Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, January 15, 2013

Ada Apa Dengan JB?


Assalamualaikum.

fuh fuh, tiup habuk kat blog. eh sarang labah-labah pun ada, blog siapalah ni -.-" Maaf sangat dah lama tak update blog, saya sekarang di semester akhir pengajian, jadi agak sibuk sikit. Masa dah tak berapa sibuk, broadband pula habis quota. nak buka satu page boleh pergi tandas dulu, buat air, sidai kain, patah balik ke bilik... eh belum buka lagi?

jadi harap boleh terima alasan saya ni T_T

Hari ni saya nak cerita benda biasa-biasa je, yang selalu saya kena, yang selalu orang tanya "JB? Bandar sosial tu? awak duduk kat sana?"

Hm...

Ada apa ye dengan JB?

JB? KB?

"Assalamualaikum, nama saya mastura binti mohd yusuf dari JB."Bosan, cliche, tapi itulah ayat yang saya perlu ulang setiap kali bermulanya kelas baru dan pensyarah baru.

dan jawapan yang selalu saya terima :

"Ooo..KB."

"Ooo..KB area mana?"

-.-"

"JB, saya dari JB, Johor Bahru." Dan kebanyakkannya akan tercengang-cengang. Mulanya saya pelik, hinggalah akhirnya kawan saya beritahu, "Mas, masa mula-mula nampak mas kita tak percaya mas orang JB, sebab JB kan bandar, macam susah nak jumpa orang pakai tudung labuh."

Bingo. satu jawapan merungkai persoalan. Thank you Allah.

Ada Apa dengan JB?

Dari kecil saya membesar di JB, betapa buruk pun orang kata JB tu, satu fakta yang tak dapat diubah ialah saya lahir di sini, membesar di sini, sakit di sini, jatuh bangun semua di sini.

Pendek kata, dalam besarnya JB ini, ia terselit kisah suka duka seorang insan kerdil ini, terselit kisah pedoman yang membangkitkan semangat untuk terus hidup dan berjalan.

Ya, kerana saya lahir di sini, saya belajar pelbagai perkara...

Memang benar, sukar nak lihat orang yang benar-benar menutup aurat di sini, maka saya belajar menundukkan pandangan, dan saya belajar bagaimana untuk tidak menghukum.

Saya mengenali ramai manusia yang kelihatannya 'biasa-biasa' tapi benarlah setiap manusia mempunyai satu fitrah yang sukakan kepada kebaikan, maka saya dapat belajar sesuatu...sejahat mana pun manusia, pasti akan ada satu sifat baik dalam dirinya, cuma kita yang tinggal memilih, mahu melihat kebaikannya atau terus mengecam kejahatannya.

Dan saya berjalan lagi....

Pusat hiburan di sana-sini, saya jadi penasaran, hingga saya sudah biasa tidak keluar dari rumah melainkan atas urusan penting.

Saya jadi berfikir... bagaimana hiburan di dalam Islam? Bagaimana untuk ubah semua ni? Tanpa ilmu, ungkapan yang dituturkan kita samalah seperti mengetuk tin kosong, tak ada siapa nak dengar, bunyinya bingit dan tiada isi di dalam tin.

dan kerana itu, saya terus berjalan dan berjalan untuk mengutip ilmu Allah, saya ingin membangunkan Islam di negeri saya sendiri...

Hakikatnya,antara sedar dan tidak, di bandar ini banyak mengajar saya erti sebuah kehidupan.....

Bersyukur

"Ala boringnya dok kat sini, kenapalah mak bapak aku tak pindah tempat lain." Acapkali saya mendengar rintihan demi rintihan yang lahir dari mulut manusia.

Saya tersenyum. manusia.. begitulah perilakunya. jarang bersyukur dan gemar merintih. Kita sering terlupa, di mana pun kita diletakkan, itulah pilihan Allah buat kita...

Belajarlah melihat titik putih dalam kawasan hitam yang gelap gelita. Belajarlah melihat titik putih walau dalam hati hitam musuhmu...

Kerana, andai kita bisa melihat titik putih itu, kita akan tahu, tak semua orang jahat itu jahat. tak semua yang kita rasa buruk itu, buruk.

Bukankah saya dah cerita tentang bekas seorang bonzer kelab malam yang menjaga kami dengan penuh berwibawa semasa ekspedisi dakwah malam tahun baru tempoh hari?

Nah, mari kita baca apa kata Allah pula :


....boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (Al-Baqarah : 216)

Wallahu'alam :)

6 comments:

依之汉 said...

saya termengkalan kala membaca ini. Rupanya JB dipandang 'hiburan' buat orang. Saya ingatkan KL sudah begitu.

Nampaknya jauh lagi perlu saya merantau melihat akhlak manusia.

nay. said...

jumpa & kenal dgn manusia yang pelbagai watak dan kehidupan buat kita lebih memahami mereka. dan terus tidak asyik menunding jari atau memandang negative InsyaAllah..saya pun budak jb gak :)

syauqahwardah1209 said...

Alhamdulillah.. syukran atas perkongsian.. :)

ramai juga org JB yang saya kenali mantap tarbiyyahnya, soleh, solehah insyaAllah.. :)

mastura said...

kepada pengkomen pertama(maaf tak pandai tulis bahasa cina) :')

jb dan kl seperti adik beradik, mungkin saya boleh ibaratkannya begitu. tapi setiap negeri atau tempat itu ada ibrah yang boleh diambil. mudah-mudahan.

nor atikah : jb area mana tu? boleh kita berbulatan cinta <3

syauqahwardah : jb atau johor ye kawan syauqah tu? kalau di bandaraya jb, boleh jumpa buat bulatan cinta juga ;)

nur atikah yusof said...

majidee..InsyaAllah..lg2 wktu cuti sem mcm ni.mcari juga shbt2 sekitar jb yg bminat prog2 yg ber'isi'. :)

Mastura MY said...

majidee? alhamdulillah.. dekat dah tu.. insyaAllah ada rezeki kita berbulatan ya.. ramai tak kawan yang berhajat?

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .