Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, October 29, 2009

Masa dan Kita


Hujan yang turun membasahi bumi,
Apakah mungkin hatiku turut membasah,
Atau kering kontang mengharapkan setitis belas?


Sudah lama jari-jemari ini tidak ana larikan di atas papan kekunci laptop kesayangan ana. Sesekali terpandang, terlihat selapis kepingan habuk di atas laptop. Ana hanya memandang hambar, mungkin mencari alasan mengapa dibiarkan laptop ini ditinggalkan sepi. Entah, mungkin sibuk. Relevankah alasan itu buat seorang insan kerdil ini?

Masa terus berlalu, berlari pantas tanpa menunggu kita. Terkadang terfikir, antara berjuta makhluk ciptaanNya yang bergelar manusia ini, berapa peratuskah yang benar-benar menghargai masa?

Masa itu emas. Masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, masa akan memotong kita. Kita sedar semua itu, kita lantang berkata, berhujah itu dan ini.

Persoalannya : Adakah kita menghargai masa?

Beri sedikit ruang untuk hati


Entah mengapa kini terkadang hati terasa penat, terkadang terasa letih, terasa sakit sehingga merasakan tidak ada lagi penawar untuk hati. Mungkin sekarang tidak ada lagi insan yang selalu menegur setiap tingkah ana sehingga ana berasa begitu hampir dengannya... Sehingga terasa malu untuk melakukan maksiat.

Entah mengapa, ana seolah-olah membiarkan diri terus-terusan sibuk dengan urusan dunia, otak ligat mencari alasan atas kesibukan ini dan akhirnya ana terjelepok, menangis, merintih, menyedari bahawa hati ini dahagakan sesuatu. Dahagakan kasih sayangNya.. Allah, aku rindu padaMu....

Tatkala bersendirian, ana terfikir, adakah ana menghargai masa yang diberi sekarang ini? Adakah masa yang diberi digunakan sebaiknya, untuk mencari redhaNya, untuk mencicip secebis kasihNya, dan untuk mencari bekalan di sana kelak?

Memikirkan semua itu, hati ana kembali berkocak.. Allah, siapa aku di sisiMu?....

Masa Yang Terbuang


Perkara yang paling jauh daripada kita adalah masa yang lalu, begitulah pesanan insan tersohor -imam Al Ghazali.

Masa yang banyak dibazirkan, apakah dapat diulang semula?

Entahlah, buntu ana memikirkan semua ini... Peperiksaan pun semakin hampir, moga semuanya baik-baik sahaja...

Moga setiap nikmat yang diberi secara percuma, moga udara yang diberi secara percuma, moga segala yang dipinjamkan secara percuma dapat digunakan sebaiknya, semuanya kerana Allah.




Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman,
Bersinar indah, harum tersebar,
Bagai wanginya pusara Masyitah.


wallahu'alam...

2 comments:

dlahsygakak said...

insyaAllah..jiwamu sekental Sumayyah, kak mas..menjadi wanita solehah itu sebenarnya tidak menjadi idaman semua wanita di dunia ini lantaran mereka kebanyakannya telah hilang arah tuju..k mas, bersyukurlah kerana pada hati kita, Allah masih mengurniakan kesedaran n alarming hint bila hati da jauh dr Tuhan...x dapat dlah nafikan, dlah pun slalu merasai apa yang akak rasakan..dlah pun perlukan sahabat yang mampu memimpin dlah pada kebenaran..n ketahuilah k mas, akak adalah insan yang dlah harapkan...syg fillah..

Mastura Mohd Yusuf said...

dlahsygakak

Menjadi wanita solehah bukanlah sesenang bicara di mulut. Ketabahan, kesabaran dan keberanian perlu digandingkan menjadi satu untuk terus-terusan memegang yang hak dan meninggalkan yang batil. Namun, untuk semua itu, kita sama-sama perlukan seseorang di sisi, seorang sahabat yang sentiasa membenarkan seperti Abu Bakar, jua gedung ilmu seperti Ali. Mengharapkan sahabat seperti itu, terkadang terfikir. Layakkah diri ini?..

ketahuilah dik, akak juga serba kekurangan dan perlukan dirimu di sisi untuk sentiasa saling menguatkan...

akaksygdlah...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .