Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, June 22, 2011

Putus


"Akak" Adik yang tinggal serumah dengan saya masuk ke bilik dengan berwajah serius.

Saya mengangkat kening. "Kenapa?" Pelik sungguh saya, jarang-jarang melihat dia berwajah serius.

"Macam mana nak cakap dengan orang yang dah putus?" Dia menyambung kata.

Saya menghela nafas. Menyingkap soal hati dan perasaan sememangnya tidak semudah ABC atau Alif Ba Ta yang kita pelajari dulu.

Nasihat

"Dia menangis ke?"

"Tak. Tapi dia sedihlah."

Saya diam, berfikir sejenak. "Duduklah dengan dia, borak-borak macam biasa."

"Borak-borak je? lagi?" Dia semakin berminat.

"Buat perkara yang dia biasa lakukan dengan pasangan dia"

"Ha? Eeeee." Wajah adik itu berubah, seperti kegelian. "Macam mana tu?"

"Contoh macam dia selalu mesej dengan pasangan dia, mesejla selalu dengan dia sekarang ni supaya dia tak sunyi."

Sungguh, hakikatnya merawat hati yang luka bukan semudah kita meletak iodin di permukaan kulit yang berdarah. Tidak juga semudah membalut bandage di kaki yang terseliuh.

Orang kata luka di tangan nampak, luka di hati siapa yang tahu...

Berbicara mengenai hati dan perasaan adalah sesuatu yang amat sukar. Apabila hati dah berkenan, segalanya menjadi indah. Kamu katalah buruk banyak mana pun, yang indah juga terlihat dek pandangan mata.

Maka, jika ada sahabat yang berdarah hatinya atau terlalu leka dengan dunia, hampiri dia, jangan biar dia kesunyian.

Ada orang kata, hakikatnya seseorang itu apabila telah terputus kasih, akan bersedih dan merindui, bukan rindukan pasangannya, tetapi rindukan rutin yang biasa dilakukannya.

Sebagai saudara seIslam, sahabat, teman yang berukhwah kerana Allah, bantulah sahabat anda untuk bangkit, bantulah dia mencari cahaya yang sebenar. Jangan biar dia terus terkapai-kapai mencari arah dan tutuplah keaiban sahabat anda, jika Allah tidak membuka aibnya pada khalayak, apa pula hak kita untuk membuka, atau mengkorek-korek keaibannya sehingga terselah semuanya?

Doakan dia. Itu yang terbaik.

Jadilah ibarat batu-bata yang saling menguatkan antara satu dengan yang lain :)

Pengajaran


Berbuih-buih mulut saya berceloteh.

Adik itu tersenyum sedikit. Saya mengangkat kening tanda 'kenapa'.

"Kak Mas, dia putus selipar." Katanya diiringi gelak ketawa.

Allah... Suka benar dia dapat mengenakan saya. Dialah tempat saya berlawan mulut, berceloteh itu ini. Dialah racun dialah penawar. :)

Jadi pengajarannya, jika dengar soalan, tanya betul-betul sehingga jelas ya :)

Dan ingatlah;

“Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya, tidak menzhalimi atau mencelakakannya. Barangsiapa membantu keinginan sudaranya sesama Muslim dengan menghilangkan satu kesusahan darinya, nescaya Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan di hari kiamat. Dan barangsiapa menutupi aib seorang Muslim, nescaya Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.” (HR Bukhari)


Wallahu'alam


6 comments:

[nurfarahsyakirah] said...

Assalamualaikum,

haha. ana pun gelak sorang2. punya la serius mula2 tadi, sekali "putus selipar..." hehe.

Apa khabar enti? :)

Mastura Mohd Yusuf said...

Waalaikumussalam,

itulah, ana nak gelak ke nak geram ke tak tahulah ^.^

Subhanallah, rindu sungguh kat enti, ana alhamdulillah Allah masih beri hidup sampai hari ni.

Enti sihat? apa khabar iman?

tqaroslan said...

hehe.. ingatkan putus jari..
al maklum le, kat surat kabau sekarang semuanya pasal putus jari..
rupenye putus cinta...
bile da smpai bawah, putus selipar rupenya.. :)

Mastura Mohd Yusuf said...

:) itulah penat sy bercakap, fikir lagi nak bagi nasihat apa, rupanya putus selipar.

ish3, memang nak kena adik tu kan ;) nantilah sy buat dia masak sup :p

ummuainries said...

suspen je...

Mastura Mohd Yusuf said...

ummuainries: boleh buat drama tak? :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .