Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, October 5, 2010

Ajari Aku Sahabat...


Bangkitlah Wahai Pemuda!

Sahabat..
Ku lihat di birai matamu,
Ada lagi titisan jernih,
Kau menahannya,
Tapi ia jatuh jua...

Setitik demi setitik,
Merobek-robek hatiku,
Sahabat! Mulianya jiwamu,
Engkau masih berteleku di situ,
Bermunajat dengan penuh cinta,
Menyentuh hatiku yang kian alpa...

Duhai Sahabat,
Ajari aku erti sabar,
Ajari aku erti ikhlas dan redha,
Agar aku mampu menjadi sepertimu,
Menitiskan titisan jernih dari kelopak mata hanya untuk yang Hak.

Dalam menghadapi hidup ini,
Banyak sungguh dugaan yang dihadapi,
Hingga terkadang aku tersungkur dan menangis,
Ah, hinanya aku kerana menangis atas sebab duniawi,
Pimpini aku sahabat,
Agar aku bisa menangis hanya kerana Allah Tuhan yang Hakiki...

Ah, terasa sesak dada ini,
Terasa sempit seluruh jiwa,
Lantaran ujian yang datang menyinggah,
Aku tidak mahu menangis lagi sahabat,
Aku hanya mahu menangis tatkala berteleku di atas sejadah nan usang itu..
Aku tidak mahu menangis lagi sahabat,
Kerana dunia tidak layak untuk ditangisi!

Sahabat..
Ajari aku untuk melihat segalanya dengan hati,
Betapa Allah menyayangiku lantas diberinya ujian sebagai penguat jiwa,
Betapa Allah menyayangiku lantas diberinya peluang untuk mendekatiNya,
Benar sahabat,
Ajari aku akan hakikat dunia yang fana,
Juga akhirat yang kekal untuk selamanya.

Ah, indahnya dunia di mataku sahabat,
Tolong ajari aku akan keindahan di akhirat yang berkali ganda indahnya,
Malah ia kekal abadi,

Ah, peritnya ujian itu sahabat,
Ajarilah, tunjukilah dan pimpinlah aku sahabat,
Agar aku bisa benar-benar mengerti,
Ujian itu sungguh amat indah jika aku bawa Allah bersama........

2 comments:

Senyumlah Selapangnya said...

Salam..

Ajari diri ini jua ya mas. Manusia itu tidak lepas dari ujian, dari iman yg senantiasa bermusim.

Salam sayang.Moga kita satu hati, satu matlamat ya'ni redha ALLAH, sampai syurga,biiznillah.Aamin

Mastura MY said...

Wslm wbt..

insyaAllah, moga kita sama-sama dapat saling mengingati.

Ameen, syukran atas doanya...

salam sayang kerana Allah semata..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .