt.

-chy mlmku-

Anonymous said...

ana sygkan enti jgk...
ana rindukan sahabat2 ana...
bertemu dan berpisah kerana Allah...

"Umi" said...

Salam atasmu..

Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah, semuanya semata kerana ALLAH..

salam sayang dan rindu buatmu

ALLAH yubariku fiki

Mastura MY said...

Rindu kalian sangat2 kerana Allah, pasti ada hikmahnya di sebalik pahitnya perpisahan ini..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .