Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, November 21, 2010

Dedikasi : Umi



Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 pagi. Lampu dapur masih terang-benderang. Ana musykil lantas kaki bergerak menuju ke arah dapur yang maih 'beroperasi'.

"Mak buat apa ni?" Ana bertanya, melihat umi yang sedang asyik merebus keledek.

"Lah.. kata kawan-kawan nak makan kuih keria?" Umi menjawab tenang. Baru ana teringat, ana ada menyuarakan keinginan kawan-kawan tentang kuih keria umi yang sedap jiddan :).

Hati ana menjadi sebak... Allah, umi selalu ingat, meskipun perkara itu tiada kepentingan untuknya.... Meski ana yang seharusnya ingat akan semua itu...

Seorang yang ana kagum setelah Rasulullah dan para sahabatnya. Seorang yang ana amat sayang setelah Allah dan Rasulnya...

Norani bt Idris.

Di bibirnya tidak pernah sekali mengeluh lesu. Harapan dan permintaan ana akan sedaya upaya ditunaikan meskipun badannya terasa letih. Tatkala kesabaran ana sudah semakin menipis, umi masih terus sabar melayan karenah. Tatkala ana sudah berputus asa mahu meneruskan langkah, umi masih gigih berusaha.

Semua itu bukan untuk dirinya.

Bahkan untuk ana, satu manusia yang sering alpa..

Umi....

Tatkala ana bersedih, umi diam seribu bicara. Umi tidak datang memujuk, tetapi umi akan sediakan makanan yang sedap-sedap sebagai pengganti bicaranya. Tatkala mulut ana petah berbicara, bercerita itu dan ini, umi menahan ngantuk meminjamkan telinga.

Tatkala ana menangis, umi kerisauan. Tatkala ana sakit, umi tidak keruan...

Perkataan apakah lagi yang sesuai untuk dilafazkan sebagai tanda cinta dan kasih ana terhadap umi?

Tatkala umi sibuk mengemas itu dan ini, ana mati punca. Umi seolah-olah berkata ;

"Biar mak buat"

Ah, seribu rasa bersalah meresapi relung-relung hati. Umi tidak pernah walau sekali mengkhianati rasa sayang anak-anaknya.

Umilah segalanya.

Teman, sahabat, kawan... Dalam diam, nasihat diberi. Umi selalu bersabar, meski kami selalu sahaja menyusahkan dirinya.

Terkadang ana menjadi pelik, bagaimanakah hati seorang umi ini? Apakah tidak punya hati yang mahu dilukai?

Tidak. Bahkan hati seorang umi penuh dengan rasa CINTA dan KASIH terhadap keluarga, apa yang membezakannya dengan hati kita adalah, hatinya penuh dengan sifat maaf dan tidak berkira.

Umi pernah memandu di waktu malam, diselubungi kabus yang tebal. Terlalu sukar untuk melihat pergerakan kereta yang lain, semata-mata untuk hantar ana berubat.

Umi pernah tidak tidur malam, semata-mata untuk memastikan ana sihat.

Umi tidak pernah.. Walau sekali menghampakan harapan anak-anaknya, meski umi terlalu penat....

Umi... :')

Ah, pernah sekali ana melihat air mata umi bergenang dengan air. Entah sedih entah gembira, tetapi di penghujungnya, umi tidak menitiskan walau satu titis air mata di hadapan kami.

ya ya.

Umi perlu tabah. umi perlu kuat, agar anak-anak tidak menjadi lemah. Allah... Moga Engkau menguatkan hati umi tercinta...

Umi.. Ketahuilah, wawa sayang mak sangat-sangat!

TERIMA KASIH UMI!



2 comments:

Senyumlah Selapangnya said...

Assalamu'alaikum..

Alhamdulillah dan syukran!Sedap kuih keria yang umi buat.=)

Terima kasih yang ALLAH sahaja yg mmpu mmbri sebaik2 ganjaran buat Umi Mas, rasa terharu saat mas mesej jam satu lebih

" Insya-ALLAH esok ada kuih keria"

Buatmu yg bergelar Bonda , kasihmu memang tiada nilainya, sayangmu juga tulus semata.Moga ALLAH mengganjari syurga.Aamin Ya Rabb

Mastura MY said...

waalaikumsalam...

Sama-sama kasih umi atas kesudian makan kuih keria tu :D

Moga Allah kasih, moga kita sama-sama dapat jadi anak yang solehah :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .