Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, March 2, 2011

Perkataan Salam? Boleh Gunakah?


"Eh jangan guna perkataan salam! jangan guna askum nanti rosak akidah!" Semakin hari entah berapa ramai yang terpengaruh dengan e-mail dan artikel-artikel forward yang berleluasa di ruangan internet.

Pada mulanya saya membiarkan sahaja, tapi apabila golongan ilmuwan yang saya rasa lebih mendalam pelajaran Agamanya dari saya mengeluarkan juga statement begitu, saya semakin gusar. Apakah manusia semakin mempercayai berita tanpa menyelidiki dan mengetahui asal-usul berita tersebut?

Apakah manusia sudah terlupa bahawa Allah ada mengingatkan :

Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu (Al-Hujurat : 6)


Saya mahu mengulas sedikit mengenai forward email yang kian popular ini. Saya bukanlah seorang yang pakar, sahabat boleh lagi buat sedikit research untuk lebih jelas. Orang Islam sifatnya bukan percaya sahaja bulat-bulat apa yang didengarinya, sebaliknya buat kajian.

Jangan mudah percaya. Hanya kata-kata dari Nabi sahaja yang boleh terus dihadam di dalam hati. Selain daripada Nabi, selidik dahulu agar kita tidak menjadi orang Islam yang naif.

Mengenai e-mail itu, saya tidak berhajat untuk meletakkan link atau apa-apa sekalipun kerana saya tidak mahu semakin menyebarkan dakyah yang tidak pasti kesohihannya. Saya percaya, 90% daripada para pembaca sudah pun mengetahui mengenai artikel tersebut. Jadi, di sini ulasannya... (Ulasan yang saya beri kepada yang bertanya melalui e-mail dan telah di-edit sedikit agar lebih formal dan tersusun)

Sedikit Ulasan

Memang betul..lafaz terbaik adalah assalamualaikum. Ayat quran tentng salam ada dua. Satu untuk orang-orang yang baik dan satu untuk orang-orang yg jahil. Dalam artikel tersebut hanya ada untuk orang yang jahil, yang mana lafaz salam diberi sebagai ucapan selamat tinggal (kita tidak mahu terlibat dengan kejahilan dia).

Ayat quran untuk orang yang baik, contohnya :


دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الْحَمْدُ لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Doa ucapan mereka (yakni orang-orang beriman dan beramal soleh) di dalam Syurga itu ialah; ‘Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan!’. Dan ucapan penghormatan mereka di dalam Syurga itu ialah: ‘Salaamun’ (selamat sejahtera). Dan akhir doa mereka ialah; ‘Segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam’”. (Surah Yunus, ayat 10)


Jadi...salam tu sendiri dalam bahasa arab bermaksud sejahtera. Maka tak mengapalah kalau nak cakap pun, cuma yang lebih elok cakaplah assalamualaikum.

Kalau nak tengok dari segi Maqasid Syariah (Objektif dari hukum syariah) ada seorang ustaz ni dia pernah cakap (ustaz zaharuddin, boleh cuba search ye) ustaz ni cakap, yang penting kita faham intipati penyampaian tu.

contohnya, orang mesej tulis salam, takkanlah orang tu ada maksud lain selain assalamualaikum, kan? maka, jadi kecacatan orang yang membaca itu sendiri apabila dia tak baca penuh. contohnya kat mesej, selalunya 'untuk' diringkaskan menjadi utk. jadi cacatlah si pembaca itu apabila dia membaca utk tu sebagai u.t.k. bukannya untuk.

Jadinya... Islam itu mudah dan tidak menyusahkan. Logiklah bila di sms orang tulis salam, atau askum kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang penuh yang nak ditujukan. tapi bila jumpa depan-depan tak adalah nak ucap askum je kan? kalau jumpa depan-depan, ada juga lafaz salam yang berbeza menurut ulama' tp apa apa pun, lafaz terbaik adalah assalamualaikum.... dan As salam tu tak pernah dengar pula, rasanya salamun'alaikum tu adalah dalam senarai cara memberi salam yang berbeza tu.. kalau nak tengok daripada segi bahasa arab, salam dan as-salam tu sama sahaja, cuma AS itu ditambah alif dan lam selepas perkataan salam, maka dia jadi khusus, maksudnya tetap sama. Itu sahaja. jadi saya kurang faham kenapa orang yang tulis artikel tu kata salam tak boleh tapi as-salam boleh...

Seterusnya..pasal bye tu bahasa yahudi, tak tahulah pula. dan saya memang tak tahu bahasa yahudi. Jadi,apa yang kita semua belajar daripada bahasa inggeris, bye maksudnya selamat tinggal. Maka, gunalah yang itu.. tak baik buat fitnah kepada bahasa orang kan... kat malaysia sendiri, satu perkataan ada banyak maksud.. yang penting orang tu tahu apa yg kita ingin sampaikan.

takkanlah dengan orang bukan islam, kita jumpa, tak boleh cakap bye? Islam bukannya keras sampai begitu sekali...

Apa kita rasa bila tiba-tiba sahaja ada artikel yang mengatakan, JANGAN GUNA PERKATAAN BAJU KERANA BAJU ITU BERMAKSUD SAYA BUKAN ISLAM?

Ha? Sedih kan bila orang cakap bukan-bukan pada bahasa kita.

Maka, kita harus hormati bahasa orang lain, baru orang hormati bahasa kita. Bukankah Rasulullah sudah bersabda :

Sesiapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi.


What you give, you will get back!

Jadi sahabat.. Hentikan menekan butang forward untuk sebarang artikel yang anda sendiri tidak pasti ketepatannya. Anda pasti tidak mahu terlibat dalam rantaian dosa yang berpanjangan bukan?

Maka, katakan TAKNAK kepada sebarang forward article yang tidak tahu dari mana asal-usulnya.

Apa-apa pun, ini adalah daripada apa yang saya tahu, daripada ilmu saya yang cetek.. Sahabat boleh rujuk pada mereka yang lebih pakar, insyaAllah.

Wallahu'alam

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .