Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, October 21, 2010

Anak-Anak..Kembalilah..


"Wa,Dah habis ke barang?" Umi dan abi bertanya. Berpeluh mengangkat barang, membantu ana pindah masuk asrama.

"Ada lagi dalam stor." Umi tenang menjawab, "tak apalah, kita angkat sama-sama"

Ah, Satu rasa menyelinap ke dalam hati. Antara sayu dan terharu. Semuanya bercampur aduk membuatkan ana terpana. Ah, terasa ingin didakap erat tubuh umi dan abi.

Tidak mahu dilepaskan lagi.

Pengorbanan

Umi mengangkat baldi di tangan kanan, bakul di tangan kiri sementara ana terkial-kial mengangkat satu kotak yang penuh berisi buku. Abi menunggu di luar, ingin menyambut huluran barang dari kami.

Ah, basah sudah wajah dan tubuh umi dan abi. Semenjak siang menemani ana. Sejak dari pendaftaran kursus sehinggalah ke pengambilan kunci. Biarpun ada masalah sedikit, abi tetap berkata, "tak apa..sabar, sabar."

Kemarahan yang mahu meresap ke relung hati serta-merta hilang. Kepenatan yang ana lalui sedikit memuhasabah diri ; umi dan abi tentu lebih penat!

Situasi yang ana lalui, bukan sahaja dilalui oleh ana seorang. Apa yang dapat ana lihat, berduyun-duyun ibu bapa yang datang menghantar anak-anak memasuki semester baru. Mengangkat barang-barang yang berat biarpun terkial-kial. Namun senyuman tetap terukir di wajah biar badan letih lesu.

Ah.... Besarnya pengorbanan seorang ibu dan bapa.

Apakah anak-anak masih tidak mampu untuk melihat?

Saban hari, rumah-rumah orang tua semakin penuh terisi. Lupakah sudah si anak akan pengorbanan ibu dan bapa mereka?

Lupakah pada ibu yang mengandungkan 9 bulan, lupakah pada ayah yang bertungkus lumus mencari rezeki demi melihat hidup anaknya terbela.?

Anak vs ibu bapa

"Seorang ibu boleh jaga 10 orang anak tapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu." Abi bersuara di dalam kereta, menyatakan kekesalan pada anak-anak muda yang semakin lupa asal-usulnya.

Dalam diam ana mengiyakan. Betapa si ibu menatang anak-anaknya semenjak kecil. Mengasuh dengan kasih, tapi...Apabila si anak telah dewasa, berjumpa pula dengan kekasih hati... Mindanya terus tertutup untuk memikirkan pengorbanan si ibu semenjak dirinya kecil.

Hati ibu mana yang tidak terluka apabila anak-anaknya menengking-nengking, bercakap kasar, apatah lagi jika perbuatan buruk anaknya menjadi bualan mulut orang.

"Ah,Diorang tu memang suka cakap pasal orang lain! sibuk jaga hal orang! sibuk buat fitnah!" Katanya dengan ego.

Benar, benar sekali.. Dalam Islam kita dilarang menabur fitnah. Tapi harus diingat, Islam juga menyuruh kita agar melindungi diri daripada menjadi bahan fitnah.

Bagaimana?

Contohnya ; Tidak mahu difitnah melakukan bukan-bukan kerana pakaian yang tidak elok, maka pakailah pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.

Jika rasa dengan bermegah-megah dengan kelebihan mampu mendatangkan fitnah, maka merendah dirilah dalam segala hal.

Begitulah... Islam itu adil dan seimbang. Jika tidak mahu difitnah, jangan jadikan diri bahan fitnah.

Apabila orang sudah mula mengata, nilai kembali diri. Apakah mereka yang benar-benar salah, atau diri kita terlibat sama?

Yang mengata juga harus menilai diri. Jangan cepat benar menghukum. Hati manusia sungguh-sungguh tidak dapat ditembusi oleh minda manusia juga. Serahkan jagaannya pada Allah, pemilik seluruh alam..

Kembalilah...

Wahai anak-anak muda sekalian! Kembalilah menuju cintaNya. Kembalilah menggapai redhaNya dengan mendapatkan redha kedua ibu bapamu.

Apa ertinya hidup andai dipenuhi dengan benci dan dendam.
Apa ertinya hidup andai hati tidak tenteram.
Apa ertinya hidup andai diri sendiri tidak dapat memanusiakan diri.

"Jalan elok-elok. Jangan tidur masa drive." Ana memeluk erat umi dan abi. Sungguh ana sayang kalian sangat-sangat kerana Allah semata.

Maafkan segala kesalahan anakmu ini.....

Sahabat, kembalilah dalam dakapan ibu dan bapamu.

Biar hatimu pernah terguris.
Biar jiwamu hancur dihiris.

Selagimana suruhannya tidak melanggar perintah Allah, cubalah untuk taat.

Ingatlah.... Tanpa mereka, siapalah kita...

Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku kabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Ankabut :8)


Wallahu'alam

6 comments:

Senyumlah Selapangnya said...

Salam,

Dinda.. dah buat diri ini menitis air mata membacanya, walaupun ayahbonda nun jauh tak dapt datang, tapi tersa dekat bisikan semangat dan penat mereka.ALLAH..

ALLAH..moga ALLAH angkat semua dari kita jadi anak solehah. Redha ALLAH terletak pada redha ibubapa.

Biiznillah jmpa 24 /10/2010:)

Mastura MY said...

wasalam..

Kandaku sayang... Moga tiap air mata yang menitis menambahkan kasih sayang Allah padamu...

Benar, ibu dan bapa tidak pernah merungut melayan anak-anaknya tapi kita sering alpa mengenangkan semua pengorbanan mereka..

Allah... Moga Allah memakbulkan doanya.

InsyaAllah, cepat-cepat balik ye :)

Anonymous said...

Siapa yang menengking2 macam tu Mastura? bila saya membacanya, sayu dengar.. kadang2 bila saya rasa pendapat ibu bapa bercanggah dengan perasaan hati, saya pernah sedikit memberontak.. bila dikenang semula, menyesal sagat2..

Mastura MY said...

anonymous

Lumrah jiwa remaja senang memberontak. Lumrah juga jiwa yang tak mendapat cukup kasih sayang, tidak akan mampu menyayangi.. Tapi, sebagai seorang anak, andai tak mampu sekalipun menyayangi kedua ibu bapa.. sekurang-kurangnya, hormatilah mereka.

Entah, saya tulis artikel ni lepas keluar berita seorang anak yang menghantar ibunya yang lumpuh ke rumah orang tua atas alasan ibunya kuat makan. Ah, tak faham dengan dunia.. Si anak sering lupa pada seluruh kebaikan ibunya, yang dilihat hanyalah kejahatan.

Moga kita sama-sama menjadi anak yang solehah. Ameen.

Siapa nama anonymous yang solehah ini ya? :)

Anonymous said...

maaf ye.. saya nurhatikah.. malas nak log in. tertarik dengan artikel enti

Mastura MY said...

nurhatikah

tak apa... Syukran ya atas ziarahnya. Moga Allah kasih. Moga mendapat manfaat :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .