Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, December 8, 2011

Demi Masa!


Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Anda pernah tidak rasa mengejar sesuatu yang sangat penting, sedang dalam kepala masih lagi terbayang-bayang pelbagai kerja yang harus dilakukan, dan akhirnya apabila anda ada waktu untuk sesuatu yang penting itu, waktu itu hanyalah pada lewat malam tatkala badan telah pun letih lantaran asyik bekerja.

jika pernah, mari kita memanjatkan kesyukuran kepada Yang Esa, kerana hakikatnya kita serupa! :)

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian
kawan-kawan yang disayangi
adik-adik

Ah saya kehilangan kata. Agak lama juga blog ini terbiar, kerana saya malas ada tanggungjawab lain yang perlu diurus.Maafkan saya. Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian, jangan mengeluh jika badan anda lesu dan penat kerana banyak kerja, tetapi risaulah jika anda terlalu bersenang-lenang tiada kerja.

Kenapa?

Badan yang letih lesu itu petanda Allah sayang kalian, diberinya kerja yang banyak sehingga tiada waktu terluang untuk membuat kerja yang tidak berfaedah.

Ada orang kata, kita sudah tidak ada masa untuk buang masa.

Ada pula orang yang hebat English berkata ; time waits for no one.

Berbicara perihal masa tidak akan habis kerana masa hakikatnya adalah sebahagian dari diri kita.

ya, diri saya. anda. kamu. kita semua.

24 jam Allah beri..bagaimana kita menggunakannya terserah kepada kita. Jika buruk masa yang diisi, maka buruklah keputusannya. Ramai yang mengeluh, ah masa aku tidak cukup!

Sahabat semua... siapakah orang paling sibuk sekali dalam dunia namun masih lagi tenang dan macho?

Siapa? Obama? Bill Gates? Pengetua sekolah anda? Perdana Menteri?

Jika itu jawapan anda, marilah kita sama-sama buka buku sirah kembali kerana hakikatnya mungkin anda terlupa sesuatu yang amaaattt penting sekali.

Rasulullah lah orang yang paling sibuk. Baginda mengabdikan diri kepada Allah ketika hening pagi, dan sibuk berdakwah di siang hari. Baginda adalah ketua negara, ketua keluarga, pembimbing, serta sahabat kepada sahabat-sahabat yang lain.

Baginda ada 24 jam juga sama seperti kita, tapi baginda tetap tenang..malah tidak ada waktu untuk berfikir mengenai dirinya sendiri!

Hebat tak?

Ya.. benar sahabat, wanita yang paling cantik bukanlah wanita yang asyik dengan wangi-wangian, atau berpakaian mahal..tetapi wanita yang paling cantik adalah wanita yang memiliki hati yang hebat, tenang dalam kesukaran dan tersenyum dalam kepayahan.

Dan lelaki yang paling macho bukanlah lelaki yang mempunyai 6 packs, bukan jua yang menghembus asap rokok sehingga membuat orang sekeliling terbatuk-batuk. Bukan. Tetapi lelaki yang paling macho adalah lelaki yang menangis di sepertiga malam terakhirNya, dan bangkit keesokan hari seperti seekor singa melebarkan sayap dakwah.

Dan ingatlah!


Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al-Asr : 1-3)

Hargailah masa, tuntut ilmu sebaiknya. umat islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam :)

wallahu'alam

p/s: doakan saya sahabat, moga Allah redha kepada diri yang hina ini..

5 comments:

Anonymous said...

Assalamaualaikum...

saya setuju,,bila belajar atau bekerja(sayalah tu..) terasa sibuk sekali,,dn bila dh habis waktu kerja,,,perlukan rehat sehingga terlupa amanah kita pada Sang Pencipta....Astagfirullah...

Moga Allah x lupakan hambanya yg lemah ini...

mcm lirik lagu,,tapi di mana ya...huhu :-)

-kodama-

Mastura Mohd Yusuf said...

waalaikumussalam.

moga Allah merahmati pekerjaan yang jika dibuat hanya kerana Allah merupakan ibadah juga... moga Allah kasih dan redha selalu.

lirik lagu? yang bawah tu ya, itu memang lirik lagu tema HPA. wallahu'alam.

chik fetti said...

assalam kak,

mcm mn pla kalo kt buat sesuatu utk dptkn phatian org? blh akak bg nasihat skit...sy th kt bt sesuatu Lillahitaala, kerana Allah tp hasutan syaitan 2 lbh kuat utk mdorong diri kpd rs begitu.

Mastura Mohd Yusuf said...

waalaikumussalam wahai bakal bidadari syurgaNya :)

Alhamdulillah, mari kita sama-sama baca berkenaan satu hadith ni :

Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya “Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab “Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu.” Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.


Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya “Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata “Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman “Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu.” Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.


Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya “Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab “Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana. Allah SWT berfirman “Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka.” Hadis riwayat Imam Muslim.

Jaga hati memang sukar, tapi proses melawan nafsu tu insyaAllah Allah ambil kira... lazimkanlah istighfar, itu salah satu ubat bagi hati.. :)

Moga Allah redha dan kasih selalu..

wallahu'alam

chik fetti said...

mekasih kak...sy akan terus berusaha utk ke rah y lebih baik..alhamdullillah, sy dpt housemate y sntiasa saling ingt mengingatkan...walawpun dlm pkara y kecil..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .