Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, December 28, 2011

Sebelum Air Mata Itu Gugur...

Sahabat...
Sebelum kamu menangis kerana seorang manusia,
Sebelum kamu bersedih kerana seorang insan,
Tahan air matamu dari gugur!

Marilah bersamaku,
Mari kita fikirkan sejenak...

Pada satu hakikat yang kita selalu terlupa,
Selain Allah,
Rasulullah adalah yang paling mencintai kita umatnya..

Tapi berbalaskah cinta baginda?
Adakah kita juga mencintai baginda,
Hingga tidak tegar kita menyakiti baginda..

Atau sewenangnya kita berbuat dosa,
Dan di sana...
Baginda sedang menangis hiba,
Bukan kerana baginda bersedih kita mengingkarinya,
Tetapi baginda menangis kerana memikirkan,
Apakah azab yang bakal kita terima..

Duhai sahabatku yang dicintai...
Sebelum gugur air matamu itu kerana dugaan yang sedikit cuma,
Terbayangkah kita pada cercaan,hinaan dan makian yang baginda terima,
Tidak menitis air mata baginda kerana ujian itu,
Tetapi baginda menangis kerana risaukan kita umatnya...

Duhai sahabatku yang dicintai...
Ingatkanku andai terleka,
Tolong,
Tolong kejutkanku yang kian alpa,
Katakan padaku..

Wahai sahabat!
Sudahkah engkau mencintai Allah dan RasulNya?

p/s: Sahabat, doakan saya..Moga-moga Allah terima saya yang hina,moga-moga Rasulullah kelak mampu berbangga dengan umatnya...


2 comments:

sea_lavender said...

sebak tatkala m'baca entry.. rse terlalu lemah,kerdil dan khilaf disisi-Nya..malu dan takut pd-Nya.. terlalu meminta namun amalan tidk seberapa..Insya-Allah dalam usaha sntiasa dkt cinta pd Pemilik kita dan bginda pesuruh Allah...

Mastura MY said...

Jom sama-sama saling mengingati dan bersama-sama menuju ke syurgaNya yang kekal abadi <3

moga Allah redha dan cinta selalu :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .