Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, December 16, 2011

Jawapan Dari Tuhan?


"Mak, panas dalam badan makin menjadi-jadilah." Saya menelefon emak, saja ingin mengadu.

"Awak makan apa sampai makin panas?" Emak bertanya.

"Nak...Nak.." Suara si kecil Adam kedengaran di hujung talian, ingin berbicara sama.

Telefon bertukar tangan.

"Hello, kak wawa..." Suara halusnya kedengaran,mendengar suara si kecil yang tidak berdosa cukup untuk membuang segala resah di hati.

"Ya Adam.."

"Kak wawa, kak wawa kenapa?" Si comel berlagak dewasa, benar-benar menggeletek hati saya yang lara.

"Kak wawa tak sihat, Adam tak ada kat sini."

Adam diam sebentar.

"Kak wawa kat mana?"Petah pula dia bertanya.

Saya tersenyum. "Kak wawa kat jauh.."

"Kak wawa kat mana?" Soalan yang sama berulang.

"Kak wawa dekat dengan rumah wak wok."

"Kak wawa kat mana?" Soalan yang sama berulang lagi,seolah-olah saya tidak menjawab persoalannya.

"Kak wawa kat selangor."

"Kak wawa kat mana?" Adam masih tak faham. Saya menggaru kepala.

"Er, kak wawa kat sekolah."

"Oh, kak wawa sekolah eh."

"A ah."

"Adam baca buku je.." Dia bercerita lagi, membuat saya lupa segala kesakitan.

Jawapan Dari Tuhan?

Sedar tak sedar, kita ini tidak ada bezanya dengan si anak kecil yang berulang kali bertanya soalan yang sama kepada ibu.

Terkadang ada persoalan yang tidak terjawab, kita merajuk dan menangis, berfikir-fikir sehingga stres. Ah, apakah soalan yang diminta sukar sehingga ibu tidak mampu menjawab?

Sebenarnya bukan ibu tidak mampu menjawab, ibu sudah jawab cuma kita yang tak faham.

Kita tanya, "Ibu, itu kereta apa?"
Ibu jawab, "Itu kereta wira."
Kita menunjuk lagi pada kereta itu, "Ibu, itu kereta apa?"
Ibu masih beri jawapan yang sama.

Dan akhirnya kita tidak berpuas hati! Mana boleh! Kereta tu cantik. Dalam kepala kita, yang kita tahu kereta cantik-cantik namanya mestilah mercedez atau chevrolet. Ibu tipu. Ibu tak pandai jawab soalan.

Dan kita bawa hati yang lara..

Begitu juga kita dengan Tuhan, kita berdoa dan meminta-minta, banyak persoalan berlegar di ruangan kepala, dan bila kita rasa doa tak dimakbulkan, bila kita rasa Allah tak menjawab persoalan kita, hati mula gelisah..

Sedangkan, kita minta agar jadi kaya... Allah dah jawab, Allah beri kita kaya dengan ilmu, Allah beri kita kaya dengan nikmat. Kita tidak cacat, kita masih mampu lagi bernafas.

Kita minta agar jadi pandai... Allah dah jawab, meski kita selalu gagal dalam pelajaran, tapi kita ada kepakaran sendiri. Jangan ingat penoreh getah itu tak pandai. Bolehkah pensyarah menoreh pokok getah sehebat penoreh getah?

Allah dah jawab semuanya... malah hakikatnya Allah beri apa yang kita perlu, bukan sekadar apa yang kita minta.

Bukankah Allah yang paling memahami manusia?

Kadang-Kadang Kita Yang Kurang Ilmu


"Wawa beli air mata kucing mak, dah berhari-hari minum, tapi makin lama makin panas dalam badan ni sampai sakit tekak." Saya menyambung bicara bersama emak.

"Laaa... air mata kucing tu memang untuk panaskan badan, pergi minum buat apa?"

"Eh ye ke? ingatkan dia macam herba-herba je tu elokla tu."

"Dah jangan minum lagi. Minum air barli." Leteran emak berpanjangan, namun itu yang paling saya rindu.

Betul kan...ilmu tu penting agar arah jalan kita tak tersalah.

Macam manusia yang tak ada ilmu tentang Islam, kerap kali tersalah langkah dan akhirnya menuding jari marah pada Allah, sedangkan segala garis panduan telah Allah beritahu, hanya kita yang malas mengambil tahu.

Jom, baca surat cinta dari Allah! - Al-Quran.

Wallahu'alam

4 comments:

chik fetti said...

assalam...
sy suka bc penulisan akak, sgt bmanfaat..smga sntiasa dlm kerahmatanNya utk terus menulis.
sy teringat ms thn ke2 sy bekerja (umor 26 ms tu)....sy sll bdoa gar Allah beri jodoh y baik2, pd akhir thn y lalu ALLAH makbulkn tp pada masa y sama ALLAH hadirkan rs x bsedia pla utk bkahwin wlwpun calon y beragama msk melamar, rs x bersedia jg mngkin disebabkn ayah br meninggal. tp kini mcm dah tua sgt, lom lg kahwin2..kwn2 sek dulu dah ank dua tp sy xda apa2 lg..orang kata doa sj x ckp, kena usaha jg..nk usaha mcm mn?

Mastura MY said...

Alhamdulillah, moga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah Taala.

Subhanallah, soalan yang diberi mungkin tidak sesuai untuk diberi kepada saya, saya pun belum berkahwin :) tapi mungkin solusinya begini, boleh guna orang tengah untuk merisik siapa-siapa yang berkenan. Atau minta orang yang diyakini Agamanya untuk carikan, tapi jangan lupa lakukan risikan :)

Apa-apa pun jodoh bukan matlamat, ia hanya alat untuk menuju cinta Allah... walau belum sampai jodohnya, jangan berputus asa untuk mencapai matlamat yang asal.. hanya cinta Allah yang tidak pernah mengecewakan. <3

semoga sentiasa dalam cintaNya, duhai bakal bidadari syurgaNya

~ILHAM~ said...

subhanallah..perkongsian yang sangat baik sayang..

but siriyes..part air mata kucing tu kelakar=) =) =) =)


ya Rabbi, permudahkan sahabatku ini, jaga dirinya, cintai dia..kerana dia ya Allah cinta hatiku jua..

salam air barli!=)

Mastura MY said...

ameen... seronoknya dapat doa dari orang yang solehah :)

kann... tulah kurang ilmu tu memudaratkan diri, tapi takpe, belajar dari pengalaman ;) zahra kalau panas jangan minum mata kucing tauu :)

ya Rabbi, cintailah sahabatku ini, redhai dan iringi setiap langkahan kakinya, kerana dia adalah nikmatmu yang berharga buatku..

salam air barli kembali :D

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .