Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Wednesday, March 9, 2011

Kita Kan Sahabat! -part 2(end)-


“Nanti bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.” Asiah bersuara lemah.

Husna Farisah pantas melarikan anak matanya ke wajah Asiah, pantas tubuh kecil itu dipeluknya. “Saya takkan lupakan awak.”


Saya takkan lupakan awak.

Suara itu bergema dalam fikiran Husna Farisah.

“Puan?” Suara wartawan bergema kembali.

Husna tertarik ke alam realiti.

Para wartawan semakin pelik dengan kelakuan Husna Farisah.


“Saya..saya mendapat inspirasi daripada teman sekuliah saya.” Dalam hiba, Husna menyambung.

Asiah.... di mana kau sekarang, lama sudah kita tidak berhubung. Terakhir sekali ketika kau bergelar pensyarah di universiti kita dahulu, sebelum aku bergelar usahawan berjaya dan sibuk dengan duniaku sendiri. Asiah...maafkan aku...

“Teman sekuliah puan? Boleh ceritakan dengan lebih lanjut?” Salah seorang wartawan di press conference itu melanjutkan pertanyaan.

Husna Farisah berdiri, “Maaf, saya ada hal penting, saya akan buat press conference baru nanti. Maafkan saya, saya akan jelaskan segalanya nanti.” Husna Farisah beredar ke keretanya, hatinya membuak-buak ingin bertemu Asiah, sahabatnya tatkala suka dan duka, pada saat hujan dan panas.

Husna berlari-lari anak.

***
Kereta BMW 5 Series Sedan yang berwarna silver itu berlari laju di lebuhraya. Tangan Husna Farisah mencapai satu cd yang memang tersimpan rapi di dalam laci keretanya.

Cd dipasang.

banyak yg kaya lupa pada Allah
banyak yg miskin jauh dari Allah
banyak yg sehat lari dari Allah
banyak yg sakit meninggalkan Allah


Lagu sakha –Ingatlah Allah itu mencucuk-cucuk hatinya. Air matanya semakin pantas mengalir, tangannya yang mulus mencapai pula telefon bimbit, mencari nombor telefon Asiah yang baru yang didapatinya dari seorang teman yang lain dan terus menekan butang dail.

Beberapa saat tiada jawapan.

Husna mencuba lagi dan menunggu dengan penuh sabar.

“Hello Assalamualaikum…” Suara wanita yang dicintainya itu kedengaran juga. Husna Farisah menangis semahunya,melepaskan kerinduan yang bersarang begitu lama, melepaskan rasa bersalah yang beraja di hati dan melepaskan segala bebanan yang terpikul di bahu.

“Hello? Siapa ni?” Suara Asiah kedengaran cemas.

“Asiah… ini…”

***
“Husna Farisah!” Asiah mendakap tubuh Husna erat-erat,seakan tidak mahu dilepaskan lagi. Husna membalas.

“Asiah...kenapa tukar nombor tak bagitahu?” Husna bertanya sambil air matanya terus mengalir.

“Maaf Husna, handphone saya hilang, saya ada cuba telefon nombor awak, tapi tak ada balasan, saya ingat awak dah tukar nombor.”

Husna terdiam, baru dia teringat..kesibukannnya seharian sehingga mengabaikan segala nombor yang tidak dikenalinya.

“Maaf Asiah, saya yang bersalah..”

“Tahniah! Awak dah jadi usahawan berjaya sekarang. Dah tercapai cita-cita awak ye.” Asiah bernada ceria, ingin mencuba mengusir segala kesedihan yang melanda.

“Belum.”

“Kenapa?”

“Sebab saya terlupa nak menolong orang-orang yang susah. Saya lupakan awak, teman sejati saya.”

“Saya faham awak sibuk...tapi saya tetap simpan awak kat sini” Asiah menunjuk ke dadanya, memberi isyarat hati.

Husna menggeleng. “Awak ingat apa saidina Ali pesan?”

Asiah menggeleng. “Apa?”

“Selemah-lemah manusia adalah orang yang tak boleh mencari sahabat, dan orang yang lebih lemah daripada itu adalah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari” Husna menjawab, beserta air mata yang semakin banyak mengalir.

Asiah memeluk Husna erat-erat.

“Asiah..apakah nikmat ini semakin membuat saya jauh dari Allah?”

“Semuanya belum terlambat Husna… U-turnlah ke jalan yang benar, jalan yang sama-sama kita lalui dahulu.”

“Asiah….”

“Ya…”

“Tolong ingatkan saya, macam awak selalu buat dulu.”

Asiah menangis, menggenggam erat tangan Husna. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Husna Farisah yang hiba.

“Kita akan sama-sama merentasi jalan ini.” Asiah berkata, seolah menyimpulkan satu janji.

“Kalau saya jatuh, awak tarik saya kembali ya?”

Asiah mengangguk. “Hatta kalau awak jatuh dan terluka sampai tak mampu berjalan lagi saya sanggup mamapah awak sampai awak mampu berlari semula.”

Husna meletakkan kepalanya di bahu Asiah.

Burung-burung yang berterbangan bercicipan riang, wakaf tempat mereka selalu beristirahat kini menjadi saksi pertemuan yang indah.

Air tasek yang tenang, berserta daun-daun yang berguguran benar-benar mendamaikan suasana.

“Asiah.” Husna memanggil, memecah suasana.

“Jangan menangis lagi…Uhibbuki fillah..”

“Uhibbuki fillah aidhan… Kalau awak tak menangis, baru saya tak menangis..Kita kan sahabat!” Asiah membalas, berserta satu janji yang tergalas.

Kita akan bersama beriringan..sehingga syurgaNya yang kekal abadi!

Nota kaki:

*uhibbuki fillah – saya mencintaimu kerana Allah
*uhibbuki fillah aidhan – saya mencintaimu kerana Allah juga.


Rujukan : Part 1

No comments:

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .