Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Friday, April 27, 2012

Manual Mendidik Anak :D



Anak Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari

"Risaunyaa tengok keadaan sekarang, besar cabaran anak-anak akan datang." Topik itu kerap menjadi perbualan. kami tidak gatal

Ini lumrah. Naluri keibuan(ahem) dan mungkin kebapaan akan selalu memikirkan berkenaan si anak-anak kecil. Kain putih itu, entah bagaimana mahu dicorakkan?

Tapi, seperti yang kita semua maklum Islam itu lengkap dan menyeluruh. Maka mesti lah ada cara mendidik anak kan kan?


Contohi Saidina Ali

"Ish..sape tu Saidina Ali? Saya tak kenal lah kak, kalau Ali saya kenal lah,anak Pak Mat Tempe."

Fuh fuh. tarik nafas, hembus. tak boleh marah,tak boleh marah.

Ye, begini adik... Saidina Ali adalah suami kepada Saidatina Fatimah. Ha, adik tutup mulut balik akak tahu adik nak tanya pula siapa Saidatina Fatimah. Saidatina Fatimah adalah anak kepada Rasululullah s.a.w, Rasul yang amat kita cintai.

Haa.. apa nganga mulut tu? nak tanya siapa Rasululullah? *Asah pisau

"Tak akak, saya nganga mulut sebab terpegun akak banyak sangat cakap tapi isinya tak masuk lagi."

-.-"

Begini, Saidina Ali berpesan, didiklah anakmu berbeza pada setiap 7 tahun.
n :

7 tahun pertama, didiklah dengan penuh kasih sayang.
7 tahun kedua, berlaku tegaslah dengan mereka.
7 tahun ketiga, jadilah kawan kepada mereka.

Dalam bahasa yang lebih mudah, ketika anak berumur 1-7 tahun, didiklah dengan penuhh kasih sayang. Cakap lembut-lembut dengan mereka, kerana anak-anak ini masih belum boleh berfikir dengan matang dan mereka cenderung mengikut apa yang ibu bapa mereka lakukan. Jika selalu kena marah,anak ini akan jadi pemarah. Jika selalu kena pukul anak ini akan menjadi seorang kaki pukul.

Pada 8-14 tahun, berlaku tegaslah dengan mereka. Sebab itu Rasulullah berpesan: Didik anakmu bersolat ketika umurnya 7 tahun dan rotan jika tidak mahu solat ketika umurnya 10 tahun. Pada 7 tahun kedua inilah kita perlu mengajar anak-anak apa yang boleh,apa yang tidak boleh. Rotan jika perlu, berlaku tegas dengan mereka... kerana dalam usia sebegini mereka ingin mencuba pelbagai benda baru yang mereka nampak, maka kita harus kata. yang tu tak boleh! jangan buat begitu! Dalam lingkungan usia ini juga, jika anak-anak dimarah/dirotan, kemungkinan mereka untuk memberontak seperti lari dari rumah adalah nipis.

Pada 15-21 tahun, jadilah kawan kepada mereka. Dengar cerita mereka dengan ikhlas, kerana pada usia sebegini mereka amaaaatt perlukan seseorang untuk menjadi teman baik mereka yang sudi mendengar keluh-kesah dan rahsia-rahsia yang mereka simpan. Jika ibu bapa tak mahu menjadi kawan, maka anak akan mencari kawan lain di luar sana...

Kan ibu/Ayah dah kata!

"Kan ibu dah kata, jangan letak gelas atas lantai, kan dah tersepak pecah!"

"Kan ayah dah kata, jangan main tepi parit tu, kotor!"

Elakkan berkata..."Kan ibu/ayah dah kata!" Kerana itu seolah-olah ayat menghukum. Ajar mereka, tak apa lakukan kesilapan asalkan dibetulkan.

Katakan... ha, dah pecah gelas tu, tak apa, bila gelas pecah adik kena ambil kaca-kaca ni, buang, lap air yang dah tumpah tu.. lepas ni jangan letak gelas atas lantai lagi tau.

dan

Ha... ni baju kotor-kotor ni mesti main tepi longkang kan? tak apa, baju yang kotor boleh dicuci, hati yang bersih susah dicari..(Eh macam dialog iklan je)

Biarkan anak-anak meneroka dunia ini, kita pembimbing bukan penghukum. Jika itu tak boleh ini tak boleh apa pun tak boleh, macam mana minda anak-anak mahu berkembang?

Jangan Malu Meminta Maaf

Ada sesetengah ibu bapa yang amat mementingkan 'maruah diri' mereka. Konon ibu bapa tidak boleh minta maaf kepada anak-anak. Itu silap. Perlakuan kita juga hakikatnya adalah satu bentuk tunjuk ajar kepada anak-anak. Jika ibu bapa ego dan tidak mahu meminta maaf kepada anak-anak, apabila anak-anak buat silap,mereka akan merasa :

Oh, rileklaa buat apa minta maaf. Benda kecik je.

Jika anda salah, maka jangan malu minta maaf. Contohnya anda marah anak anda depan ramaii orang. Pastinya dia malu. Apa salahnya anda berkata :

Ibu minta maaf tadi ibu marah sangat... Ibu belanja aiskrim nak tak?

Hati-hati wahai ibu bapa. Anak anda juga ada hati dan perasaan. mungkin mula-mula makan hati, lepas itu pecah hati, lama-lama berdendam dan bawa diri.. ketika itu, hendak minta maaf pun susah.

Ingatlah pada suatu ketika...

Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda(maksudnya):
“Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi”.
(Sahih Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, No Hadis 91)

You get what you give. what you give,you get back.

Ya, saya masih belum beranak. Yang ada hanyalah anak tekak,anak telinga jua anak rambut. Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman menjaga adik-adik saudara, dan juga daripada ceramah-ceramah Agama,pembacaan di sana sini, juga pengajian psikologi di Kolej. Moga yang baik dapat dijadikan tauladan, yang salah harap dimaklumkan^^

Wallahu'alam




2 comments:

noormasaufaqeel said...

Thax. Sbb sudi sharing. Mmg susah menggalas tugas mendidik. Kkdg bila dh geram mcm kne rasuk syaitan. Walhal kesalahan kecil jer.... setiap pg slalu bpesan pd diri spy jgn marah2 ank. Sbg motivasi dn ingatan.

Mastura MY said...

semoga jadi ummi yang solehah, dan dapat membentuk pembantu Imam Mahdi :)

ameen.

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .