Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Saturday, July 30, 2011

Ahlan Ya Ramadhan



"Dah beli baju raya?"

"Kena beli cepat ni, nanti kang dah puasa susah nak keluar."

Ha..siapa yang pernah 'terserempak' dengan dialog-dialog di atas, sila angkat keyboard :)

Belum mula puasa...dah cakap pasal raya?

Menghayati Ramadhan

Fenomena sekarang, puasa belum pun bermula, tapi di sana-sini dah mula pasang lagu raya. Iklan raya pun keluar satu-persatu. Iklan Ramadhan ada, tapi mungkin hanya disiarkan tatkala waktu berbuka hampir tiba, bersama mesej, selamat berbuka puasa.

Ah, lain benar Ramadhan sekarang dan Ramadhan dahulu... Dahulu, manusia berpusu-pusu mengejar keberkatan Ramadhan, Ramadhan disambut girang, pemergiannya ditangisi.

Namun kini tidak lagi.

Ayuh,mari bersama kita menghayati bulan mulia ini....

Saya pasti, semua sedia maklum tentang peristiwa umat Islam diboikot, tidak dapat berurus-niaga dengan kaum musyrikin sehingga ada para sahabat yang makan pucuk-pucuk daun. Ya. Pucuk-pucuk daun.

Kita makan pucuk ubi, tapi para sahabat makan pucuk daun. Lantaran darurat...Mereka terpaksa. Tapi, pada ketika itu Allah tidak lagi menurunkan perintah berpuasa. Kenapa Allah tak turunkan pada ketika itu, malah Allah turunkan perintah berpuasa ketika perang Badar berlangsung.

Waktu diboikot, tak dapat beli makanan, kalau Allah turunkan perintah berpuasa bukankah mudah?

Mari bersama kita lihat hikmah dan cantiknya susunan Allah...

Jika Allah turunkan perintah puasa pada waktu umat Islam diboikot, maka puasa itu akan dilihat sebagai salah satu sebab darurat, atas faktor ekonomilah umat Islam berpuasa.

Tapi... apabila puasa diturunkan ketika perang Badar berlangsung, hakikatnya Allah mahu menunjukkan bahawa puasa itu adalah satu Jihad.

Jihad melawan nafsu.
Jihad melawan lapar dan dahaga.
Jihad dalam beribadah lebih lagi.

Syaitan Kembali Bercuti

Pada hari apakah yang syaitan tidak akan hadir mengganggu-gugat kehidupan kita?
Pada hari apakah yang syaitan dibelenggu, ditahan daripada mengganggu kehidupan kita?

Tidak ada hari lain melainkan hari.... hari raya?

Bukan. Ia hanya terdapat, teristimewa dalam bulan RAMADHAN.

Saya tahu semua dah tahu, saya saja mahu beritahu lagi :) Baiklah, sempena dengan hari-hari syaitan dibelenggu ini, mari kita melawan nafsu yang masih bersarang dalam diri.

Ya sahabat!

Pertingkatkan ibadah. Mengikut dari sudut psikologi, satu perkara yang manusia lakukan secara konsisten selama 21 hari akan menjadi tabiat hidupnya.

Mari kita berkonsisten mempertingkat ibadah, agar kelak, selepas tamat dari universiti Ramadhan ini, kita boleh memegang kemas ijazah Taqwa.

Membina Taqwa


Taqwa itu apa sahabat?

Saidina Umar berkata : Taqwa itu umpama kamu jalan di jalan yang penuh duri dan mengangkat kain kamu agar tidak terkena duri.

Taqwa = berhati-hati.

Membina taqwa bererti membina ketakutan kepada Allah, dan menjadikan kita lebih dekat dengannya.

Unik kan? Jika dengan manusia, kita takut kita makin menjauhkan diri.. tapi takut akan Allah adalah takut yang disertai cinta dariNya, justeru menjadikan kita lebih dekat dan rapat dengan Tuhan Pencipta Sekalian Alam....

Menurut Saidina Ali pula, taqwa ini ada 4 :

1- Taqwa ini takut kepada Allah.
2- Beramal dengan Al-Quran
3- Redha dengan yang sedikit.
4- Bersedia untuk menghadapi kematian.

Jelas tak? Jika tak jelas boleh tanya insyaAllah :)

Masa zaman sekolah-sekolah muda-muda dulu, nak dapat cemerlang dalam periksa, cikgu suruh buat latih tubi kan? Lagi-lagi dah nak dekat periksa, memang menangis-nangis buat latih tubi, semua itu untuk pemantapan diri,kan?

Begitu juga di bulan Ramadhan... ada latih tubinya. Jom kita!

Pertama : Kurangkan hiburan. Bukan tak boleh ya, kurangkan lah hiburan-hiburan yang melalaikan hati, yang bila kita buat rasa macam tak ingat kat Allah. Contohnya, tengok movie yang tak soleh.. ha, kurangkan :)

Kedua : Puasa dengan menahan lapar dan dahaga kerana Allah. Tak guna bila puasa, bukan kerana Allah. Puasa sebab adat, atau tengok eh kawan puasa kita nak puasa juga. Sia-sia. Jom jom jom setting niat dan ikhlaskan hati, kerana Allah semata.

Ketiga : Membaca Al-Quran dan tadarus. Ya, baca quran, kalau boleh khatamkan, khatam kerana Allah, jangan tengok semua orang sibuk nak khatam quran kita pun nak khatam juga. Baca sekali maknanya jangan lupa. Tips untuk khatam quran di bulan Ramadhan adalah minimum baca 4 muka surat Al-Quran setiap kali selesai solat. Jom :)

Keempat : Bangun awal. Ha... bangun awal waktu bila, bangun awal sebelum maghrib? eh bukan bukan. Bangun awal sebelum subuh, berqiamullail, bertahajud, menangis mengadu merintih kepada Allah. Indahnya :')

Kelima : Berzikir dan beribadah bersungguh-sungguh. Harus bersungguh-sungguh! orang mukmin tak buat kerja sambil lewa :)

Keenam : Basahkan lidahmu dengan zikrullah... :) Berzikirlah selalu, bersihkan hati yang diselaputi najis-najis jahiliyyah...

Ayuh merebut bonus di bulan Ramadhan... moga kelak kita dipertemukan dengan malam Lailatulqadar :')

Berjimat Cermat


"Tak beli baju raya ke?"

"Baju yang lepas-lepas masih ada. Pakai jelah, tak baik membazir." Saya tersenyum, teringat pesan emak.... beli baju banyak-banyak, nanti kena sumpah dengan baju baru tau! Sudah lama juga saya tak nampak emak beli baju raya... Apa yang ada itulah yang dipakainya. Allah, rasa ditarbiyyah hati melihat emak tercinta...

Ingat ya sahabat...kawal nafsu, jangan boros-boros. Bukanlah baju,tudung,kasut baru itu yang patut menjadi kebanggaan di pagi syawal... tapi seharusnya keimanan dan ketaqwaan yang barulah yang harus menjadi idaman di saat takbir raya bergema...

Tersenyum megah...bersama satu ijazah lulus cemerlang dari universiti Ramadhan.

“Allah berfirman: semua amalan manusia akan kembali pada dirinya kecuali puasa, maka itu adalah untuk-Ku dan Aku akan memberinya ganjaran.” (Hadith Qudsi)


Wallahu'alam

3 comments:

IZZATUL HANIS SHAARI said...

assalamualaikum...

saya tertanya2 knp kita selalu berckp2 utk khatam al-quran bukannya memahami al-quran....?

bukankah memahaminya lbh baik dari mengkhatamkannya tapi x mendtgkan apa2 kpd si pembaca...?

sukran....

Mastura Mohd Yusuf said...

waalaikumussalam...

Syukran 'alaik izzatul hanis shaari atas komen yang memberi peringatan pada saya yang selalu alpa...Betul kata ukhti, memahaminya lebih baik dari baca tapi tak faham pun...

saya ada satu kisah..

masa saya kecil-kecil dulu, emak selalu bagi buku encyclopedia untuk saya baca. saya baca, tengok-tengok gambar tapi langsung tak faham. tapi lantaran dah baca sampai habis... nampak menarik je, dari situ timbulnya pula niat untuk memahami isi kandungan encyclopedia tu...

Moga-moga begitu juga dengan al-quran, khatamkan... dapat pahala pada setiap huruf, dan apabila hari-hari dah baca, akan timbul pula rasa nak tahu..eh apa maksud ayat ni ye, harap-harapnya begitulah.. ayat-ayat al-quran kan mampu melembutkan dan membersihkan hati manusia :)

sebab itulah saya catatkan, baca al-quran..maknanya baca sekali jangan dilupa, insyaAllah saudariku sayang, sama-sama kita meningkatkan amalan...dan semoga ia konsisten walaupun di luar bulan ramadhan.

syukran kembali :)

IZZATUL HANIS SHAARI said...

syukran ya ukhti...

insyaallah,moga dengan bacaan al-quran itu dpt membuka pintu hidayah buat hambanya yg sentiasa lalai ini...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .