Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, May 11, 2016

Vaksin : antara realiti dan fantasi


Selalu, kalau teman abah pergi check up saya suka jalan-jalan perhatikan sekeliling. Boring.

Satu hari tu, ada sorang kakak marah-marah pada sorang nurse.

"Saya taknak anak saya divaksinkan! Awak tahu ke kandungan vaksin tu apa?"

"Saya tak tahu puan"

"Ha! Awak pun tak tahu suka-suka je nak inject anak saya!"

Berkerut mata saya. Tak, bukan sebab akak tu marah kuat-kuat. Tapi saya pelik sejak bila nurse jadi pakar vaksin sampai tahu semua kandungan dalam vaksin tu? 

Pertanyaannya samalah macam kereta rosak tapi tanya kat seorang tukang paip. Kelakar kan? So saya bacalah sikit-sikit pasal vaksin, yang negatif dan positif, kenapa nak kena vaksin, tapi tak faham sebab banyak sangat terms susah untuk seorang layman seperti saya. 

Lalu saya rujuk doktor. Thanks doc busy pun layan saya. Doktor kata ada anak-anak yang MEMANG tak boleh divaksinkan atas faktor-faktor tertentu, jadi anak-anak yang divaksin mampu membantu anak-anak yang tidak boleh divaksinkan ini daripada dijangkiti penyakit merbahaya.

Mana tahu anak-anak itu berkongsi udara, tempat duduk atau permainan dengan anak yang dijangkiti penyakit merbahaya lalu dia juga dijangkiti sedangkan kesalahannya cumalah dirinya memang tidak boleh divaksin. 

Yelah, memang habbatussauda, madu, kurma, minyak zaitun tu bagus. Tapi Islam tak pernah mengabaikan ubat-ubatan lainnya. Saidina Ali juga kata didiklah anak mengikut zamannya. Kalau lah Islam abaikan semua kaedah moden, tidak perlulah ibnu sina bersusah payah menjadi tokoh perubatan Islam dan kaji macam-macam. Bukankah Al-Razi yang memberikan perbezaan antara penyakit cacar air dan campak, dan terdapat sesuatu agen yang menyebabkan jangkitan penyakit lalu menyatakan sesiapa yang pernah terkena penyakit cacar air tidak akan terkena lagi? Bukankah itu konsep vaksinisasi?

Ada orang kata Nabi dulu takde vaksin pun, lalu saya kata zaman Nabi dulu mungkin tak ada TB, H1N1 dan juga rubella? 

Soal halal haramnya, rujuklah apa kata jumhur ulama' berdasarkan dalil-dalil dan nas nas yang sohih. Bukan berdasarkan logik akal kita semata. Ada cabang-cabang yang kita tak tahu. Ada hukum maslahah mursalah yang mungkin kita tidak peka. Rujuklah pada yang ahli. 

Saya baca kebangkitan anti vaksin di luar negara, tiada yang mempergunakan sentimen Agama. Tetapi di Malaysia, ramai yang mempergunakan sentimen Agama. Walhal mereka tidak sedar pada satu peringatan dari Tuhan dalam surah An -Nahl ayat ke 43 --

Maka bertanyalah kepada orang yang  mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui.

Kata-kata yang pakar ditolak, pakar-pakar google dan kursus pendek diterima pakai. Kemudian mempermainkan sentimen Agama tanpa rasa bersalah di jiwa.

Kata-kata DR Andrew Wakefield tentang keburukan vaksin digunapakai, walhal wakefield ditarik lesen kedoktorannya kerana terbukti dibayar untuk memberi kenyataan buruk tersebut. Lalu pendapat dan risalah ini yang disebar luas membuatkan saya bertambah kecewa.

"Habis, ada je anak orang lepas vaksin jadi autism."

Senyum. Kajian dibuat bertahun-tahun untuk mengeluarkan satu vaksin. Dalam kajian, setiap outcome perlu direkod walaupun signifikannya sangat rendah. Mungkin ada yang lepas vaksin kena autism, mungkin ada yang lepas vaksin tiba-tiba jadi penyokong Manchester United. Semuanya direkod. Tapi tahap relevannya terhadap kajian juga pastinya berbeza.

" saya tak vaksin tapi okay je sihat dan berjaya." 

Dalam sains, testimoni adalah perkara yang tidak diterima pakai. Saya juga boleh kata; "saya anak yang divaksin. Hidup sampai sekarang, bergelar pelajar terbaik kursus ijazah sarjana muda, sekarang sedang menyambung pengajian peringkat sarjana." 

Adakah hipotesis anda tertolak? :) 

"Ini anak saya suka hati sayalah!"

Ya. Suka hati awak kalau anak itu dikurung dalam rumah bersendirian dan tidak bercampur gaul dengan manusia lainnya. Mungkin awak terlupa, dalam Islam kita ada hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia, dan hubungan dengan alam. Kalaulah disebabkan anak awak tidak divaksin lalu menjadi 'carrier' sesuatu wabak penyakit dan menyebarkannya kepada yang lain, tidakkah tercemar hubungan awak dengan manusia lainnya? Sanggupkah kelak dipersoalkan di akhirat sana?

Ingat. Tidak semua orang boleh divaksin. Dan tidak semua bayi sudah sempurna pusingan vaksinisasi mereka.

Kalau kereta rosak, kita tak google sendiri untuk betulkan. Lalu kenapa berkenaan kesihatan diri yang Allah amanahkan kita rela bertanya pada yang bukan ahli? 

"Kenapa mastura tiba-tiba cerita pasal vaksin ni?"

Hehe sebab saya tengok golongan anti vaksin sudah melampau tahapnya menyebarkan dakyah yang bukan-bukan. Kasihan doktor yang kepenatan. 

"Tak takut ke kena kecam?"

Kata ibnu taimiyyah -- if i remained silent, and you remained silent, then who will teach the ignorant?

Jom tunjukkan solidariti kita! Bersama saya, kita cakap --

Hai. Nama saya mastura. Dan saya #sokongvaksin.

Salam cinta :)

2 comments:

Aliaa Noor said...

Kenapa x berupdate mastura?
Dah lama tunggu nak baca artikel yg leh sihatkan jiwa

Mastura Mohd Yusuf said...

Aliaa Noor : sorry saya sekarang banyak update kat facebook page je. Tak tahu nak linkkan macam mana. ;')

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .