Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, July 20, 2011

Melihat Dunia Dari Jendela Akhirat

Teka-teki : Di manakah burung pipit? ;)

Ada manusia yang dilimpahi nikmat...
Sehingga dia terlupa,
Nikmat itu dari siapa...


"Bestnya." Saya bersuara, seronok sungguh makan di kafetaria di sebelah tasek ini, disertai dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, menyaksikan keindahan dan ketenangan air tasek. Ah, indah.

Sahibah di sebelah mengangguk, "Eh, comelnya burung tu." Sekumpulan burung-burung pipit yang berlabuh sama di kafetaria tersebut menggamit perhatian.

"Seronoknya jadi burung... cepat je pergi kelas kan..terbang" Sahibah menyambung kata, mengundang tawa kecil dari saya.

"Burung mana ada pergi kelas la..."

"Eh mana Mas tahu?"

Saya menggeleng kepala "Bestnya jadi burung..tak payah buat assignments." Kata disambung, saja melayan bicara sahibah tercinta.

"Tapi dia ada masalah lain la Mas." Sahibah membalas.

Saya senyum dan mengangguk.

"Bestnya jadi burung... kalau mati, masuk syurga." Spontan saya bersuara.

Suasana hening sebentar.

Jangan Terpedaya

Sahabat yang dirahmati Allah...

Indahnya dunia memang menggamit banyak hati untuk mendekati... Tapi hati yang menyedari satu hakikat bahawa akhirat sana lebih cantik akan menghindari kecantikan dunia yang hadirnya sekejap cuma...

Dunia ini... dihias secantik mungkin pada pandangan mata seorang manusia biasa. Manusia yang luar biasa tidak akan memandang menggunakan mata kasar, tapi mata hatinyalah yang menjadi penunjuk arah..

Ramai manusia yang tewas dek dunia, mengangkat bendera putih untuk akhirat yang gemilang.

Syaitan ketawa berdekah.
Iman menangis merintih.

Hairan kan, jika beli minyak wangi mahu minyak wangi yang baunya kekal, tapi bila masuk bab dunia ni... mengapalah dikejari dunia yang pastinya tidak kekal, meninggalkan akhirat yang kekal abadi....

Lihat Dunia Dari Kaca Mata Akhirat

Macam mana melihat padang di luar rumah dari jendela rumah kita?

Kita lihat sahaja kan, kita nampak padang tu... tapi hakikatnya kita berada di dalam rumah, suasananya adalah suasana rumah dan setiap tindak tanduk yang kita mahu lakukan adalah berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan di dalam rumah.

Kita nampak padang tersebut.
Tapi hakikatnya kita masih dan merasa berada di dalam rumah.

Begitulah....

Kita hakikatnya harus merasa yang kita ini berada di akhirat, mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan... Kita nampak dunia, tapi hakikatnya jiwa kita bukan berada di dunia.

Kita hanya melihat... Bukan mengejari...

"Habis tu, buat apa Allah letak kita kat dunia ni?"

Sahabat... kita diletakkan di dunia ini, untuk saja-saja kah? Bukankah kita ini diberi satu amanah sebagai seorang khalifah yang wajib mentadbir dunia dengan sebaiknya?

Kita ini khalifah sahabat.... cuma kita sendiri yang tidak menyedari amanah yang satu ini.

Dunia adalah tempat kita menuai amal-kebajikan buat bekalan di akhirat sana.

"Ish..tak fahamlah, kenapa Allah tak letak je kita kat dalam syurga?"

Beginilah sahabat...

Ada seorang guru yang meletakkan syarat..jika baik keputusan peperiksaan pelajar akan diberi hadiah, jika tidak akan dikenakan hukuman.

Soalnya, atas dasar apakah hukuman dan hadiah itu diberi? Atas dasar peperiksaan kan?

Begitu juga lah kita ni... hadirnya kita di dunia adalah umpama kita mengambil peperiksaan besar... dan sebaik-baik keputusan adalah lulus cemerlang dalam piawaian Allah.

Allah cipta dunia untuk ditadbir... pentadbirnya adalah kita... dalam pentadbiran itu diletakkan beberapa rintangan sebagai 'peperiksaan'. Jika lulus cemerlang, nah ambillah ganjaran syurga.

Jika tidak.. pergilah ke neraka bersama syaitan yang ketawa berdekah.

Bertaubat Sebelum Terlambat

Ingatlah duhai sahabatku yang dirahmati Allah...

Andainya terlintas di dalam hati untuk berbuat kebaikan atau bertaubat.. Teruslah melakukannya kerana itu adalah hidayah dari Allah.

Jika kita ambil, Allah akan susuli dengan taufiqNya pula sebagai penunjuk jalan...

Jika kita tinggalkan... Ingatlah, hidayah itu datang sekali cuma. It is to be grabbed, not to be wrapped!

Antara syurga dan neraka ; hakikatnya pilihan di tangan kita.

Jangan kelak kita termasuk dalam mereka yang mengatakan :

"Alangkah baiknya kalau aku menjadi tanah (supaya aku tidak dibangkitkan untuk dihitung amalku dan menerima balasan)". (An-Naba' : 40)


Jika itulah yang dikatakan.. Maka lebih baik menjadi burung pipit tadi!

Ingatlah sahabat...
Nikmat itu pinjaman semata..
Jangan dikau tergoda dengannya..


Wallahu'alam.

4 comments:

Anonymous said...

first komen!!

heheh...

-kodama-

Mastura MY said...

dah lama tak nampak kodama :)

moga2 dah komen, dah baca dan dapat manfaat... moga Allah redha selalu...

Anonymous said...

ade ja..cuma menjadi silent reader..agk sibuk ngan keja, dan berkemungkinan study kembali..dan sbg seorang anak..:-)

Mastura MY said...

moga Allah iringi setiap langkahan kakimu...

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .