Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, July 13, 2011

C.I.N.T.A


Ada orang melihat cinta sebagai sesuatu yang indah,
Ada pula yang melihatnya bagaikan satu bebanan,
Apa pun pandangan manusia,
Cinta itu hakikatnya dari Yang Esa...


"Hari ni saya nak bercakap tentang cinta." Saya tersenyum, memandang satu=persatu wajah-wajah suci di hadapan saya.

"Amboi, segar ye semua." Gurauan saya itu mereka balas dengan gelak kecil.

Dan saat itu, saya merasakan cinta saya berputik untuk mereka. Hanya kerana Allah...

Cintai Setulus Hati

Suka saya memulakan kata dengan satu pesanan dari Baginda Rasulullah s.a.w yang amat-amat kita kasihi dan rindui :

Rasulullah s.a.w bersabda : Seseorang itu tidak akan mencapai darjat iman yang sebenar, sehingga Allah dan RasulNya lebih dia cintai dari segala yang lain.


Bagaimana sifatnya orang yang mencintai?

Saya ambil contoh mudah. Kita semua pastinya ada orang yang kita sayangi dan cintai. Sekurang-kurangnya, kita pasti menyayangi kedua ibu-bapa kita, kan?

Maka tegarkah kita menyakiti hati orang yang kita sayangi? Jika ya jawapan anda, maka itu hakikatnya dalam hati belum ada cinta yang sempurna.

Menyayangi seseorang itu... Melihat dirinya disakiti sahaja sudah cukup untuk membuatkan kita jua berasa sakit. Melihat dia gembira sudah cukup membuat kita jadi terhibur. Itulah lumrahnya....

Maka, jika kita mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segala apa pun, kita tidak akan tegar melakukan apa-apa pun perkara yang ditegah kerana bimbang menyakiti dan sentiasa mahu melakukan perkara yang disuruh kerana ingin membahagiakan.

Mari periksa semula.... Sudahkah kita benar-benar mencintai Allah dan RasulNya?

Rasulullah s.a.w bersabda lagi : Bukanlah pengasih orang yang menyayangi dirinya sahaja. Tetapi pengasih itu orang yang menyayangi orang lain seperti menyayangi dirinya sendiri.


"Ish... saya ni, memang cukup penyayang."

"Ye ke? buktinya?"

"saya sayang pada diri saya sendiri! satu ekor nyamuk pun tak boleh hinggap pada badan saya!"

"Habistu, orang lain kena gigit nyamuk takpe?"

"Er, diorang kebal kot?"

Bolehkah begitu? Tidak sahabat. Kita ni hidup dalam dunia bukan bersendirian. Seharusnya, jika teman kita sakit, kita jua merasa sakitnya.

Ada insan yang bergembira atas kesusahan orang lain dan bersedih hati di atas kegembiraan manusia lain. Itu sudah cukup menggambarkan hilangnya rasa kasih yang sebenar di dalam hati.

Baiklah... Jika kita benar-benar sayang pada seseorang itu seperti kita menyayangi diri kita sendiri, kita tidak akan tegar mencampakkan dia ke dalam neraka. Ya, apa yang kita tidak mahu terjadi pada diri kita seharusnya kita jua menghalang perkara itu daripada berlaku kepada insan yang kita kasihi jua.

Tegurlah, pimpinlah dan bimbinglah mereka yang kita kasihi....

Meninggalkan Yang Haram Kerana Allah

Bercerita tentang cinta, teringat pula pada satu kisah dalam koleksi cerpen Habiburrahman.

Ada seorang pemuda yang hidupnya bergelumang dengan dosa.. Suatu hari, terdetik di hatinya untuk bertaubat. Dia pun pergi ke masjid dan berjumpa dengan seorang imam.

"Wahai imam, aku ingin bertaubat daripada segala dosa-dosaku. Bagaimanakah caranya?"

Imam itu tersenyum dan membalas ringkas. "Tinggalkanlah yang haram!"

Saat itu, pemuda itu berada dalam keadaan yang amat lapar sekali. Dia pun baring untuk menghilangkan rasa laparnya, tapi rasa lapar itu seakan-akan tidak mahu pergi jua. Lantas, dia bangkit dan bergerak keluar masjid. Kakinya menuju ke sebuah rumah yang didiami oleh seorang wanita kaya.

Dia bergerak masuk... di permulaannya, matanya tertancap pada satu susuk tubuh wanita yang anggun, nafsunya bergelora. Namun mindanya pantas teringat pada pesan Imam tadi. "Tinggalkanlah yang haram!"

Dia pun berjalan lagi di dalam rumah itu... matanya tertancap pula pada sejumlah wang yang banyak. Nafsunya sekali lagi bergelora. "Tinggalkanlah yang haram!" pesanan itu berlegar dalam kepalanya. Dia pun meneruskan langkah..

Dan akhirnya, dia tiba di meja makan, dibukanya tudung saji dan terlihatlah pada pandangannya beberapa jenis makanan yang ada. Nafsunya terliur. Di ambilnya sedikit makanan itu, tapi belum sempat dia menjamah, suara imam itu kembali kedengaran. "Tinggalkanlah yang haram!"

Dia meletakkan kembali makanan itu ke tempatnya dan berlari keluar. Kakinya menuju kembali ke masjid dengan perasaan yang amat sebak. Badannya dibaringkan untuk menahan dua rasa : lapar dan sedih.

Tiba-tiba.... Imam masjid itu menghampirinya.

"Mahukah kamu jika aku nikahkan kamu dengan seorang wanita? Dia adalah seorang janda dan memerlukan seorang lelaki untuk menjaganya."

Dipendekkan cerita, pemuda itu bersetuju dan berlangsunglah majlis pernikahannya dengan penuh kesederhanaan. Usai nikah, si pemuda pun menuju ke rumah isterinya.

"Abang, adakah abang sudah makan?" Tanya si isteri. Pemuda tadi menggeleng.

"Marilah kita makan." Wanita tersebut mengajak si pemuda ke meja makan, diangkatnya tudung saji yang menutupi makanan. "Ya Allah, siapa pula yang memasuki rumah ini, mentang-mentanglah saya ni hanyalah seorang wanita yang lemah." Wanita tersebut separuh marah melihat makanan yang seakan-akan terusik sedikit.

Tiba-tiba lelaki tersebut menangis. Hakikatnya, dialah sebentar tadi yang memasuki rumah wanita tersebut. Segalanya diceritakan kepada isteri tercinta, dan wanita itu pun menangis jua mengenangkan betapa hebatnya Allah dalam mengatur segala sesuatu.....

Maka sahabat... Percayalah!

Jika kita meninggalkan sesuatu yang haram kerana Allah, Allah akan beri kembali sesuatu itu kepada kita...dengan cara yang halal!


Mengawal Hati dan Menzahirkan Cinta

"Hati ni terletak pada mata. Sebab tulah Allah pesan suruh menundukkan pandangan." Saya menyambung kata, melihat lagi wajah-wajah tulus sahabat seusrah di hadapan.

Dari pandangan mata.. syaitan memanah fitnah.
Dari pandangan mata.. maksiat berleluasa.
Dari pandangan mata.. Hati mula berdusta.

Semuanya kerana mata! Maka mari belajar menundukkan pandangan, jika sudah melihat yang pertama jangan lagi ada yang kedua...

Rasulullah s.a.w juga ada bersabda : Jika seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah dia memberitahukan cintanya itu kepadanya.


Membaca hadith itu, saya kembali tersenyum.

"Ha.. lepas ni, jangan pula pergi ke masjid, jumpa pula imam lepastu cakap, sungguh! saya mencintai kamu." Saya berhenti seketika, diiringi tawa teman-teman di hadapan.

"Jangan ya... nanti sambung pula, tak, kita kena zahirkan cinta. kena! Harus difaham, ni cinta yang syarak. Contohnya macam kita semua ni.. Ha, siapa yang cinta saya?"

Mereka tersenyum dan mengangkat tangan.

Sungguh! saya cinta kalian kerana Allah.

Sebesar mana rasa cinta itu sesama insan,
Ketahuilah...
Besar lagi cinta Allah terhadap kita....


Wallahu'alam

5 comments:

blog juga said...

Terima kasih saudaraku,
beberapa hari ini saya mencari makna cinta. saya sekadar ingin berkongsi berita mengenai perkataan cinta. adalah sukar untuk saya menjumpai makna dan difinisi cinta kerana ramai yang sekadar mengaitkan perkataan cinta dengan cerita-cerita yang berkemungkinan disebabkan cinta.

diharap saudaraku dapat meluangkan masa mengomen pendapatku mengenai istilah cinta:

saya berpendapat cinta adalah anugerah tuhan hanya untuk manusia kepada manusia (lelaki dan perempuan), manakala makhluk lain tiada cinta. saya rasa sungguh ganjil apabila lelaki menyintai lelaki lain begitu juga perempuan menyintai perempuan.

saya berpendapat cinta adalah detik hati yang bermula dari penglihatan (walaupun tanpa mata).

Cinta berlaku dalam darjat yang sama, mengikut pandangan yang bercinta. oleh itu saya berpendapat, cinta menjadi ganjil apabila manusia menyintai dunia begitu juga manusia menyintai tuhannya.

minta komen.

ibuaiman said...

Salam Mas,

Mas ketua naqibah rupanya..:)..seronok dgr cerita2 usrah yang bersemangat dan dikaitkan dgn kehidupan seharian..tahniah sebab jadi seorang naqibah yang baik..salah satu perkara untuk sentiasa kekal dalam keimanan dan tidak terpesong adalah berkawan dengan orang-orang yang baik..Insya-Allah, menegur sahabat kerana sayang, kerana ingin bersama-sama berkumpul di syurga di akhirat nanti, Insya-Allah..Dengan kuasa Allah juga menemukan akak dengan Mastura, moga persahabatn kita di alam maya diberkatiNya...Insya-Allah

Mastura MY said...

blog juga:

Alhamdulillah..terima kasih bertanya, satu pertanyaan yang hakikatnya kembali mengingatkan saya yang sering alpa.. Alhamdulillah juga..terima kasih Allah kerana memberi saya sedikit waktu untuk menaip di sini...

saya berpendapat cinta adalah anugerah tuhan hanya untuk manusia kepada manusia (lelaki dan perempuan), manakala makhluk lain tiada cinta. saya rasa sungguh ganjil apabila lelaki menyintai lelaki lain begitu juga perempuan menyintai perempuan.

Cinta itu hakikatnya Allah beri pada semua makhluk yang punya hati… Mari kita lihat di sekeliling kita, haiwan itu beranak-pinak, si ibu ayam menjaga anaknya dengan sepenuh hati, mematuk siapa sahaja yang mahu mendekati.. semua itu hanya atas dasar satu perkara iaitu CINTA…. Pernah tidak saudaraku yang dirahmati Allah ini melihat bagaimana seorang manusia begitu menyayangi haiwan peliharaannya? Itu juga adalah kerana satu rasa cinta yang meresap jauh ke relung hati…

Hati tanpa cinta… umpama sungai yang terhenti aliran airnya… Cinta yang bersih adalah cinta yang berlandaskan syara’ dan hakikatnya apabila kita mencintai seseorang itu kita tidak akan sanggup melihat dia merosakkan dirinya sendiri.. begitulah cinta sesama lelaki atau perempuan… cinta itulah yang mendorong manusia untuk saling tegur-menegur dan nasihat menasihati…

saya berpendapat cinta adalah detik hati yang bermula dari penglihatan (walaupun tanpa mata).

Benar… malah cinta mampu muncul walau tanpa melihat. Orang yang beriman, Allah letakkan rasa cinta terhadap saudaranya di dalam hati…. Oleh sebab itu, atas rasa cinta itulah wujudnya peristiwa kapal mavi marmara. Saya pasti, mereka di dalam kapal itu tidak langsung mengenali mereka yang berada di Palestin.

Tanpa melihat, mereka hanya mengerti yang mereka ini bersaudara. Atas dasar iman pula, rasa cinta itu hadir…. Perasaan itu bukan manusia yang pinta, melainkan anugerah dari Allah semata…

Cinta berlaku dalam darjat yang sama, mengikut pandangan yang bercinta. oleh itu saya berpendapat, cinta menjadi ganjil apabila manusia menyintai dunia begitu juga manusia menyintai tuhannya.

Ingin saya kembali mengajak saudara melihat kembali bagaimana wujudnya perasaan cinta manusia dan haiwan…. Mereka itu berlainan darjat, tapi rasa cinta itu masih muncul.

Hakikatnya, apabila hati kita digerakkan untuk menyayangi sesuatu, maka sayang itu pasti berlaku…
Cintakan dunia.... wujud kerana cintakan harta. Pernah kan lihat orang yang terlalu mengagungkan harta? Sejarah juga sudah mencatatkan bagaimana firaun dan qarun binasa atas dasar cinta kepada harta…

Cintakan Tuhan… lahir dari rasa kehambaan dalam diri. Meski tidak pernah melihat, tapi ia lahir jua..kerana saudara sendiri mengatakan cinta adalah detik hati yang bermula dari penglihatan, walaupun tanpa mata…. Cinta kepada Tuhan lahir apabila melihat alam ciptaanNya.. sungguh takjub sekali.. cinta kepada Tuhan juga hadir setiap kali kita melihat hikmah dalam setiap sesuatu kejadian.

Sebak di hati apabila mengenangkan sejarah bilal bin rabah..biar pun diseksa, rasa cintanya kepada Allah tidak pernah berkurang... Lalu Allah balas cinta itu dengan kegembiraan di syurga yang kekal abadi...

Cinta tidak pernah mengenal darjat. Jika cinta mengenal darjat, maka Rasulullah tidak akan mencintai umat! :)

Hakikatnya skop cinta itu luas... hanya manusia yang mengecilkannya...

Wallahu’alam…. Harap-harapnya membantu… maafkan kekurangan diri saya…

ibu aiman

masih banyak kekurangan diri ini yang perlu diperbaiki kak...:)

salam ukhwah kerana Allah..tegur-tegurlah saya andai saya salah ya... :)

Ibnu Bakri said...

Assalamu'alaikum,,perkongsian yg sgt brmkna,,

bersama mnuju hakikat cinta,,

Mastura MY said...

Ibnu Bakri

Waalaikumussalam... terima kasih :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .