Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, May 28, 2010

Cuba Bayangkan


"Mas, dia keluar dengan lelaki."

"Mas, kenapa tak tegur dia tak tutup aurat?"

"Mas, kita kena pergi report ni."

Saban hari, masalah ummah semakin merunsingkan hati dan fikiran ana. Bukan tidak mahu menegur, tetapi ana telah diajar agar tidak terus tegur secara melulu tetapi berkawan rapat dengan mereka dahulu.

Namun, bukan itu punca sebenar kerunsingan ana..

Maksiat Semakin Berleluasa


Setiap hari, ada sahaja berita yang tidak menyenangkan.

Sumbang Mahram
Anak luar nikah
Pergaulan bebas
Rempit
Pelacuran

Dan.. oh, tidak dapat ana senaraikan semuanya di sini. Wanita-wanita sudah hilang perasaan malu, para lelaki semakin hilang sifat kepimpinan. Maka lahirlah generasi yang engkar pada suruhan Tuhan.

Semakin hari, ana melangkah dengan seribu ketakutan yang bersarang di jiwa. Memikirkan nasib ummah yang semakin menderita, apatah lagi memikirkan nasib generasi akan datang, bagaimana mereka mahu berhadapan dengan dunia yang semakin mencabar oh Tuhan....

Apabila teguran sayang dari Allah yang datang silih berganti hanya dilihat dengan mata kasar, tidak lagi menggunakan mata hati untuk meneliti... Ana menjadi semakin bingung..

"Itu cuma bencana alam."

Ya, itu adalah bencana alam. Sebagai satu peringatan sayang dari Allah, cuma manusia yang tidak mampu untuk menyedari. Atau apakah tidak mahu untuk menyedari?

Bayangkan


Di tengah kekalutan dunia, di tengah kemaksiatan yang sedang melanda, pada saat Islam dipijak-pijak, Al-Quran disiat-siat, sunnah dilontar-lontar, Agama diludah-ludah..

Bayangkan...

Rasulullah tiba secara tiba-tiba. Apakah perasaan baginda? Setelah bertahun-tahun berpenat-lelah, menahan kesabaran yang luar biasa, berjalan ke sana-sini menyebarkan dakwah, tidur dengan menahan tangis hiba,

Akhirnya...

Umatnya leka dengan dunia! Sunnahnya dipandang jelek. Islam yang agung dipandang hina, apakah perasaan baginda?

Pasti baginda tidak mampu langsung untuk tidur lena, pasti baginda akan berusaha sedaya upaya menyebarkan dakwah, pasti baginda tidak berputus asa menegakkan Islam.

Oh, Rasulullah.. Kami umatmu yang sering leka, baru disapa kemanisan dunia yang seketika, kami lupa pada kelazatan akhirat yang kekal abadi... Hajat di hati ingin bertemu dengan mu, merasa air dari telagamu, bermastautin di dalam syurga yang mengalir air di bawahnya...

Kami mengeluh ya Rasulullah, kami merintih setiap kali selesai solat bahawa kami ini takut pada azab nerakaNya.. Tapi perintah Allah masih kami abaikan, sunnah mu masih kami tinggalkan, bahkan keperitan saudara sendiri mampu kami hindarkan..

ya Rasulullah, menangiskah dikau melihat kami di sini?? Kami bersenang-lenang atas usaha dakwahmu, tanpa sedikit rasa bersalah, kami menghukum mereka yang lupa, kami membiarkan saudara kami sendiri terus terbuai dengan dunia.

Apakah kami ini tidak lagi punya perasaan? Apakah kami mahu mendiami syurga seorang diri?

Kami terlupa ya Rasulullah, bahawa seluruh umat Islam itu adalah bersaudara...

Kami rindu padamu....

Mari Memikirkan Masalah Ummah


Saudara-saudaraku yang dikasihi kerana Allah... Sungguh, dunia ini tidak lebih berharga dari selembar sayap nyamuk, jika tidak pasti Allah tidak akan membenarkan orang kafir untuk meneguk walau setitis air pun di dunia ini. Begitulah pesan baginda Rasulullah S.A.W yang amat kita cintai.. yang amat kita rindui..

Dunia ini bukan tempat untuk kita bersenang-lenang. Dunia ini bukan tempat untuk kita beristirahat.

Lihatlah di sekelilingmu sahabat, betapa banyak insan-insan lemah yang memerlukanmu untuk sama-sama menaiki bahtera penyelamat. Saudara yang baik, tidak akan sanggup untuk meninggalkan saudara sendiri di celah kegelapan.

Hadirkan sedikit perasaan risau di hatimu. Risau tanda sayang, sayang pengikat kasih bersaudara. Bersaudara menguatkan ummah, ummah gemilang petanda baik buat Islam terbilang.

InsyaAllah.. Mari kita bersama, memartabatkan kembali maruah Islam yang semakin tercalar.... Jangan gusar, jangan takut.. Ingatlah pada janji Allah, dan siapakah yang paling menepati janji selain Allah?


Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu (Muhammad : 7)


Wallahu'alam

3 comments:

Circle Of Life~ said...

Salam...ya Allah kuatkan kami, kurniakan kami tekad dan keazaman iman dan jihad yang kental lantas mengayun langkah membina arus perubahan...menyelamatkan diri dan ummah daripada azabMU. Syukran adinda fillah atas perkongsian yg amat bermakna. Ana uhibbuki Fillah.

Circle Of Life~ said...

Salam...ya Allah kuatkan kami, kurniakan kami tekad dan keazaman iman dan jihad yang kental lantas mengayun langkah membina arus perubahan...menyelamatkan diri dan ummah daripada azabMU. Syukran adinda fillah atas perkongsian yg amat bermakna. Ana uhibbuki Fillah.

Mastura MY said...

wslm...

ameen, ya Rabbal Alamin..

Syukran juga kakanda fillah atas segala ilmu yang diberikan..

uhibbuki fillah aidhan..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .