Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, February 18, 2016

Time will tell


Buat yang terasa dunia telah musnah hanya kerana hatinya telah hancur segala --

Cuba kau tarik nafas, lihat ke luar;

Burung-burung masih berkicau,
Bas-bas masih berjalan,
Teksi masih mengambil penumpang,
Kedai masih dibuka, 
Orang masih bekerja.

Lalu di mana musnahnya dunia? Tiada. Yang musnah cuma ilusi di kotak fikiranmu sendiri. Siapa yang peduli? Malah musuhmu bertepuk tangan bersorak melihat kau jatuh dari berdiri.

Hapuskan segala ilusi yang kau cipta sendiri. Jangan dilayan segala remuk di dada. Menangis? Menangislah cuma di tikar sejadah. 

Kerana, dalam setiap yang kau jumpa -- cuma Allah yang paling tetap memahami semuanya. Meski tak mampu kau luah segala kata, yang mengalir cuma air mata, jangan gusar--

Boleh jadi, air mata itu juga adalah rantaian doa yang sampai pada Yang Esa.

Teruslah berjalan, cinta. 
Mana tahu di persimpangan kau temukan jalan yang tak pernah kau sangkakan,
Tidakkah kau belajar dari pelangi yang munculnya cuma setelah hujan membasahi bumi?

Dunia ini memang tempat kau bersakit segala, 
Jika tidak -- kau takkan merindui indahnya syurga.

My heart is at ease knowing that what is meant for me will never miss me, and what misses me was never meant for me - imam as syafie

Stay strong! 

Salam cinta :)

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .