Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, July 11, 2010

Kahwin, Apa Tu?


“Mastura, why don’t you marry at early age?” Soalan ‘cepu mas’ dari gadis Nigeria itu mengundang rasa geli hati di dalam hati, apatah lagi tatkala mata terpandang wajah teman-teman sekelas yang lain yang tidak sabar menanti jawapan.

Ana tersenyum, antara lucu dan serius. Hawwa – gadis itu telah pun berkahwin ketika usianya masih lagi 17 tahun, pasti pelik baginya kerana ana sudah pun 20 tahun :)

“Em.. Because nobody wants to marry me!” Ana berseloroh, mengundang tawa rakan sekelas yang lain.

Saat ini, pada ketika ini, ketika kecoh mereka mahu berkahwin, ketika pertanyaan demi pertanyaan menjengah ke telinga, ana kembali teringat perbualan bersama hawwa pada pagi itu.


Beginilah.. Inilah jawapan ana untuk pertanyaan serius antum , “Kenapa tidak kahwin ketika masih belajar?.” Ini adalah jawapan ana, pendapat ana dan ana menerima pendapat antum sekalian, insyaAllah.

Perkahwinan- Apakah semudah yang disangka?


“Kenapa nak kahwin?”

“Kami nak elak maksiat.”

Jawapan yang biasa ana dengari. Mengelak maksiat, adakah semudah mengikat ikatan suci itu? Perkahwinan bukanlah semudah mainan di bibir, bukan juga satu tradisi yang perlu menjadi ikutan.

“Eh, dia boleh kahwin masa belajar, ok je?” Bicara seorang siswi, amat yakin.

“Kenapa nak kahwin?”

“Nak elak maksiat, nak elak zina.”

Aduh! Andai itulah jawapannya, maka lupakanlah dahulu soal perkahwinan dan kembalilah membelek kitab-kitab agama. Definisi perkahwinan itu sendiri bukanlah semata-mata untuk mengelak maksiat dan zina. Jika itulah asbabnya, maka apakah beza perkahwinan kita dengan perkahwinan mereka yang terpaksa berkahwin kerana ditangkap basah?

Sama. Untuk mengelak maksiat dan zina yang mungkin akan berlaku lagi.

Andai diri belum membuat persiapan yang cukup, tidak mustahil kemaksiatan itu akan berlaku lagi setelah berkahwin. Isteri yang tidak ikut cakap suami, suami yang sudah semakin bosan dengan isteri, semua itu akan menggoyahkan bahtera rumahtangga, dan bahtera akan menjadi semakin goyah kerana nakhodanya yang tidak cukup ilmu mengemudi.
Sekali lagi, apakah perkahwinan itu sekadar mahu mengelakkan maksiat dan zina? Jika itulah matlamat sesebuah perkahwinan, maka setelah matlamat itu dicapai, tiada lagi manisnya perkahwinan itu. Tiada lagi matlamat yang mahu dikecapi.

Setahun dua, manisnya masih terasa. Setelah 5 tahun berlalu, sudah beranak-pinak, masalah pun semakin bertambah, masihkah ada manisnya jika matlamat pada awal perkahwinan itu adalah semata-mata untuk mengelakkan zina?

Kahwin, apa tu?


“Enti bagi tak kalau anak enti nak kahwin masa belajar?” Teman itu bertanya. Serius.

“Em, terpulang,” Ana menjawab santai.

“Maksudnya?”

“Ana tengok dulu pasangannya macam mana. Ramai anak muda ni nak kahwin sebab ikut-ikutan dan mengikut perasaan, lepas tu baru menyesal. Ana tengok juga anak ana, kalau basuh pinggan pun masih malas, memang ana tak bagi kahwin lagi, dan yang pasti kalau dia cakap nak kahwin sebab nak elak zina, ana memang tak bagi, melainkan dia faham, perkahwinan itu kerana mengikut sunnah, ingin melengkapkan agama, sudah bersedia untuk saling bertoleransi, sudah tahu cara mendidik anak yang terbaik. Semua itu perlu.” Ana menerangkan, jujur.

Benar, semua pasangan mendengar khutbah nikah, tetapi berapa peratuskah yang melaksanakan apa yang diperdengarkan?

Nilai kembali berapa banyak kes cerai yang difailkan di mahkamah syariah? Apabila toleransi tidak lagi menjadi kekuatan diri, apabila keimanan tidak lagi membentengi diri, apabila kesabaran sudah pun hilang dikikis masalah yang menimbun tingginya, apabila perbincangan tidak lagi dijadikan medan muhasabah, terjadilah perkara yang paling tidak disukai Allah, Na’uzubillah...

Apabila suami sudah malas mendengar perihal agama, dan isteri semakin berubah sedikit demi sedikit sehingga menjadi amat berbeza ketika di awal perkahwinan, maka terjadilah lagi pertempuran, Na’uzubillah...

Perkahwinan itu sungguh nampak indah di pandangan mata, namun andai tidak tahu lagi cara mengendalikannya, keindahan itu bakal berubah menjadi satu medan pertempuran yang maha dahsyat!

Dan ingatlah,berkahwin dengan seseorang bererti kita ‘berkahwin’ dengan keluarganya juga. Bukan sekadar 1 hati yang perlu dijaga tetapi banyak yang perlu diteliti...
Kahwin – Bukan sekadar mahu mengelak zina. Jika zina pun sudah tidak mampu untuk dielakkan, maka ketahuilah, cabaran selepas perkahwinan lebih hebat daripada itu!

Anak-Anak Menjadi Mangsa


Ana semakin gusar, apabila setiap hari, di hadapan mata ana dibentangkan masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa. Semua itu bukanlah yang datangnya dari keluarga bermasalah yang seperti kita semua sangkakan. Tidak. Bahkan ada yang hadirnya dari keluarga yang penuh Islami, yang dikawal ketat oleh kedua ibu bapa.
Benar, hidayah itu milik Allah. Tetapi ingatkah kita bahawa Allah berfirman bahawa Dia tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasibnya sendiri.

Tawakal itu haruslah seiringan dengan usaha.

Na’uzubillah... Ana benar-benar takut memikirkan perihal ini, apatah lagi mengenangkan kekurangan diri di sana sini. Memikirkan dosa-dosa yang menimbun tinggi, ditambah pula dengan ilmu yang kosong di dada. Ana belum berpengalam memiliki anak, namun ana punya adik yang perlu juga dididik.

Saban hari ana berikhtiar, mencuba mencari maklumat mengapa remaja kini bermasalah meskipun berasal dari keluarga yang Islami dan ana mendapat satu konklusi – Hasil didikan yang tidak wajar.

Ada yang terlalu mengongkong, ada yang salah mendidik, ada yang tidak mendidik secara berterusan, ada yang malas menjawab pertanyaan anak ketika kecil.

Saidina Ali telah pun memberi tips : curahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak pada 7 tahun pertama umurnya, 7 tahun berikutnya didiklah dengas tegas – ajarkan apa yang boleh dan tidak, dan 7 tahun seterusnya didiklah dia seperti seorang kawan.

Berapa ramai pula antara kita yang mengamalkannya? Lantaran kekurangan ilmu, mungkin juga anak-anak menjadi mangsa.

Na’uzubillah.. Ana takut, benar-benar takut. Andai ana berkahwin, mampukah ana melahirkan para mujahidin dan mujahidah yang berjuang di jalanNya? Apakah dosa-dosa ana semakin menimbun dan pahala semakin berkurang? Apakah lantaran dosa, anak-anak akan terhijab dari mempelajari sesuatu? Sudah cukupkah ilmu di dada?Subhanallah... Ana masih memerlukan ilmu, masih menagih walau setitis ilmuNya. Ana masih mahu mengecapi redha Ilahi, masih mencari cintaNya untuk disemat kemas di dalam hati yang gersang...

Ana tidak mahu, anak-anak ana menjadi mangsa lantaran dosa dan kekurangan ilmu yang ada pada ana. Justeru, biarlah ana melengkapkan diri dahulu. Moga itu menjadi usaha yang akan dinilaiNya..

Sabar, ya mak?


“Mak, tengah buat apa tu?” Saja ana memulakan perbualan di telefon. Rindu benar pada umi tercinta.

“Tengah duduk-duduk” Umi menjawab tenang.

“Mak, bila pencen eh?” Ana teringat untuk bertanya, tidak sabar menunggu umi pencen, dapat selalu bersama umi di rumah nanti :)

“Bulan 9 ni. Kenapa? Nak kahwin?”

Ana terkedu. Sekali lagi soalan perkahwinan itu ditimbulkan oleh umi tercinta.
Sabar, ya mak... Anakanda mahu lengkapkan diri, siap sediakan mental dan fizikal dahulu. Andai sudah tiba waktu itu, maka berbahagialah kita. Namun andai tidak, ketahuilah... Mungkin Allah telah menetapkan suami yang terbaik buat anakanda di ‘sana’ kelak.

Moga akhirat juga menjadi matlamat kita... Ameen.

Wallahu’alam.....

4 comments:

Anonymous said...

"Lamenye blaja...ble awk nak kawin?"
"Nanti klu dah tua baru kawin, susah dpt anak"
"Ape ciri2 suami yg awk impikan?"
.........

Adoiai...begitulah soklan2 drpd kwn2 bila topic kawin jd topic perbualan. Aku balas, ringkas..."27 kawin". InsyaAllah.

Seandainya nikah itu mampu membawaku dan keluargaku ke arah yang lebih baik, dekat pada-Nya, dekat pada syurga-Nya. Aku reda. Sesungguhnya Dia lebih tahu ape yg terbaik buat imanku, agamaku, hidupku, matiku, duniaku, akhiratku n natijah urusan hidupku. Aku serahkan urusan jodoh itu kepadaNya.

Perkahwinan yg diimpikan adalah kebahagiaan yg mampu dinikmati bukan shj di dunia tp juga di syurga.

Dan apabila jodoh itu tlh sampai, dan pada masa yg sesuai. Mengapa tidak kita menerimanya. Kita tidak sempurna, yakin juga bhw pasangan tidak sempurna. Tp kesempurnaan itu dpt dibina melalui perkongsian, toleransi, jujur dan cinta.
~farhana

Mastura Mohd Yusuf said...

farhana

insyaAllah, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik... Mari berusaha menjadi baik dan pengakhirannya kita bertawakal kepada Allah..

Moga Allah sentiasa merahmatimu.. :)

Anonymous said...

syabas n tahniah...sy xkenal siapa enti tp sejak kali pertama bace blog enti, sy simpulkan yg enti seorg yg luar biasa. Truskan menulis.
sedang menanti entri enti seterusnya :)
~farhana

Mastura Mohd Yusuf said...

Subhanallah.. Tidak ada yang luar biasa pada ana. Ana sama macam enti, manusia biasa yang masih banyak perlu ditingkatkan...

Selamat membaca dan semoga beroleh manfaat:)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .