Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Sunday, March 13, 2011

Jadilah Orang Yang Beruntung


"Eh masuk-masuk." Dia yang sedang berbaring berusaha untuk duduk, memerhati kami sekeluarga yang memasuki ruang kamarnya.

Pantas, isterinya membantu dia mengangkat tubuhnya, meletakkan timbunan bantal di belakang badan lelaki itu agar lebih selesa dia untuk bercerita.

Allah menguji...

Keempat-empat jari kakinya dipotong, hanya yang tinggal ibu jari kaki. Semasa kami datang, kakinya masih berbalut, kesakitannya seolah-olah terasa, tapi wajahnya tanpa sedikit kesedihan bercerita itu dan ini. Teringat isterinya pernah memberitahu kami.

"Masa jari dia kena potong, dia tak menangis pun, kitorang yang menangis.."

Kafarah

"Ni ha..jari pakcik ni kena potong,kencing manis... Minum manis banyak sangat." Katanya pembuka bicara.

Saya yang duduk di tengah-tengah antara emak dan abah hanya mengangguk, tidak mampu berkata apa pun, bagai hendak menitik air mata melihat ketabahannya yang menggunung.

"Ustaz kata, ini kafarah dosa.. apa tu, Allah nak hapuskan dosa.. yelah, mana tahu saya ada buat dosa.. dulu-dulu ke masa muda banyak dosa. Ha ni Allah nak hapuskan dosa lah ni." Katanya disambung.

Allah... Hati saya kian sebak, saya menunduk ke bawah.

Tiada langsung riak sedih di sinar matanya. Tiada.

Sungguh benar peringatan Allah :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya (Al-Baqarah : 286)


Kerana sakit itu... kerja terpaksa ditangguh sementara. Anak-anak terpaksa belajar berdikari.

Ah,ketabahannya meresap ke hati.

Sungguh saya tidak tahu apa yang membuatkan dia setabah itu, apakah mungkin kerana dahulunya dia seorang kaunselor, atau apa?

Rahsia Tersingkap

"Saya ni..pagi tadi terbangun pukul 3, tak boleh tidur dah.. Bangun perlahan-lahan, nak pergi solat."

"Pukul 3 bangun sendiri?" Ayah saya bertanya.

"A ah.. Dah tak boleh tidur, dah terbiasa bangun. Yelah, teringat dulu Nabi pun bangun solat pukul 3 pagi, tahajud.."

Saya terkedu. Dalam kesakitannya dia masih lagi mampu untuk istiqamah mengerjakan amalan sunnah itu, mengerjakan solat-solat sunat yang pastinya menjadi sedikit sukar lantaran kesakitannya itu.

Saya termuhasabah.

Kita ini...

Allah beri tubuh yang sihat.
Jari-jemari masih lengkap.
Kaki masih mampu berjalan.
Mata masih mampu melihat.

Tapi...

Tubuh itu kita gunakan untuk dunia.

Jari selalu sahaja ada masa untuk ber-chatting, dan melayari internet,
Kaki selalu sahaja berjalan sana-sini tanpa menghayati alam ciptaan Ilahi.
Mata selalu melihat,tapi jarang sekali memahami bisikan alam..

Ah,apakah kita sudah terlalu buta untuk melihat semua itu.
Apakah bertahajud tidak lagi menjadi hidangan lazat bagi iman?

Sedangkan itulah yang menjadi penguat semangat tatkala lemah.
Itulah yang menjadi pembakar api semangat yang kian padam.
Itulah yang menguatkan kaki untuk bergerak lagi.

Itulah...

Rahsia kekuatan diri, namun jarang sekali kita menyedari....

Mari Bertaubat Sebelum Terlambat

Lewat kebelakangan ini, fenomena-fenomena yang tidak terjangka kerap berlaku.

Apakah kita masih tidak menyedari?

"Pakcik ni,agaknya lagi 2 tahun je hidup... Minta-minta Allah terima ibadatnya.. ni nyawa kat kaki dah tak ada, lepas tu naik pinggang, nanti dah sampai tekak dah tak guna lagi..."

Sahabat, adakah kita tahu bilakah ajal kan datang menjemput?

Apakah waktu itu kita dalam keadaan yang diredhaiNya?

Allah sudah memberi tanda-tanda,supaya kita tersedar... Namun apakah kita masih terlalu buta untuk menyedari?

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung (An-Nur : 31)


Wallahu'alam


No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .