Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, December 10, 2011

Duhai Anak!

Adam sayang Zikri kerana Allah, nanti kita besar jadi lelaki yang membela Agama dan menjaga wanita ya?

"Allahu Akbar, Allahu Akbar" Merdu suara si Ayah mengazankan bayi lelaki. Merdu juga suaranya mengiqamatkan bayi perempuan.

Ibu tersenyum senang. Di birai matanya ada titis jernih. Bukan kerana sakit melahirkan, tetapi bahagia yang menerpa relung hati. Ah anak ini.. Moga menjadi pembela Agama, moga kelak dikau membesar menjadi penegak kalimah Lailahailallah.

Ayah senyum gembira. Melihat wajah ibu yang keletihan tapi masih cuba tersenyum. Gelora hati ayah hanya Allah yang tahu. Ah anak ini... Moga kelak membesar menjadi orang yang dicinta Tuhan, hebat dalam Agama, mengalir zikir di bibirmu... Biar ayah dan ibu tidak mahir dalam Agama, tapi duhai anak... moga kelak engkau membimbing kami, bersama menuju syurgawi..

Dan anak itu pun membesar. Melihat dunia yang fana. Terpesona dengan keasyikan dunia yang sementara. Nasihat ibu ditolak ke tepi, peringatan ayah tidak diambil peduli.

Ah anak itu! Andai dia tahu betapa sukarnya ibu melahirkan, betapa payahnya ayah bekerja mencari sesuap rezeki.. Jika dia tahu bagaimana mata ibu lebam berjaga malam tatkala dirinya sakit dahulu. Betapa ayah gusar walau riak wajahnya tidak menunjukkan kegusaran...

Anak itu terus berjalan. Baginya,kawan adalah keluarga. Lelaki yang dikenali sekejap cuma disayangi sepenuh hati, melupakan ibu dan ayah yang menyayanginya bertahun lamanya. Memberi sebuah cinta tanpa syarat.

Dan...

"Allahu Akbar, Allahu Akbar" Kalimah yang sama terdengar beralun. Dari mulut seorang lelaki buat si kecil yang lahir dari rahim si anak yang sudah meningkat remaja.

Jika dahulu si ayah yang mengiqamahkannya, tapi kali ini kedengaran azan itu beralun merdu, tapi bukan dari mulut seorang lelaki bergelar ayah. Entah atas ehsan siapa bayi itu diazankan. Tiada wajah ayah yang gembira dalam gelora. Dan ibu si bayi hanya menangis, bukan menangis gembira malah kesedihan yang menerpa.

Untung kelahirannya di hospital, ada yang mahu mengazankan. Jika kelahirannya di semak samun, entah perkataan pertama apa yang menerjah gegendang telinga bayi kecil yang tidak berdosa.

Teman lelaki yang disayangi sepenuh hati menghilang entah ke mana. Si anak yang meningkat remaja mula merintih. Ini tuaian cinta kita, sekarang di mana cinta lelaki itu menghilang? Tangisnya sedih. Namun takdir ini dia yang memilih... Jangan sesekali menuding jari pada Tuhan, jangan sesekali menyalahkan Rasul yang mungkin sekarang sedang menangis.

Dari kejauhan... ibu dan ayah si anak itu berjalan longlai. Ibu dan ayah inilah yang diketepikan. Ibu dan ayah ini jualah yang hadir melawat kerana cintanya tanpa syarat!

Hati si ibu hancur berkecai.. Sehancur harapan yang ditanamnya dahulu.
Jiwa si ayah tercalar... Secalar impian yang diangankannya dahulu.

Ah anak... Sukarkah dikau mengerti?

Membesarlah..dan sebarkan cinta-Nya

"Anak akak tak sihat..kesian dia, tak boleh tidur malam." Suara wanita yang duduk semeja dengan saya di restoran itu seolah menggamit ingatan. Wajahnya lesu tapi masih tersenyum.

"Adik sihat ya, petang karang ibu nak masuk kerja semula." Ujarnya lagi sambil mengusap-usap kepala si kecil di sebelah. Anak itu diam, entah mengerti entah tidak. Tapi si ibu masih tabah.

Ah, hati saya hancur menyaksikannya. Moga dikau kelak membesar menjadi manusia hebat untuk Agama. Jangan terpengaruh dengan dunia yang sementara. Moga usapan lembut ibumu itu kekal di ingatan...hingga ke akhirnya.

Dan hati saya masih terus berdarah...

Duhai wanita. Duhai wanita. Duhai wanita... Mari jadi kuntuman mawar yang mekar mewangi, cantik dipandang sukar digapai.

Hanya kumbang yang benar-benar layak sahaja bisa menghampiri, menjadi penawar bagi duri yang memagari diri...

Wallahu'alam.


1 comment:

chik fetti said...

Ya Allah, izinkn sahabatku dan diriku mnjadi sekumtun bunga y dihiasaidgn kelopak akhlak mulia, harum wanginya dgn ilmu agama, cantinya kerna iman+takwa...namun, keindahan zahirnya disimpan rapi, biar mjadi rahsia y kekal abadi. bukan perhatian mata ajnabi y mnjadi punca fitnah hati dr lelaki bjiwa sepi. wajahnya mngundang dosa, timbulkan duri y memagari diri agr tpelihara dr noda duniawi y mhilangkan harum sjati utk Kau calonkan diri kami sbg bidadari syurgaMu y abadi...amin..

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .