Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, October 19, 2009

Persoalan Yang Tersimpan


Ramai Manusia Memuja Alam Semesta
Kerana Mudah Dinilai Oleh Dua Mata


ukhti seorang yang penakut.
JIKA ukhti tinggalkan kami di sini dan kembali ke tempat asal ukhti.

adakah ukhti mengerti bahawa rasul diturunkan Allah di tengah2 umat yang kesakitan menunggu sinar islam.

kami disini memerlukan orang mcm ukhti, tapi ukhti PENAKUT.

UKHTI PENAKUT!!

ukhti tinggalkan umat yang kesakitan semata-mata untuk bersama dalam suasama jamaah dengan rakan2 muslimah ukhti.

ukhti perlu sedar, kami memerlukan ramai orang seperti ukhti.

renungkanlah.

hamba Allah,



Komen ini ana tatap lama, terlalu lama. Hati ana tersentak, justeru membabitkan pelbagai perasaan saling bercampur baur. Entahlah.....

"Mas jangan pindah"

"Mas, berdoalah, andai suasana Islam itu yang diimpikan, maka lepas buat permohonan,berdoalah dan kemudian kembali positif kepada Allah"

Dua komen yang ana sering sahaja terima lewat kebelakangan ini. Tidak campur lagi dengan paksaan-paksaan 'kaunseling percuma' yang ana perlu dapatkan oleh pihak-pihak terbabit.

Ana kembali keliru, bercelaru malah kadangkala mahu menutup kedua-dua telinga. Tolong,beri ana sedikit ruang.. Hati ana sedang sakit,hati ana sedang parah....

Keputusan Berpindah


Keputusan untuk berpindah kampus tidak ana buat sewenang-wenangnya. Ana sudah timbangkan baik-buruknya. Ana tidak pernah terfikir langsung untuk meninggalkan semua sahabat di sini,bahkan itu mungkin satu perkara yang tidak mungkin ana lakukan. Ana mahu kita semua kembali kepada Islam, kembali kepada Allah, kembali menggapai kegemilangan Islam.. Tetapi...

Sebatang lidi andai dipatahkan,maka akan patahlah ia.

Ana mencari satu kekuatan,ana mencari sahabat-sahabat seperti Abu Bakar As-Siddiq, ana mencari sahabat seperti Saidina Ali, Saidina Umar,Saidina Uthman, Ikramah dan ramai lagi.. Ana mengimpikan sahabat-sahabat seperti yang Rasululullah pernah miliki, untuk bersama-sama ana mengembangkan syiar Islam, kerana ana bukanlah sesiapa, bahkan ilmu ana masih cetek. Terlalu cetek.

Jihad ini mengajak semua ke arah kebaikan. Jihad ini jihad melawan nafsu, dan jihad melawan nafsu itu lebih besar daripada berjihad di tengah medan perang untuk melawan musuh. Pernah terjadi satu sejarah, setelah tentera Islam penat masih disuruh untuk berperang dan akhirnya kalah di medan tempur. Begitulah perumpamaannya kini. Hati ana sedang tenat. Hati ana sedang penat melihat semuanya. Bahkan hati ana menangis apabila disuruh itu dan ini...... Sesuatu yang tidak ana redhai......

Merancang Strategi


Mara tidak semestinya menang,berundur tidak semestinya kalah.

Seperti dalam medan perang, semuanya memerlukan strategi. Justeru, ana berundur untuk merancang satu strategi baru dan kemudian kembali mara ke hadapan...


"Mas, berdoalah, andai suasana Islam itu yang diimpikan, maka lepas buat permohonan,berdoalah dan kemudian kembali positif kepada Allah"


Ana masih ingat pesanan ini,yang datangnya daripada akak halaqah yang ana amat sayangi ketika di KUIS dulu.. Ketahuilah duhai kakakku, diriku terlalu mencari tazkirah seperti yang lahir dari mulutmu suatu ketika dahulu T.T

Ana berusaha untuk pindah dan andai ketetapan Allah bahawa di sana tempat yang terbaik untuk ana,maka ana pergi, tetapi andai Allah sudah tetapkan bahawa di sini tempat yang terbaik buat ana, ana harus percaya bahawa DIA tahu apa yang terbaik.

Begitulah,positif terhadap Allah.

Begitulah perancangannya... Moga selepas ini tidak lagi timbul apa-apa persoalan.. Izinkan ana mendapat sedikit ruang untuk ketenteraman hati...

Satu yang ana harapkan, moga sahabat-sahabat di sini tidak menggantungkan pengharapan kepada ana atau sesiapa pun,gantungkan pengharapan hanya kepada Allah. Kepada Allah. Kerana sejarah telah tercipta bahawa setelah Rasululullah wafat,ramai orang Islam telah murtad,petanda mereka meletakkan pengharapan kepada Rasululullah.

Ana percaya,sahabat semua mampu melakukannya....


Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka berkatalah yang baik, atau (jika tidak), diamlah . (HR. Bukhari dan Muslim)


Ana pohon maaf atas segalanya..

Wallahu'alam

Pujalah Tuhanmu
Ia Tak Mengecewakan
Cintailah Dia Kekal Tiada Sudahnya
Gunakanlah Segala-Galanya
Untuk Menyembah-Nya
Buat Apa Saja Selagi Benar Untuk Tuhan

2 comments:

Anonymous said...

pergilah kalau itu yang terbaik buat dirimu...

ana::musleh said...

kebanyakan mrk yg menerima tarbiyah dgn sebaiknya sblm menerima tawaran ke iprm akan melalui proses ini, proses menyesuaikan diri dgn keadaan iprm yg masih dahagakan usrah dan tarbiyah.adakalanya memungkinkan diri utk ke hadapan dan berkata "encik, sedar x yg iprm ni perlukan didikan islam dan sistem islam keseluruhannya?".ana juga begitu. Namun, kita punya jaringan yg luas di seluruh ipg, cumanya belum bertapak kukuh di iprm...didiklah diri utk sabar menerima tarbiyah dariNya...hikmahnya mgkn belum tersingkap..suatu hari nt mungkin enti syg utk meninggalkan iprm tika waktu itu sinar islam kian menyerlah di iprm...insyaAllah...teruslah menolong pertolongan drNya...

ziarahlah blog2 yg berkaitan...
http://igpis.blogspot.com/
http://deafeningfsilent.blogspot.com/

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .