Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, March 26, 2012

Jangan Menyalahkan Takdir

Sumber : Pakcik Google.

Terkadang,
Angin yang lembut itu bisa berubah kencang,
Dan manusia yang sedang ketawa itu,
Terus menangis gundah....


"hahahaha" Satu hari, Adam seronok bergelak ketawa, sambil kaki berjalan mengundur.

Gedebuk!

Seperti nangka sahaja jatuhnya, semua yang ada terkejut.

Adam kembali bangun, menggosok-gosok punggungnya, "HAHA. tak sakit tak sakit." Katanya selamba.

Ah anak kecil ini...


Dahulu Kita Juga Sepertinya

Sahabat,

Dahulu.. Sewaktu kita kecil kita juga kuat. Banyak kali kita terjatuh ketika cuba hendak berjalan, tapi akhirnya kita bangkit kembali. Banyak kali kita 'dikecewakan' kerana tidak dapat menjamah semua makanan, tapi selepas itu kita ketawa kembali. Banyak kali kita bergaduh dengan teman sebaya, tapi selepas itu kita kembali bersapa dan berbual mesra.

Tapi.. Semakin kita menginjak dewasa, kekuatan itu semakin hilang.

Waktu ditimpa dugaan, kita asyik bersedih.
Waktu disapa ujian, kita asyik merungut.

Kita asyik menuding jari kepada Allah, sedang Allah telah pun memujuk kita dengan ayat-ayat cintaNya :

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah : 5-6)


Terkadang ada manusia yang jadi malas beribadat, tidak lagi percaya kepada Allah... Sedang Allah setia menunggu, rintihan dan doa dari hamba yang amat dirinduiNya..

Sahabat,

Dahulu... seorang sahabat Nabi, ketika ujian tidak ditimpakan kepadanya, dia berasa gundah dan sedih, soalan yang sama diulang-ulang : Apakah Allah telah lupa kepadaku?

Sekarang sahabat,

Allah menguji..tidaklah sehebat ujian yang ditimpakan kepada ummat terdahulu.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Zainab puteri Rasulullah... yang terpaksa memilih antara suami yang masih jahiliyyah atau ayah tercinta.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Sumayyah... yang seisi keluarganya dibunuh di hadapan mata.

Kita tidak ditimpakan ujian sehebat Bilal bin Rabah... dijemur, diseksa, dihempap batu...

Ah, sahabat...

Allah sungguh kasih kepada kita.... Tapi berbalaskah kasih itu?

Jangan Menyalahkan Takdir

Ada orang... yang usahanya sedikit, dan bila datang sesuatu yang tidak memuaskan, dia berkata : Ini adalah takdir.

Sahabat,

Kata-kata begitu hakikatnya seolah-olah kita menyalahkan takdir. Sesuatu yang belum berlaku tidak dinamakan takdir, bahkan kita masih ada peluang untuk mengubahnya.

Jika semuanya mahu bergantung kepada takdir, maka orang jahat tidak akan berubah menjadi baik kerana takdirnya sudah jahat.

orang miskin tidak perlu berusaha mencari duit, kerana takdirnya sudah miskin.

Pelajar corot tidak perlu belajar kerana takdirnya sudah corot.

Begitukah?

Mari kita baca satu cerita :

Ketika wabak penyakit berlaku di Syam, Umar Al-Khattab telah bermesyuarat dan mengambil keputusan untuk tidak memasuki Syam.

Ada yang bertanya : Adakah engkau melarikan diri daripada Qadar Allah wahai Amirul Mukminin?

Beliau menjawab : ya, kita lari daripada Qadar Allah kepada Qadar Allah. Apa pendapat kamu jika kamu berada di atas dua jenis tanah iaitu yang subur dan kering. Bukankah jika kamu usahakan yang subur, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah dan jika kamu ushakan yang kering, kamu mengusahakannya dengan Qadar Allah juga?

Nak dengar cerita lagi?

Suatu ketika, seorang lelaki telah kalah dalam satu perbahasan dan berkata "Allah telah menentukan bahagianku."

Nabi SAW memarahinya kerana berkata demikian.Lahiriahnya kata-kata itu menggambarkan iman tetapi hakikatnya menampakkan kelemahan.

Sabda baginda:

"Allah membenci orang yang lemah, tetapi apabila tewas dalam suatu urusan kamu berkata: Bahagianku telah ditentukan oleh Allah."

Berusaha dan berusahalah dengan bersungguh, pilihlah takdir yang kita mahu... sehingga di pengakhiran usaha, ada sesuatu yang kita dapat setelah berusaha, barulah berkata : inilah yang telah ditentukan Allah buatku.

Tanya pada diri, apa usaha kita, dan jangan asyik berkata... "Ala..dah takdir..."

Jadilah kuat. Islam itu hebat, maka mari jadi hebat untuk Islam.

Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. (Ar-Ra'd :11)


Berimanlah kepada Qada' dan Qadar Allah ; berusaha dengan apa yang kamu termampu dan berserah dengan kekuasaan Allah. Bekerjalah tanpa putus asa.

Jernihkan fikrah kita... Islam itu amaaaatttt Indah.

Berusaha!

Fighting!

^^

Tatkala hujan yang lebat itu telah pergi,
Pelangi memuncul diri,
Dan manusia...
Terus merungut mengenangkan hujan yang telah pun berlalu.....





2 comments:

lebah Jakarta said...

Buzzz Buzzz Buzzz
lam kenal

Takdir Bagus = Kemampuan Bersabar + Kemampuan Bersyukur, hehe kalo nda salah

Salam Madu Juga Sengat

Mastura MY said...

salam kenal dari Malaysia.

Moga Allah memberkati kamu..

iya jawapannya bagus bangat cumanya ada sesuatu yang tertinggal dong :)

gini ya.. takdir bagus = kemampuan berusaha + kemampuan bersabar + kemampuan bersyukur.

pas total^^

:)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .