Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Tuesday, March 29, 2016

Bear a little more!


Saya tak pernah tahu wujudnya satu ayat yang paling menyedihkan dalam dunia, sehinggalah suatu hari saya berjumpa seseorang yang kerap menangis, lalu saya bertanya,

"Kenapa awak selalu sedih? Awak tak gembira ke dengan apa yang awak ada sekarang?"

Lalu jawabnya ringkas, "I was once a happy person." 

Hati saya tiba-tiba hiba, tatkala itulah saya sedar itulah ayat yang paling sedih dalam dunia -- sekurang-kurangnya bagi saya. 

I was once a happy person. Dahulu dia adalah seorang yang terlihat ceria. Dahulu dia adalah seorang yang suka ketawa. Dahulu dia adalah seorang yang pandai menyembunyikan rasa. Hinggalah tiba ke satu tahap -- dia sudah tidak mampu, lalu air mata yang dahulunya ditahan-tahan jatuh berguguran.

"Kenapa sekarang tak happy?" saya melanjutkan pertanyaan.

"Sebab saya penat… Saya nak jadi baik, tapi saya dah tak larat. Saya rasa nak berhenti."

Saya senyum, "Awak pernah pergi R&R?"

"Pernah. Kenapa?" 

"Bila kita penat driving, kita berhenti sekejap sebelum teruskan perjalanan. Macam tu lah juga kehidupan kita di dunia ni, bila kita penat, kita berhenti rehat, lupakan segala apa yang buat kita penat, tinggalkan sebentar, bila kita dah recharge.. Hah, barulah best kita teruskan perjalanan, risiko nak accident pun kurang." 

Dia tersengih sedikit. Lega melihat wajahnya sedikit demi sedikit beransur ceria, "Awak nampak kuat, awak tak ada masalah ke? Macam mana awak deal dengan semua masalah awak?"

"Saya sekadar sedar yang saya cuma manusia biasa."

"Apa maksud awak?" Keningnya berkerut, hampir bercantum kedua-duanya.

"Saya menangis bila saya mahu menangis. Saya meluahkan bila saya perlu meluahkan. Saya minta nasihat bila saya kehilangan. Menjadi manusia, tidak melawan fitrah tidak pula menjadi fitnah."

Dia menarik nafas dalam.

Ironinya, ramai orang menyangka menjadi kuat itu adalah tidak menangis bila dugaan datang menerpa, atau menyimpan segala masalah di jiwa, hingga akhirnya ia menghancurkan diri sendiri.

Tidak. Menjadi kuat itu adalah -- tak kisahlah kau mahu menangis, meluahkan, bercerita, atau apa sekali pun, namun tiap kali kau hancur, kau mampu kutip segala cebisan itu, cantum dan bangkit semula. 

Itulah kekuatan. Jangan malu dengan segala kelukaan, kecelaan atau apa pun -- Bukankah parut berdarah itu adalah petanda kita manusia bernyawa?

"Entahlah, saya dah penat. Nak melangkah pun takut." 

Kali ini saya menarik nafas dalam, lalu perlahan saya katakan, "Sometimes the smallest step in the right direction ends up being the biggest step of your life. Tip toe if you must, but please take the step."

Saya tinggalkan dia sendiri. Merenung kembali apa yang dikatakannya tadi.

I was once a happy person -- Tiada apa yang kekal di dunia ini. Kegembiraan yang kita hadapi pastinya tidak kekal, dan begitulah pula dengan kesedihan. Moga sahaja ayat itu kelak bertukar kepada --

I was once a gloomy person.

Sabarlah, sikit je lagi. 

Nanti kita happy-happy kat syurga, okay?

Salam cinta :) 

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .