Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Thursday, February 24, 2011

Anda di mana?


"Uish, ada Sale ke kat Sogo?"

"Ala, tudung warna ni takde lagi."

"Ish..Motor aku ni rosak pulak."

"Study-study, nak exam dah ni."

Sibuk benar kita dengan dunia. Saya tidak mahu melihat jauh, melihat kepada diri sendiri yang terkadang alpa, sibuk dengan urusan sendiri pun sudah cukup menyedihkan.

Sibuk Itu Alasan

Buku-buku dan nota mula bertaburan di atas katil dan meja. Minggu peperiksaan benar-benar menguji ketahanan mental dan fizikal.

Duduk di asrama bersama hobi tidak suka membeli surat khabar mahu pun membacanya di internet membataskan pengetahuan saya tentang dunia luar.

"Mas,Mesir dah teruk sekarang ni eh." Sahibah memulakan bicara, mengajak berbual sepatah dua.

Saya terpempam. Mesir? Teruk? Apa yang sedang berlaku.

Lantas laptop yang berada di sisi pada ketika itu saya gunakan untuk membaca berita.

Allah... Rupanya berlaku pemberontakan di Mesir. Ya, mungkin pada ketika itu saya orang terakhir yang tahu Mesir berlaku pergolakan sehingga talian perhubungan diputuskan.

Rasa menyesal menyelubungi diri, apalah khabar sahabat di sana?

Apakah benar pada ketika itu saya benar-benar sibuk sehingga tidak tahu langsung tentang dunia luar?

Sibukkah? Zaman sekarang, teknologi menjangkaui akal. Segalanya di hujung jari tapi tidak saya manfaatkan sepenuhnya. Moga Allah mengampuni.

Ummah Semakin Parah

Kita lihat pada situasi sekarang. Pada saat masyarakat tidak lagi mahu mengenal Allah, pada saat masyarakat tidak lagi berbangga berimejkan Islam.

Sejujurnya, saya tidak menyalahi para mad'u (orang yang didakwah), tetapi saya mahu mengajak para dai'e (pendakwah) untuk berfikir.

Ya. Ya. Kita bangga dengan ibadat kita, kita berpuas hati dengan kerja kita. Kita disibukkan dengan itu dan ini sehingga terkadang terlupa ummah kini semakin parah!

Anak-anak luar nikah semakin bertambah dari sehari ke sehari.
Kumpulan-kumpulan yang menentang Islam semakin bercambah dari sehari ke sehari.
Peraturan-peraturan yang menentang Islam semakin galak dicipta dari sehari ke sehari.

Sedang kita para da'ie, masih terduduk di situ, berbangga dengan hasil diri.

Apakah kita lupa, Rasulullah ada bersabda :

Setiap Muslim itu adalah bersaudara


Ummah semakin parah, tapi kita di mana?

Moga Yang Diredhai Menjadi Jalanmu

"Sebab dialah ana berubah jadi baik. Dia memang lelaki yang soleh."

"Eh, ana jumpa dia untuk bagi nasihat, untuk tegur dia. Dia kan sekarang dah berubah menjadi wanita yang lebih baik."

Nah!

Para da'ie sekalian.. Apalah gunanya dakwah itu andai murka Allah menjadi santapan harian?

Niat kamu baik, ingin berdakwah, tapi jika disulami dengan perkara yang mungkar, maka segalanya sia-sia. Jangan sesekali berbangga jika seseorang itu berubah kerana kamu. tapi berbanggalah jika dia berubah kerana Allah!

"Ana sedihlah... semenjak ana tak berhubung dengan dia ni, dia jadi makin teruk." Luah seorang sahabat.

Percayalah, jika seseorang itu berubah kerana manusia, maka perubahan itu tidak akan kekal lama sama seperti sifat manusia yang tidak selamanya berada di atas dunia.

Berjalan atas jalan dakwah, jika bukan syurga yang ditempah, neraka pula yang menjadi sasaran. Anda bijak dengan akal kurniaan Allah maka pilihlah sebaiknya. Hentikan segala kekusutan sebelum segalanya berubah menjadi gelap dan kelam.

"Kalaulah dulu..."
"Kalaulah dulu..."
"Kalaulah dulu..."

Apabila yang cerah semakin berubah warnanya menjadi legap, tidak guna lagi mahu berkalau-kalau, pandang jauh ke dalam hati, tanya kembali... Ini semua salah siapa?

Ayuh Dai'e!

Ubah paradigma anda! Hubungkan hati mad'u kepada Allah.

Pilih jalan yang benar dalam menyampaikan dakwah, agar segalanya terhindar dari bisikan syaitan laknatullah.

Moga kelak, kita mampu bertemu.. di syurga Allah nan abadi.

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (As-Shams : 8-10)


Wallahu'alam.

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .