Rasulullah s.a.w bersabda (yg bermaksud): Sampaikanlah pesanku walau 1 ayat :)

Monday, March 7, 2011

Kita Kan Sahabat! -part 1-



“Hm.” Matanya berkaca-kaca. Wajah jernih itu bertukar muram. Husna Farisah mengawal sebak di dada. Soalan daripada wartawan yang menemuramahnya cukup membuatkan dadanya berombak kencang.

“Puan Husna?” Suara daripada wartawan yang bertubuh kecil itu kembali menarik Husna ke alam nyata. Kerlipan lampu kamera tidak henti-henti menyimbah wajahnya, hingar bingar wartawan bersama microphone di tangan kembali menjengah ke ruang matanya yang sayu.

“Maaf, boleh ulang semula pertanyaan saudari?” Husna mengorak senyum meski dadanya masih berombak kencang.

“Apakah inspirasi Puan Husna sehingga menjadi salah seorang usahawan yang paling berjaya di Malaysia?”

Husna Farisah kembali merenung jauh. Bibirnya bergerak-gerak perlahan,seolah-olah memikirkan perkataan yang sesuai untuk dilafaz.


***

“Awak dah makan?” Wajah bersih Husna Farisah yang terselah sinar keimanannya tersenyum mesra. Sahabat di hadapannya ditatap penuh kasih, bersama sahabat itulah dia menyelusuri suka dan duka kehidupan sebagai seorang pelajar. Bersama sahabat nan satu itulah dia berpaut tatkala lemah, sahabat itulah yang menghulurkan tangannya saat Husna tersungkur di medan perjuangan.

Asiah tunduk. Perlahan dia menggeleng.

“Belum?” Bulat mata Husna Farisah memandang sahabat nan satu itu. Sudah pukul 3 petang, masih tak makan lagi? Sejenak, kerutan di dahi gadis manis itu kelihatan sehingga hampir mencantumkan kedua-dua keningnya.

“Eh... aa.. dah. dah.” Asiah kelu, serba-salah melihat wajah tidak senang Husna.

“Awak tipu saya ye?”

“Eh, mana ada.” Asiah menoleh ke arah yang bertentangan dengan Husna.

“Kalau tak ada, kenapa tak nak tengok saya? Cik Asiah, saya bukan baru kenal awak semalam tau.”

Perlahan Asiah kembali menundukkan wajah. Dia tahu, dia tidak akan mampu untuk berbohong dengan sahabat yang paling dicintainya dunia akhirat.

“Jom.” Husna berdiri, mengibas-ngibas sedikit jubahnya.

“Pergi mana?” Buntang mata Asiah lantaran terkejut.

“Makanlah.”

“Tapi...tapi..saya...”

“Saya belanja!” Husna Farisah menghentikan bicaranya di situ, sambil tangan pantas menyambar tangan sahabat yang paling dicintainya itu.

Asiah akur.

***
Suasana di tasek universitinya sangat mendamaikan. Ditambah dengan wakaf-wakaf kecil yang disediakan untuk para pelajar beristirahat, Asiah dan Husna Farisah amat gemar melayan perasaan di situ. Sungguh, jika segalanya dilihat menerusi mata hati, tiada satu apa pun yang dapat menandingi kehebatan Allah.

“Husna” Asiah memanggil.

Husna yang sedang termenung jauh terhempas kembali ke alam nyata.

“Ya.”

“Awak tengok tu.” Jari telunjuk Asiah tirus menghala ke satu arah.

“Pokok tu?” Husna mengangkat kening. “Kenapa?”

“Nampak tidak banyak daun-daun dia sedang gugur?”

Husna tergelak memandang wajah serius Asiah ditambah lagi dengan bahasa pujangga ibarat sebuah novel. “Asiah sayang.... Memanglah daun-daun tu gugur, angin kuat ni, nak hujan agaknya.”

“Ish... Bukan tu maksud saya.”

“Jadi?”

“Kan bagus kalau dosa-dosa kita gugur macam tu..”

Husna terdiam, terus sahaja matanya digenangi air. “Asiah..”

“Ya.”

“Terima kasih.”

“Kenapa?”

“Sebab selalu ingatkan saya...”

di waktu kaya ingatlah pada Allah
di waktu miskin ingatlah pada Allah
di waktu sehat ingatlah pada Allah
di waktu sakit ingatlah pada Allah


Telefon bimbit Asiah berbunyi, lagu Sakha – Ingatlah Allah yang berkumandang meresap terus ke dalam hati gadis manis –Husna Farisah.

Perlahan, dia menyanyikan lagu itu sementara Asiah bercakap di telefon.

“Ehem!” Asiah tersenyum, telefon di tangannya kembali diletakkan ke dalam beg. “Berangan nak masuk Akademi Fantasia ke Cik Husna?” Tangannya pantas mencuit hidung mancung Husna.

“Mana ada.” Wajah Husna memerah. “Awak nak jadi apa nanti bila dah besar?”Dia menyambung.

“Aii…tak cukup besar ke saya ni?” Asiah bersenda.

“Bukanlah,maksud saya bila dah grad nanti.”

“Saya nak jadi pensyarah.” Bersinar-sinar mata Asiah menceritakan mengenai cita-cita yang diimpi.

“Wah! Ye ke? Seronoknya….” Wajah Husna berubah ceria, berkongsi kegembiraan teman sejati.

“Awak pula?”

“Saya nak jadi usahawan!”

“Kenapa?”

“Sebab, nabi ada bersabda, 9/10 sumber rezeki adalah daripada perniagaan, kalau Allah izin rezeki saya banyak, bolehlah saya tolong orang susah.”

“Macam saya?” Asiah mengorak senyum.

“Macam awak apa?” Husna kerut kening.

“Orang susah macam saya?” Asiah masih tersenyum.

Wajah Husna bertukar hiba, “Awak cakap lagi macam tu, saya tak mahu cakap dengan awak.” Muncungnya ditarik.

Asiah tergelak. “Baiklah, maafkan saya tuan puteri Husna yang cantik jelita.”

Husna Farisah diam.

“Husna..” Asiah memanggil.

“Ya.” Husna menyahut, matanya masih tertancap pada tasek yang tenang airnya.

“Nanti bila dah kaya, jangan lupakan saya ya.” Asiah bersuara lemah.

Husna Farisah pantas melarikan anak matanya ke wajah Asiah, pantas tubuh kecil itu dipeluknya. “Saya takkan lupakan awak.”

Bersambung..........

3 comments:

YUNURUL YAHYA said...

hari ni, perkara yang sama berlaku pada saya. saya umpama Asiah dalam cerita ni. :)

Mastura MY said...

maksud atika ape ye? Ada kawan belanja makan ye :)

Alhamdulillah rezki minallah :)

YUNURUL YAHYA said...

yup. makan free. hati riang gumbira. heeee :)

 
Copyright It's Life... Wake up from the past =) 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .