Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, May 30, 2011

Semua Orang Ada Masalah


"Mas macam tak ada masalah je. Bestnya jadi Mas." Sahibah bersuara ketika kami duduk berdua bersama.

Dalam kehambaran saya tersenyum. "Tak ada orang yang tak ada masalah." Ayat saya terhenti di situ. Terkenang hati yang tidak tenang, serta fikiran yang melayang.

Ah, andainya mereka tahu...

Hakikatnya, semester ini saya merancang untuk tidak memegang apa-apa jawatan sekali pun kerana saya hanya mahu fokus kepada pelajaran. Semester ini adalah semester padat dan tough bagi kami. Tiga projek yang harus dijalankan, tak termasuk dengan assignments yang secara puratanya 3 assignments 1 hari. serta presentation yang lain sudah cukup benar mahu membuat kami terduduk muhasabah diri.

Tapi takdir Allah adalah yang terbaik. Allah adalah pengatur yang terbaik.

Tanggungjawab yang saya pikul sekarang melebihi masa yang saya ada. Terkadang terasa berat di hati untuk menerima, tapi atas dasar Iman saya menerima. Mencuba untuk ikhlas, tapi entah kenapa sehingga sekarang hati bagai ditusuk sembilu.

Saya hanya mampu tidur tika jam menjejakkan jarumnya ke pukul 1.30 pagi. Itu yang terawal setakat ini. Badan yang penat, membawa kepada kesukaran untuk bangun di sepertiga malamNya yang indah. Di mana, di situ wujudnya ketenangan yang dicari manusia...

Hati saya menjadi gundah. Terasa diri yang penuh dosa tidak lagi dibasuh dengan bermunajat kepada yang Esa.

Apatah lagi ditambah hari-hari yang penuh sibuk.

"Mastura, bajet belanjawan macam mana?"

Kepala menerawang saat tangan elok memasukkan data nama pelajar ke dalam microsoft excel.

Sambil-sambil tangan menyelak-nyelak buku mencari idea apa yang mahu dibentangkan bersama para nuqaba' keesokan hari,..
"Pukul 8 ada meeting."

Saat mata mahu terpejam sebentar sebelum Asar, jam sudah berbunyi menandakan diri perlu bersiap untuk ke mesyuarat program yang lainnya.

Saya tidak kisah tidak punya ruang waktu untuk diri, tapi biarlah saya punya ruang waktu bersama sahibah. Merekalah penguat saya, pengingat saya tatkala saya lupa.

"Kenapa Mas ni suka sangat berahsia. Ceritalah. Suka sangat pendam-pendam rasa." Selalu benar saya menerima teguran sebegini.

Bukan saya tidak mahu berkongsi rasa... Tapi melihat sahibah sendiri yang sudah ada masalah tersendiri, mana mungkin saya sanggup membebankan lagi mereka dengan masalah saya pula. Biarlah saya senyum dalam kepahitan, atau ketawa dalam kepura-puraan. Atau bergurau tatkala hati masih berdarah.

Biarlah... Asal sahaja senyuman di wajah mereka tidak luput pada pandangan mata saya, kerana senyuman itulah menjadi semangat saya untuk terus bertatih di medan ini...

Dalam ketabahan yang cuba diselam, ada air mata juga yang hadir. Sungguh, saya hanya seorang insan biasa yang punya rasa. Indahnya jika air mata itu Allah hitung buat penebus dosa saya yang semakin menggunung. Acapkali saya merasa kerdil berada di samping sahibah-sahibah yang rata-ratanya hebat-hebat belaka. Saya ini siapa, insan kerdil yang penuh dosa.....

"Kita sayang Mas kerana Allah." Sahibah kesayangan memeluk saya.

Saya tersenyum menahan sebak di dada, ah air mata tolonglah jangan mengalir di hadapan sahibah yang amat saya cinta ini.

"Hebatnya ujian Mas. Moga Mas tabah." Di sebalik doa itu, hati saya semakin sebak. Cepat-cepat mulut meminta izin untuk pulang ke rumah. Cukuplah hanya diri yang menanggung semua ini..

Pulang ke rumah, teman sebilik tersayang pula bertanya, "Mas kenapa ni?"

Saya tersenyum, "Hanya Tuhan yang tahu perasaaankuu.." Saya menyanyi kecil, cuba berjenaka.

"Jom pergi ke satu tempat yang menenangkan." Akhirnya saya bersuara. Saya rasa saya masih terlalu lemah untuk berhadapan dengan semua ini. Mungkin saya perlu mentadabbur alam untuk menenangkan semula hati!

dalam dunia ni, siapa yang tak ada masalah? jadilah insan yang bijak. ambillah masalah sebagai penggerak anda untuk maju setapak lagi ke hadapan, bukannya penghenti deras kaki yang berlari....


Wallahu'alam

6 comments:

Nik Faiz said...

Semoga saudari tabah dalam mengharungi ujian dari Nya.. Ujian dari Allah itulah menunjukkan Allah ingat dan kasih kepada hamba Nya..

Tidak Allah bebankan seseorang itu melainkan dengan kemampuannya..

Mastura MY said...

Terima kasih atas peringatan.. Moga Allah redha

Anonymous said...

apa ujiannya? tak nak kongsi sama ke?

Mastura MY said...

Terima kasih kerana bertanya.

Tak apa, cuma saya hajat doanya ya? :)

Anonymous said...

InsyaAllah.. segalanya akan sempurna

Mastura MY said...

ameen ya Rabb :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .